FESTIVAL KL RIVER JAZZ 2022, AWESOME!

FESTIVAL KL RIVER JAZZ 2022, AWESOME!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Anda peminat Jazz angkat tangan!

FESTIVAL KL RIVER JAZZ 2022

Bakal berlangsung pada 26 & 27 November 2022 bermula dari 3 petang hingga 12 malam. Bertempat di KL River of Life berdekatan dengan Masjid Jamek.

Ia bakal membariskan para artis dan penggiat Jazz terkenal tempatan dan antarabangsa serta pastinya menjadi acara yang hebat dan mempunyai prestijnya yang tersendiri.

Penganjuran festival ini adalah didasari oleh beberapa perkara. Yang utamanya bagi mengaktifkan kembali aktiviti persembahan yang melibatkan artis dalam nuansa Jazz tempatan.

FESTIVAL KL RIVER JAZZ 2022

IKHTIAR DBKL

“ Kami sedar para pemuzik dan artis sememangnya telah bercuti panjang sepanjang era pendemik. Ini merupakan ikhtiar DBKL untuk menyokong penggiat Jazz tempatan pula .

Sebelum ini juga DBKL telah mengadakan pelbagai persembahan dalam pelbagai genre seperti Pop Yeh Yeh , Rock , Tradisional dan lain-lain.

Objektif keduanya pula ialah sebagai medium promosi pelancongan Kuala Lumpur. Dimana lokasi pentas yang dipilih iaitu Guiding Gallery , River of Life yang terletak berhampiran Jalan Mahkamah Persekutuan merupakan lokasi ikonik Kuala Lumpur.

jazz 3 (2)

Para penonton bakal menikmati persembahan berlatar belakang pemandangan indah titik penumpuan antara dua sungai: Sungai Klang dan Sungai Gombak”

-menurut Khairul Azmir Ahmad, Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan Dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

PROJEK RIVER OF LIFE

Untuk makluman, projek River of Life ini yang telah dibangunkan pada 2018. Diiktiraf sebagai salah satu daripada 10 landskap pancutan air terbaik di dunia oleh media antarabangsa The Independent.

jazz 2 (2)

ARTIS JAZZ TERKENAL

Festival KL River Jazz 2022 menggabungkan artis Jazz terkenal antarabangsa seperti SORE (Indonesia) , Mike Price (Australia) Joe Rosenberg ( USA ).

Para maestro Jazz tempatan seperti Steve Thornton, Michael Veerapen, Atilia, Dasha Logan, Junji Delfino, Lewis Pragasam, Fly Halizor, John Thomas.

Juga Rozhan Rahman, Eric Li, Zahid Ahmad, Razak Rahman, Jazztified , RT2. Attap Jazztrad, Rhythm & Sax dan ramai lagi pastinya bakal menggamit kehadiran ramai,

Tambahan ianya diadakan secara PERCUMA dilokasi yang sesuai kepada seisi keluarga. Jadi apa lagi warga kota, kali ini muzik Jazz bakal menjadi halwa telinga anda pula .

Ayuh semua!

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge