Fakta Perkembangan Menyeluruh Untuk Si Manja Yang Perlu di Pertimbangkan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Perkembangan buat si Manja adalah salah satu perkara yang agak di titik beratkan buat ibu bapa. Bukan kerana apa, ianya merangkumi perkembangan otak dan juga tubuh badan si Manja. Proses pertumbuhan si Manja merangkumi pelbagai cara, dimensi dan persekpsi. Bagi KP, antara sumbangan yang besar kepada perkembangan yang perlu ada ialah susu. Susu adalah salah satu nutrisi penting yang wajib di ambil oleh si Manja terutama sekali untuk pembesaran.

46

Si Manja perlu di pastikan mendapat nutrisi yang secukupnya tidak kira dari makanan seperti cukup nutrisi dalam makanan yang di masak untuk di hidangkan buat si Manja. Susu pula untuk menyokong bahagian tumbesaran utama seperti pertumbuhan kanak-kanak iaitu

  • Otak
  • Tulang
  • Sistem Imun
  • Penghadaman
  • Kecerdasan

Memperkenalkan Dumex™ Dugro® 5-Nutri 

32Fakta perkembangan menyeluruh yang perlu di pertimbangkan buat si Manja seperti

  • Sistem Imun

45

Bila si Manja mempunyai sistem imun yang kuat secara tak langsung ianya membuktikan yang si Manja di lindungi selalu. Aktif bermain bersama rakan sepermainan serta meneroka benda baru bersama mereka. Vitamin A yang mencukupi akan menyokong sisitem imun serta daya penglihatan dan kulitnya. Apabila si Manja aktif bermain dan bersukan ini menunjukkan yang sistem imunnya adalah bagus

40

 

  • Perkembangan otak

44

 

Tahukah semua di mana sewaktu kanak kanak dari 0 hari hingga ke tiga tahun pertama si Manja, otak si Manja akan melalui proses pertumbuhan yang cepat? Nutrien seperti DHA yang boleh didapati dalam susu amat penting bagi si Manja kerana ianya dapat membantu pertumbuhan yang pesat. Jika lihat pada kesemua paket susu yang ada di pasaran kini kebanyakkan memberitahu yang DHA adalah salah satu perkara UTAMA yang wajib ada. Ia memang terbukti dengan DHA pemikiran otak si Manja lebih cepat, cekap dan semestinya lebih agresif ingin mengetahui atau mempelajari sesuatu.

48

 

 

  • Pertumbuhan tulang

42

Pasti ini antara yang penting kerana ibu-bapa inginkan anak mereka membesar dengan sempurna. Ianya untuk mengelakkan pertumbuhan yang terbantut. Tanpa tulang yang kuat, untuk si Manja meneroka sekeliling sama ada dengan sendiri atau kawan-kawan mungkin terbantut. Hampir 90% pertumbuhan tulang berlaku sebelum usia 18 tahun bagi wanita dan 20 tahun bagi lelaki. 2 tahun perbezaan bagi pertumbuhan tulang. Selain ini, perlu pastikan yang bekalan kalsium mencukupi bagi si Manja sewaktu di peringkat kanak-kanak. Ini sebagai asas yang kukuh untuk tulang yang sihat setelah si Manja dewasa

35

43

  • Pertumbuhan tisu

36

 

Si Manja memerlukan bekalan protien yang stabil untuk memperkukuhkan pembesaran. Bukan itu sahaja ianya membolehkan tubuh badan membina dan membaiki tisu sewaktu si Manja sedang membesar. Dalam pemprosesan si Manja meng”explore’ benda yang baru ini sedikit sebanyak membantu dalam pertumbuhan tisu

  • Sistem Penghadaman

41

 

Penghadaman ? Ya, ini juga adalah fakta atau perkara yang tidak boleh di ambil ringan. Ianya adalah penjagaan kesihatan dalaman yang wajib di jaga dengan teliti. Sistem penghadaman yang baik bagi si Manja membolehkan tubuh mereka menyerap nutrien dengan lebih baik. bukan itu sahaja, ianya mengurangkan masalah penghadaman seperti sembelit. Yang penting sekali ialah meningkatkan perlindungan terhadap jangkitan. Prebiotik seperti frukto-oligosakarida berantai panjang (IcFOS) membantu mengekalkan persekitaran usus yang sesuai untuk baketeria baik, Oleh itu sistem penghadaman menjadi lebih baik , lebih sihat dan boleh melawan terhadap sebarang jangkitan

45

 

Untuk menyokong semua ini, KP ingin memperkenalkan   Dumex™ Dugro® 5-Nutri  telah di peringkat dan dirumuskan dengan protein, kalsium, vitamin A dan IcFOS dan kini mengandungi 100% lebih DHA berbanding formula terdahulu untuk menyokong perkembangan otak. Dengan harapan nutrisi yang betul di bekalkan kepada si Manja untuk menyokong tubuh yang sihat bersama persekitaran positif. Selain si Manja mempunyai asas yang kukuh untuk membesar secara menyeluruh.

43 42

KP dan anak-anak dah mencuba anda bila lagi

Maklumat lanjut :

Website http://www.dumex.com.my/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge