EZAD LAZIM BERI NAFAS BARU PADA ‘RINDU HATIKU RINDU’

Kini kembali dengan lagu lama tapi diberi nafas baru. Tahniah buat Ezad Lazim!

EZAD LAZIM

Tampil mengejutkan peminat dengan merakamkan semula lagu viral ‘Rindu Hatiku Rindu’ yang sebelum ini dipopularkan oleh penyanyi cilik Tantari.

Lagu yang mendapat sentuhan komposer terkenal Eddie Hamid dengan lirik oleh Jaju dan Hakim Hakimi ini kini hadir dengan interpretasi baharu yang lebih matang menerusi suara emas bekas vokalis kumpulan Exists itu.

CARTA NO 1 TRENDING YOUTUBE

Dalam pertemuan eksklusif, Ezad menyifatkan peluang merakam semula lagu yang pernah menduduki carta No.1 Trending YouTube selama 20 hari berturut-turut itu sebagai satu penghormatan besar buat dirinya.

“Setiap not dan lirik dalam lagu ini sangat istimewa. Kami telah berusaha untuk mengekalkan intipati asal lagu sambil memberi sedikit kelainan dari sudut susunan muzik bagi menyesuaikannya dengan vokal saya,”

-jelas penyanyi hit ‘Demi Cinta’ itu.

VERSI ASAL OLEH TANTARI

Versi asal lagu ini yang dinyanyikan oleh Tantari atau nama sebenarnya Naufal Azahel Mohd Alfian yang ketika itu berusia 6 tahun. Kini dengan nafas baru mencatatkan lebih 9 juta tontonan di YouTube sejak pelancarannya pada 15 Februari lalu.

Menurut Ezad, beliau berharap versi baharunya akan dapat menarik lebih ramai pendengar dari pelbagai peringkat umur untuk menghayati keindahan lagu ini.

VIIDEO MUZIK

Bakal ditayangkan di saluran YouTube Nova Music Videos bagi ‘Rindu Hatiku Rindu’ pada Jumaat, 8 November jam 3 petang. Single ini yang dilancarkan bulan lalu telah berjaya menembusi carta Top 20 Trending YouTube dan kini boleh didengari di semua platform penstriman muzik digital.

Ezad yang terkenal dengan lagu-lagu hit seperti ‘Jesnita’, ‘Mengintai Dari Tirai Kamar’ dan ‘Seperti Dulu’ bersama Exists, terus mengukir nama dalam industri muzik tanah air sebagai penyanyi solo dengan hits seperti ‘Percintaan Ini’ dan ‘Hati Mati’ yang masing-masing mencatat jutaan tontonan di YouTube.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge