Nak Beraya Dengan Kelengkapan Rumah Yang Baru, Jom Ke Courts – Ada Tawaran Yang Menarik Sempena Hari Raya
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Hari Raya bakal menjelma selepas sebulan berpuasa. Pastinya semua inginkan kelengkapan yang baru untuk menghiasi rumah sempena Hari Raya tahun ini. Kali ini KP ingin mewar-warkan tawaran yang menarik dimana ianya pasti membuat tetamu yang hadir tersenyum
Nama “Courts” tidak asing lagi buat para pembeli. Kali ini Courts tampil dengan perubahan baru di mana Courts ingin lebih dekat dengan pelanggan. Dengan mengambil kira dari segala aspek, ianya kembali dengan memberi nafas baru dari setiap sudut ruang di sini. Jom sama-sama kita explorasi cawangan Courts
Masih lagi menitikberatkan tentang pelanggan mereka, kali ini ianya memberikan tawaran dari pelbagai produk, jenama dan juga harga yang bersesuaian sempena pembaharuan dan juga Hari Raya. Di pintu masuk sebelah kiri terdapat “billboard” – Duta Harith Iskandar bersama keluarga
Di kanan pula Harith Iskandar memberi 6 sebab mengapa dia bersenang hati dengan jaminan harga Courts;
- Jaminan Harga Terendah
- Polisi Penukaran Mudah
- Tempahan Produk
- Penghantaran Pantas
- Tempoh Jaminan Lanjutan
- Kelulusan 100 %
Konsep Baharu di Courts Setapak (Courts yang tertua di Kuala Lumpur ). Konsep seperti “ Your Furniture , Your Bedding, Cool Zone Plus dan Ultimate Screen ” menjadi pilihan kali ini. Kedatangan KP dan rakan-rakan kali ini di sambut oleh orang kuat Courts iaitu Mr Tim
Terdapat 3 tingkat dan setiap tingkat mempunyai item yang tersendiri. Di tingkat 1, pelbagai produk IT digital dan pilihan barangan elektrik ada di sini. Sebut sahaja dari jenama yang ada pastinya ada di sini (insyallah)
Koleksi Digital TV & IT
Courts menawarkan pelbagai pilihan Notebook mahupun Laptop. Aksesori IT seperti ASUS router , CCTV dan handphone ada di jual di sini
Koleksi TV & Home Theater
Lihat sahaja koleksi TV dan home theater yang ada di sini. Siap dengan tawaran yang menarik untuk di miliki. Mr Tim selaku CEO memberi penerangan tentang konsep terbaharu di sini
Dari jenama SONY, Samsung, Philips dan pelbagai lagi antara yang memberi tawaran sehingga 95% .
Sound system terbaik dan mantap.
Comel dan harga berpatutan
Air-cond , air- cooler – pelbagai pilihan dan tawaran. Sedikit penerangan di beri buat Mr Tim untuk kami semua. Seronoknya bila berada di sini, sejuk sahaja. Niat di hati ingin sahaja membeli semua ( hahahah)
Cantik kan papan iklan “ Sejuk.. BRRRRR…. Memang pun sejuk pun…”
Untuk keperluan dapur – Ada juga pilih sahaja yang mana satu berkenaan. Dari peti sejuk, ke ketuhar, ke coffee mixer, mixer, microwave dan segala yang berkaitan. Pastinya si ibu gembira tersenyum melihat jika di beli microwave atau mixer yang baru untuk membuat kuih raya.
Nakkan perobot baru atau meja makan baru? Pening memikirkan design atau koleksi ?? Ini antara tingkat yang di rekomenkan apabila berada di sini. Jangan sesekali lepaskan peluang ini. Pelbagai pilihan koleksi sofa dan set meja makan ada di sini. Banyak konsep baru dalam koleksi perabot seperti arm chair, pelbagai dekorasi untuk melengkap dan mencantikkan ruangan di ruang tamu
Di sini terdapat 2 jenis koleksi perabot
Koleksi perabot moden
- Moden kerana designnya mengikut trend masa kini.
- Warna yang cerah dan simple
- Klasik kerana design mengikut konsep lama
- Warna yang biasa di gunakan warna pastel tetapi masih lagi nampak simple
Antara yang menjadi kelainan ialah “ Sofa Maker” . Sofa Maker memberi peluang untuk para pelanggan memilih rekaan , corak mahupun warna sendiri. Kemudian diberikan pada Courts untuk menghasilkan pilihan sofa pelanggan. Jadi boleh sahaja inginkan kombinasi klasik dan moden, klasik, mahupun moden.
Koleksi set meja makan moden
Tengok tu, fokusnya masing- masing sedang memikirkan apa yang patut di beli
Koleksi set meja makan klasik
Ruang Istiharat a.k.a Customer Lounge – terbaru dari Courts, sambil ibu bapa melihat perabot bolehlah anak-anak berehat sambil minum-minum disini.
Kami semua sempat bergambar di sini untuk kenang-kenangan. Suka dengan pembaharuan di Courts kali ini kerana ianya memberikan kesenangan dan juga “family friendly”. Sambil shopping sambil anak- anak dapat beristirehat.
Mr Tim – juga bergambar di sini.
Jom ke tingkat 3 pula, tingkat yang bakal membuatkan masing masing di buai mimpi. Deretan tilam dan set bilik tidur. Di sini koleksi set tidur bukan sahaja untuk pasangan tetapi juga untuk yang single, anak- anak .
Design yang mendapat sambutan apabila kami semua berada di sini.
Antara yang menjadi pilihan KP dalam banyak banyak yang di pamerkan ialah
Semestinya di sini pun ada moden dan klasik
Bilik Tidur – klasik
Yang menarik perhatian di Courts ialah Bed Maker. Kalau tadi di tingkat 2 Sofa Maker, di sini pula bedmaker. Macamana prosesnya, senang sahaja. Ikut step yang di berikan, pasti siap dan cantik kerana ianya pilihan sendiri dan pasti mempunyai “sentimental touch”.
Terdapat beberapa sokongan boleh dipilih
Masa membuat pilihan jangan lupa pilih “ kepala katil “
Ini adalah katil moden yang terbaru di mana bukan sahaja untuk beradu ataupun tidur tetapi boleh juga menyimpan barangan anda seperti kusyen.
Tempat menyimpan barangan dari sudut tepi
Pasti tertanya-tanya masih ada lagi ke ansuran jika membeli barangan di Courts . Semestinya ada di mana ianya menjanjikan yang terbaik di antara semua.
Harga & Jaminan Courts
Promosi Courts sempena Hari Raya dengan setiap pembelian Flexi Credit
Harga Baru Yang Di Janjikan dari Courts
Antaranya
- Jaminan Harga Terendah – Harga yang di tawarkan adalah yang terendah. kalau sebelum ini cuma 2x perbezaan harga kali ini 3x kali perbezaan harga
- Polisi Penukaran Mudah – 30 hari diberikan untuk penukaran barangan jika bermasalah
- Tempahan Produk – 14 hari untuk tempah produk yang di gemari atau di minati
- Penghantaran Pantas – jika di Klang Valley cuba 5 jam sahaja dan barangan akan sampai ke alamat yang di mita
- Tempoh Jaminan Lanjutan – hmm… dulu warranty cuma 5 TAHUN, kali ini 10 TAHUN semestinya berita baik untuk para pelanggan
- Kelulusan 100 %- 100% approval untuk membelanjakan RM 1000 untuk Courts Flexi Plan
Jangan lupa sebab sebab patut membeli di Courts
Penat juga rupanya explorasi di Courts Setapak hari ini, sempat singgah sebentar untuk memikirkan apa yang patut di beli di Hari Raya nanti
“ Salam Aidilfitri “ dari Courts buat para pelanggan. Marilah ramai-ramai shopping di sini pasti puas hati .
#kitepunye #kitepunyedotcom #courts