Event: TOP, “Rich Lasting” Pembersih Pakaian Memberi Kesegaran Berpanjangan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

TOP adalah jenama detergen pakaian no 1 di Malaysia. Ia mengungguli konsep kehidupan bersih menyeluruh ke arah kebersihan, keselesaan, dan kesejahteraan yang lebih baik.TOP telah memulakan kempen kesedaran untuk mendidik pengguna tentang perbezaan antara cucian yang kelihatan bersih dan bersih menyeluruh, bermula di Pasaraya MYDIN USJ, di sini, hari ini.

5

Berdasarkan keupayaan teknologi LION Corporation Japan, TOP mampu memberi produk unggul yang menangani isu-isu kebersihan dan meningkatkan nilai kehidupan harian pengguna melangkaui pembersihan kotoran yang kelihatan penghapusan kotoran tidak kelihatan seperti bakteria, sebum dan protein yang merupakan punca bau, alahan, bahkan beberapa penyakit berjangkit
 
TOP yang diuruskan oleh syarikat tempatan Southern Lion Sdn Bhd, turut memperkenalkan Teknologi FreshCare yang mengandungi pewangi Rich Lasting” untuk kesegaran berpanjangan, diperhebatkan dengan pewangi mikrokapsul yang diaktifkan melalui geseran dan membebaskan haruman semerbak yang mampu memberikan haruman berkekalan sehingga 14 hari daripada membasuh hingga kepada memakai. Teknologi ini dirumuskan dalam varian ‘Blooming Freshness’ terbaru, dan telah mendapat respon yang baik daripada pengguna.

3

Menurut Southern Lion Sdn Bhd, Pengurus Kanan Pemasaran, Cik Carmen Foo, TOP adalah peneraju dalam menyediakan penyelesaian praktikal kepada kesulitan semasa mencuci yang berkaitan kepada perubahan gaya hidup, seperti ruang terhad, cucian pada waktu malam dan pengeringan di dalam rumah, keperluan untuk detergen yang lebih efisien dari segi penjimatan tenaga dan air, serta perubahan cuaca seperti jerebu dan keadaan berkaitan kebersihan seperti peningkatan penyakit berkaitan pernafasan.

TOP adalah detergen pakaian pertama yang memperkenalkan teknologi anti-bau hapak di Malaysia pada tahun 2003. Ia kemudiannya memperkenalkan formulasi anti-debu hama pada tahun 2011 yang terbukti menghapus 99.9% debu hama yang merupakan sumber alahan, dan terus menggunguli konsep kebersihan yang menyeluruh.“TOP telah dan terus mengubah industri detergen di Malaysia melalui penyelidikan canggih dan pembangunan berteknologi tinggi yang menerajui inovasi kami. Kami telah menawan hati dan minda pengguna dengan sentiasa menyediakan penyelesaian yang praktikal untuk menangani masalah cucian mereka,” terang Cik Foo.

“Teknologi FreshCare dari Jepun diformulasikan di dalam varian serbuk pencuci baru Blooming Freshness yang telah diperkenalkan kepada pengguna yang menginginkan wangian kekal lama dan menetapkan standard prestasi baru dalam kategori detergen pakaian melalui pewangi yang terbukti kekal sehingga 14 hari daripada membasuh sehingga memakai,” beliau berkata.
1
Encik Egawa Ketua Penyelidik (Pembangunan Produk Antarabangsa), Makmal Penyelidikan Penjagaan Fabrik, Lion Corporation Japan,menerangkan bahawa kebersihan menyeluruh bukan sahaja menanggalkan kotoran yang kelihatan tetapi yang tidak kelihatan juga. Tujuannya adalah untuk menghalang atau mengurangkan kesan mikrobiologi seperti bau hapak atau risiko jangkitan yang mungkin merebak melalui pakaian yang kotor atau kemasan fabrik.

“TOP mengubah fungsi detergen pakaian. Teknologi TOP mempunyai agen pembersih yang unik yang menembusi dengan pantas dan lebih dalam ke serat fabrik, melitupi permukaan kotoran, mengurai dan menanggalkannya. Kotoran-kotoran ini kemudiannya akan disingkirkan bersama dengan air basuhan.” “TOP menghapuskan bakteria melalui enzim khusus, menyumbang kepada pencegahan bau busuk yang dihasilkan oleh metabolisma bakteria. Teknologi anti-debu hama kami adalah satu lagi inovasi yang terbukti. Dua teknologi ini meningkatkan tahap kebersihan, keselesaan dan kesejahteraan hidup,” beliau menambah.

2

“Kami berbangga kerana telah memperkenalkan Teknologi FreshCare sebagai penyelidikan yang telah menunjukkan bahawa wangian boleh mempengaruhi emosi dan kesejahteraan. Tujuan teknologi ini adalah untuk keharuman berpanjangan supaya pengguna merasai kesegaran sepanjang hari,” kata Cik Ohwaku Ketua Penyelidik (Pewangi untuk Penjagaan Fabrik), Pusat Penyelidikan Perisa & Wangian, Lion Corporation,
Produk Boleh Didapati:-
Detergen serbuk TOP boleh didapati dalam 4 varian iaitu Super Colour, Super Hygienic, Super White, dan Blooming Freshness sementara rangkaian Detergen Cecair Pekat TOP termasuk Fresh Tropicana, Blue Oceania, Color Care and Anti-bacteria. TOP juga menawarkan detergen serbuk dan cecair untuk mesin basuh muatan depan, TOP Lite untuk kain halus dan Pelembut TOP Dayfresh.

#kitepunye #kitepunyedotcom #TOP #toppembersihpakaian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge