Event: Rexona FreshProtect, Semburan Terbaru Untuk Wanita
Event: Rexona FreshProtect, Semburan Terbaru Untuk Wanita
Isi Kandungan
tutup
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Jenama deodoran terkemuka dunia, Rexona telah melancarkan Semburan Rexona yang telah diperbaharui untuk Wanita dengan Freshprotect™. Ia dirumus khas dengan teknologi mikrokapsul yang bertindak balas dengan badan dan membebaskan haruman berpanjangan sekali gus membolehkan wanita aktif menikmati kesegaran sepanjang hari.
Keyakinan merupakan kunci untuk kelihatan hebat dan segar sepanjang hari. Semburan Rexona untuk wanita dengan Freshprotect™ memudahkan wanita moden menjalani gaya hidup yang sentiasa sibuk, samada berulang alik ke tempat kerja setiap pagi, menghadiri beberapa mesyuarat atau berada di gim selepas waktu kerja. Teknologi dalam Freshprotect™ memberikan perlindungan tambahan menangani peluh dan bau. Mikrokapsul di dalamnya membebaskan haruman sepanjang hari ketika dia bergerak, sekali gus memberikannya keyakinan untuk melakukan apa jua aktiviti.
“Sebagai jenama deodoran terkemuka dunia, Rexona memahami bahawa wanita mahukan penyelesaian yang boleh dipercayai dan berpanjangan untuk menangani detik-detik pantas yang meningkatkan adrenalin dan peluh setiap hari – sama ada di pejabat, di gim atau bersama rakan-rakan. Semburan Rexona untuk Wanita dengan Freshprotect™ yang baru ini direka khususnya untuk memberi keselesaan kepada wanita dengan haruman berpanjangan untuk kesegaran sepanjang hari,” kata Ashlee Ng, Pengarah Penjagaan Peribadi, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd. “Teknologi unik yang dipatenkan ini menjadikan Semburan Rexona untuk Wanita dengan Freshprotect™ baru ini satu-satunya deodoran antipeluh yang bertindak balas secara langsung kepada pergerakan badan dengan geseran di bawah lengan yang mendorong mikrokapsul untuk membebaskan haruman segar apabila mereka sangat memerlukannya. Kini, wanita mendapat jaminan deodoran yang tidak akan mengecewakan mereka.”
Semburan Rexona untuk Wanita dengan Freshprotect™ boleh didapati dalam lima varian yang bersesuaian dengan gaya hidup berbeza – Shower Clean, Free Spirit, Passion, Whitening dan Powder Dry. Shower Clean memberikan kesegaran mandian berpanjangan manakala Free Spirit mengekalkan keyakinan anda dengan haruman sederhana yang membangkit semangat untuk perlindungan daripada kekeringan yang berpanjangan. Passion menyediakan perlindungan kekeringan sepanjang hari dengan haruman bunga-bungaan yang ceria dan Whitening khususnya dirumus dengan minyak biji matahari semula jadi membolehkan bahagian bawah lengan lebih cerah dalam masa hanya dua minggu! Akhir sekali, Powder Dry mempunyai perlindungan kekeringan dua kali ganda dengan kebaikan pati talkum.
Sewaktu perlancaran
Semburan Rexona untuk Wanita dengan Freshprotect™ Shower Clean, Free Spirit, Passion dan Powder Dry menerusi botol 150ml ini berharga RM11.90 manakala Whitening 150ml berharga RM12.90. Semburan deodoran ini boleh didapati di semua farmasi terkemuka, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh Malaysia.
Untuk menyerlahkan teknologi mikrokapsul yang baru dan eksklusif berserta haruman berpanjangan ini, Rexona menganjurkan pameran selama 5-hari di Sunway Pyramid. Para pengunjung berpeluang untuk merasai kuasa mikrokapsul menerusi Semburan Rexona untuk Wanita dengan Freshprotect™ yang baru ini dalam Bilik Bubble yang besar dan Permainan Running Bubble. Pengunjung juga boleh menyertai permainan dan persembahan pentas yang menarik untuk memenangi pelbagai hadiah menarik.Gambar – gambar sewaktu KP dan rakan media juga blogger menyertai acara treasure hunt
bersama cik lily putih dan akak paris yang vogue
Permainan Running Bubble….. memang menguji keyakinan diri
Result group kami yang melayakkan kami mendapat tempat pertama dengan memenagi RM 500 guardian voucher. Rezeki anak-anakkan .. siapa yang tahu
Nama group kami : Powder Dry
#kitepunye #kitepunyecom #rexona #deodoran
Tags: adrenalin dan peluh setiap hari Bilik Bubble ceria deodoran deodoran antipeluh emburan Rexona untuk Wanita Free Spirit Freshprotect haruman haruman bunga-bungaan haruman segar ima varian kesegaran keselesaan membebaskan haruman memberikannya keyakinan minyak biji matahari Passion pati talkum. peluh dan bau perlindungan perlindungan kekeringan Permainan Running Bubble Powder Dry Powder Dry. Shower Clean Rexona Semburan Rexona sepanjang hari Shower Clean sunway pyramid tambahan teknologi mikrokapsul Treasure Hunt wanita Whitening