Event: Majlis Tandatangan XES & Ms XES Elegan 2014
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bulan August yang lalu berlangsungnya sudah pertandingan mencari Miss Global International 2014 dan juga Ms XES Elegan pada majlis tersebut. KP ada membuat entri tentang perserta Miss Global International 2014 sewaktu mereka di XES Signature Boutique bulan lepas kerana XES menjadi “Official Footwear” atau “Penaja Kasut Rasmi” untuk Miss Global International Malaysia 2014 ,klik di sini (August entri)
Ini adalah antara koleksi yang terdapat di XES Butik di Glenmarie Shah Alam. Koleksi kasut dari pelbagai rekaan untuk semua usia dari kanak-kanak, lelaki mahupun perempuan. Bukan kasut sahaja ada juga beg tangan atau pun handbag yang elegan dan juga ekslusif untuk para jelitawan
Antara koleksi kasut perempuan untuk kanak-kanak dan kanak-kanak lelaki. Comel kan
Antara koleksi kasut kanak-kanak lelaki . Cara susunan juga menarik perhatian ibu bapa untuk membeli buat si kecil
Emcee yang ‘vogue, lawa dan semestinya cantik’ Ms Sabrina
Inilah dia Ms XES Elegan yang telah di nobatkan di Majlis Malaysia Global International 2014 Ms Mico Pun. Cantik dan menarik personalitinya.
- · Stage Name: Mico Pun
- · Age: 22 years old
- · Date of Birth: 1st March 1992
- · Place of Birth: Johor Bahru
- · Facebook: https://www.facebook.com/xiaomi2505
- · Instagram: Xiaomi_mimi
- · Language: Chinese, English
- · Special Talent: Belly Dance
Ms Mico bersama Pengarah Urusan Shellys Marketing Sdn Bhd -Mr Simon telah menandatangani kontrak selama setahun bersama XES bermula Oktober 1, 2014 hingga September 3,2015 sebagai duta produk XES Acara menandatangi kontrak di antara Ms Mico dan juga Mr Simon
Rejeki ayam nampak di kaki, rejeki manusia siapa yang tahu.. Perjanjian kontrak sebagai Ms XES Elegan dan juga sebagai duta produk XES memang berbaloi dan juga bernilai. Kenapa KP berkata begitu, jom kita tengok Ms Mico bakal menerima apa dari perjanjian kontrak ini .
- Ms Mico menerima RM1,000 tunai atas gelarannya sebagai Ratu XES Elegan 2014/2015
- Ms Mico bakal menerima kasut dan bag tangan setiap bulan bernilai RM3,600 selama setahun dari produk XES
- Ms Mico juga akan dibayar RM3,900 untuk beberapa kempen iklan bercetak
- Ms Mico juga bakal menerima RM1,000 untuk iklan komersial serta lakonan.
- Untuk setiap klip video, Ms Mico turut dibayar RM1,500 sepanjang tempoh kontrak berakhir
- Yang terakhir Ms Mico bakal muncul sebagai Ratu XES Elegan pada mana mana majlis XES yang akan datang
Selesai sudah acara menandatangi kontrak bersama XES dan di persilakan untuk KP perkenalkan “Ms Mico sebagai Duta XES”. Tahniah buat Ms Mico dan moga suksess untuk dalam semua bidang yang di ceburi dan bangga dengan XES atas perlantikan ini
Kebetulan majlis kali ini ramai blogger yang KP kenali hadir seolah-olah seperti ” mini blogger reunion” . Apa pun gambar beramai -ramai wajib ambil untuk melengkapkan perjumpaan kami.
Bersama rakan blogger dan Ms Sabrina untuk mengetahui projek terbaru dari XES. Seperti biasa, XES dengan bermurah hati pada kami dengan memberi kami unuk memilih satu produk XES di butik ini. Apa lagi acara mencari, memilih, mencuba sedang berlangsung. Antara kandid yang sempat di ambil
Pic credit : Projek travel
- Guys .. mencuba kasut pilihan mereka
- Girls… mencari handbag untuk melengkapkan kelengkapan mereka
Bergambar kenangan bersama Cik lily putih
Semestinya KP dan rakan blogger yang lain gembira sangat sebab bukan saja dapat hadir ke majlis menandatangani Ms Mico bersama XES tetapi kami semua pulang dengan hadiah khas dari team XES. Sekali lagi ucapan “Terima Kasih tak terhingga buat Sabrina, Mr Simon dan XES ” atas hadiah ini. Hingga ke temu lagi ye
#kitepunye #kitepunyedotcom #XES #xesduta #msmicodutaxes
terbaik la gi event XES..
First time pakai kasut XES,memang selesa
XES Shoes memang kasut untuk seisi keluarga pada harga berpatutan. NaZ pilih yang ‘rugged’ dan ringan supaya senang melangkah lebih jauh….XES d best!
NaZ recently posted…XES Ada DUTA Baru! | XES Memang Selesa