KP dan Illy Bakal Menggantikan Pengacara GO SHOP Terkini… Betul Ke?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ada PC

Ada Phone

 Ada Tablet

Ada TV… Boleh Beli

Pernah dengar “jingle “ ini .. pastinya yang mempunyai Astro di rumah pernah membuka Channel 118 bukan?

5 - Copy

Go Shop telah memulakannya pada

  • November 1, 2014. Ianya boleh di layari di Channel 118 melalui Astro TV, NJOI dan juga Astro On The Go website mahupun aplikasi di telefon . Masih mengekalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara dan yang terbaik beroperasi 24X7.
  • January 27, 2015, Astro Go Shop telah melancarkan beberapa platform untuk para pengguna melayari dimana-mana, bila-bila masa via goshop.com.my
  • January 30, 2015 : Alhamdulilah telah di lancarkan pada orang ramai dan media untuk bersama-sama shopping online.

Go Shop menjual produk yang terdiri dari fesyen, kecantikan, kosmetik, makanan, barangan keperluan di rumah dan gadjet adalah di antaranya. Jika di lihat kebanyakan produk adalah dari Korea dan antara yang “top selling” produk di sana. Ianya di bawa masuk ke Malaysia dan di demonstrasikan mengikut cara kehidupan kita di Malaysia. Ia juga menawarkan promosi yang terbaik apabila membuat pembeliann dan penghantaran percuma di sekitar Semanjung Malaysia.(tempoh pengenalan sahaja).Andai kata ada masalah dengan produk tersebut ,tidak perlu risau kerana Go Shop mempunyai polisi pemulangan selama 10 hari.

7 6 3 - Copy 2

 

Apa yang perlu ialah PC (desktop), laptop, tablet , phone atau pun TV untuk membeli belah. Senang bukan? Sambil mengemas rumah , sambil melepak di rumah boleh membeli belah. Tidak perlu berpanas , berhujan mahupun bersesak-sesak untuk membeli. Setiap bulan pasti ada produk terbaru seperti contoh untuk bulan April ini sahaja dah ada 10 produk baru. Produk yang mendapat hit sejak perlancaran ialah My Qalam Digital Quran Pen, Steam Q Iron, Multi-Magic Saw Set, Chefline Chocowine Frying Pan Set dan Happycall Doublesided Pan

April 24, 2015, KP dan beberapa rakan blogger lain telah di jemput untuk ke set penggambaran  Go Shop di Astro. Teruja ke ? Memang teruja kerana bukan sahaja dapat melihat set penggambaran tetapi juga dapat berkenalan dengan 4 hos penyampai yang segak lagi menawan. Penyampai  Go Shop terdiri dari Rai, Jimmy, Syamim dan Syakirin. “Bidan Terjun” itulah perumpamaan yang boleh KP berikan. KP dan rakan blogger telah di beri cabaran untuk mengacara Astro Go Shop dengan sendiri. Wow.. dalam 5 minit membuat latihan sebagai penyampai tanpa skrip untuk memperkenalkan produk Go Shop. Tersasul, tergelak, tergeliat lidah semasa menyampai semuanya berlaku. Ini adalah di antara shot yang sempat di rakam.

Team Magenta –

4 Team Hijau

5

Team Kelabu
3 Team Biru 7

Jom Kenal Antara Produk Go Shop

Yogurberry Yogurt Maker1

Untuk penggemar yogurt, anda tidak perlu risau lagi kerana anda boleh mencuba sendiri untuk membuat dengan adanya yogurt maker. Yogurt maker ini tidak menggunakan elektrik. Ianya juga ringan dan boleh di bawa ke mana – mana terutama sewakti bercuti. Cuma memerlukan yogurt dan fresh milk atau full cream sahaja untuk membuatnya. Yogurt yang di hasilkan boleh di campurkan sedikit perisa atau di cicah dengan biskut.

Hurom Slow Juicer

2

1

Diet? Inginkan minuman yang sihat dan tanpa pewarna? KP rekomenkan anda untuk produk ini. Ianya memberikan jus yang segar tanpa pewarna apabila di masukkan bahan-bahannya di dalam Hurom Slow Juicer. Sewaktu ia memproses , bunyi yang terhasil sangat minima tidak seperti juice blender yang lain. Hasil dari juicer ini boleh di minum terus tanpa perlu pewarna dan warnnya juga sekata. Mencuci selepas digunakan? Senang sahaja, tidak perlu pisahkan “compartment “, cuma perlu masukkan air biarkan ia berpusing dan keluarkan air kotoran melalui salurannya. Itu sahaja

Original Raw 10 Cushion Foundation1

Peminat kosmetik? Suka pada kecantikan? Inginkan make up kalis air? Orignial Raw 10 Cushion Foundation memberikan kelainan pada penggunanya. .. Selain itu, ia dapat membantu pada mereka yang mempunyai masalah pigmentasi kedutan dan juga ianya dapat menutupi cacat –cela yang ada apabila di gunakan. Hasilnya selepas menggunakan muka nampak flawless dan glowing.. Wow dah macam artis Korea.

Steam Q Iron

 1

Ianya mempunyai 2 fungsi dalam satu dimana boleh digunakan sebagai iron biasa atau steam iron.  Boleh menghilangkan kedut di baju dan membuat baju terurus dan sekata. Saiznya yang kecil dan portable juga memudahkan proses menyeterika kain dan senang untuk dibawa kemana-mana sahaja tanpa perlu risau ianya memakan ruang yang banyak dalam beg mahupun ketika disimpan.

Macam mana setakat ini? Yang KP ceritakan ini cuma sebahagian dari produk yang ada di Astro Go Shop. Sebelum membeli sesuatu produk perlu tahu bagaimana ingin menggunakkannya bukan? Jadi di  Go Shop, demonstrasi bagaimana sesuatu produk di gunakan di  demonstrasi untuk menunjukkan bagaimana sesuatu produk itu di gunakan. Ini untuk memberi sedikit sebanyak tentang produk tersebut.

Bagaimana ingin membeli

Senang sahaja jika ingin membeli. Ada beberapa cara di sini

  • Dari Astro TV Channel 118
  • Boleh hubungi toll free 1800820088
  • Website: http://www.goshop.com.my
  • 24 X 7 – boleh membuat pembelian bila-bila masa.
  • Pembayaran melalui, credit card, debit card, Easy Payment Programme (EPP-Maybank & Citibank) mahupun cash semasa penghantaran di buat.

6

hmmm… Bestkan produk ini. Apa kata jom kita ramai-ramai membeli sambil berehat. Jimat masa, jimat tenaga, tak risau panas atau hujan. Jadi jangan lupa tau untuk shopping bersama

#kitepunye #kitepunyedotcom #astro #goshop

 

One thought on “KP dan Illy Bakal Menggantikan Pengacara GO SHOP Terkini… Betul Ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge