Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ERNIE ZAKRI DAN SYAMEL SELAMAT DISATUKAN| Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi comel yang bersuara besar? Selepas bertunang akhirnya selamat di satukan. Pasangan duet popular Ernie Zakri dan Syamel menamatkan teka-teki mengenai pernikahan mereka.

Keduanya telah disatukan di dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Masjid Puncak Alam dengan mengikut SOP (standard operasi prosedur). Seramai 20 orang ahli keluarga terdekat hadir ke majlis ini.

Ernie Zakri

Ernie Zakri & Syamel

Alhamdulilah telah selamat di ijabkabulkan pada jam 10.30 pagi. Syamel atau nama sebenar, Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 27, dinikahkan Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Puncak Alam, Abidin Sulaiman berwalikan bapa pengantin perempuan, Zakri Ahmad. Pada majlis tersebut juga, Syamel menyerahkan mas khawin sebanyak RM300 dan seutas gelang tangan berlian.

Jika bertanya tentang wang hantaran di rahsiakan oleh kedua pihak. Tujuh dulang barang hantaran pengantin perempuan berbalas lima dulang dari pihak pengantin lelaki. Tetapi kesemua barang hantaran ini tidak di bawa bersama sebagai mematuhi SOP yang ditetapkan.

Ernie meluahkan rasa syukur kerana majlis dirancang sempurna.

“Kami sangat lega kerana banyak cabaran dilalui apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Jadi, banyak perkara harus dibuat mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Sedih kerana tidak ramai ahli keluarga dapat hadir kerana perlu patuh SOP. Namun, saya bersyukur kami sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. Kami berharap semua pihak dapat mendoakan yang baik-baik untuk kami,”

Ernie Zakri

The Wedding Heritage

The Wedding Heritage adalah perancang perkahwinan yang bertanggungjawab untuk majlis selepas itu. Ia di langsungkan secara tertutup dan eksklusif bersama ahli keluarga terdekat di Serendah. Villa Busainna di gubah indah mengikut tema melayu klasik seperti yang di pinta.

Ernie Zakri

Pasangan yang pernah meraih trofi Artis Kolaborasi/Duo/Kumpulan Popular, Anugerah Bintang Popular (ABPBH) Ke-31 itu bertunang, Ogos tahun lalu selepas berkenalan ketika menyertai program realiti, Duo Star, empat tahun lalu.

Apa pun sekalung tahniah buat kedua pasangan Ernie dan Syamel . Jangan lupa follow

Instagram Ernie | Instagram Syamel

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge