EHSAN GROUP MENYEMAI HARAPAN RAMADAN 2025, TAHNIAH!

Ehsan Group: Menyemai Harapan di Bulan Ramadan 2025, Menyantuni Kasih di Syawal Mulia

EHSAN GROUP

Setiap tahun tanpa jemu, Masjid India Kajang sekali lagi menjadi saksi buat Ehsan Group of Companies. Meneruskan tradisi tanggungjawab sosial mereka dengan menganjurkan Majlis Iftar Perdana dan Sumbangan Zakat Hari Raya Aidllfitri untuk tahun 2025

YANG DIRAIKAN

Tahun ini kemeriahan lagi berganda dimana yang diraikan bersama adalah anak-anak yatim dan golongan asnaf dari lima pertubuhan kebajikan sekitar Lembah Klang. Majlis yang penuh dengan makna buat mereka dan menyatukan hati dalam kasih sayang!

SUDAH ENAM TAHUN

“Untuk pengetahuan semua, ini merupakan tahun ke enam kami melakukan tanggungjawab sosial korporat [CSR]. Bukan setakat sumbangan dari bantuan kewangan tetapi barang asas juga. Ini antara tanda kasih dari kami buat mereka yang selalu menyokong kami.

EHSAN GROUP MENYEMAI HARAPAN RAMADAN 2025

Kami ingin terys mendekati dan berkongsi rezeki sebanyak mana yang boleh dengan mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan,”

-ujar Ketua Pegawai Eksekutif Ehsan Group, Dato’ Haji Abdul Hamid Bin P.V Abdu.

MENYEMAI HARAPAN DI BULAN RAMADAN 2025

Alhamdulilah, sumbangan kali ini membawa keceriaan terutama anak-anak kecil apabila menerima sumbangan duit raya yang disampaikan oleh Dato’ Haji Abdul Hamid. Sentuhan ikhlas itu bukan sekadar memberi, tetapi menyentuh jiwa, membangkitkan rasa dihargai dan disayangi.

EHSAN GROUP MENYEMAI HARAPAN RAMADAN 2025

Majlis ini bukan saja merapatkan silaturahim di bulan Ramadan, tetapi juga memyemai harapan dimana mereka masih tahu masih ada yang sayang dan prihatin pada mereka. Secara tidak langsung membangkitkan rasa dihargai dalam diri mereka yang memerlukan .

Semoga setiap sumbangan ini menjadi penawar lara dan membawa keberkatan berpanjangan,

PENERIMA MANFAAT BAGI 2025

  • Rumah Amal Peribadi Mulia
  • Rumah Kebajikan dan Bimbingan Al-Taqwa
  • Baitul Barakah Ummu Qura
  • Madrasah Tahfiz Deeniyat Lil Ummah
  • Maahad Tahfiz Al-Maghfirah [MATAM]
EHSAN GROUP MENYEMAI HARAPAN RAMADAN 2025

DARI 10 PENERIMA BERTAMBAH

Komitmen Berterusan Ehsan Group dalam Kebajikan terus komited dalam pelbagai inisiatif kebajikan sepanjang tahun. Sejak 32 tahun lalu, program sumbangan raya mereka telah berkembang daripada hanya 10 penerima kepada lebih 3,500 penerima sehingga kini.

EHSAN GROUP MENYEMAI HARAPAN RAMADAN 2025

IHYA RAMADAN EHSAN

Bermula pada 2018, “Ihya Ramadan Ehsan” dilancarkan sebagai inisiatif baharu untuk memperluaskan bantuan kepada NGO, parti politik, dan individu perseorangan. Pada tahun ini sahaja, jumlah keseluruhan sumbangan yang diagihkan sempena Ramadan mencecah RM700,000 di seluruh Malaysia.

EHSAN GROUP MENYEMAI HARAPAN RAMADAN 2025

Dengan kerjasama erat Masjid India Kajang, Majlis Ihya Ramadan yang dianjurkan lebih 30 tahun terus menjadi platform penting dalam mengumpulkan anak-anak yatim, golongan asnaf. Serta pelajar tahfiz dari pelbagai daerah di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

EHSAN GROUP MENYEMAI HARAPAN RAMADAN 2025

Dato’ Haji Abdul Hamid turut menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, mendoakan agar segala usaha kebajikan ini mendapat ganjaran setimpal dari Allah SWT.

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge