Sedar tak sedar drama Curang Tanpa Niat Sudah sampai ke episod
DRAMA CURANG TANPA NIAT
Khamis ini (hari ini) merupakan episod terakhir drama ‘talk of the town’ yang mencetuskan pelbagai emosi penonton. Lakonan mantap Shukri Yahaya, Mira Filzah dan Sharifah Sakinah mengheret penonton kepada pelbagai rasa dan timbal balik.
10 SEBAB KENAPA PERLU TONTON !
Ini merupakan sebab mengapa penonton perlu menonton Curang Tanpa Niat malam ini!
SIAPA RATU AIR MATA
1. Lakonan berkesan Mira Filzah yang telah menaikkan kembali namanya. Malah para penonton turut menyatakan bahawa Mira muncul dari Malaysia’s Sweetheart kepada status Ratu Air Mata. Malah ini merupakan kemunculan kembali Mira Filzah dalam slot Mega Drama Astro.
GANDINGAN PELAKON MANTAP
2. Gandingan para pelakon hebat yang berkesan. Bukan sahaja para pelakon utama seperti Shukri Yahaya, Mira Filzah dan Sharifah Sakinah tetapi pakej drama ini yang dilengkap dengan emosi padat oleh Fadlan Haziim, Fauzi Nawawi, Hasnul Rahmat, Kaza dan ramai lagi
TRENDING DRAMA 2025
3. Curang Tanpa Niat merupakan drama viral & dan trending 2025.
4. Pelakon kanak-kanak yang membawakan watak abang Azriel lakonan Qaiszerr Eshan, telah berjaya membuatkan satu Malaysia menangis dengan lakonan dan penghayatan dirinya sebagai anak.
5. Karakter Eshal dan Astrid merupakan pasangan paling dibenci awal 2025. Tanpa niat tetapi mereka beroleh status tersebut dari para penonton drama tempatan Malaysia.
6. Pengarah drama ini iaitu Eyra Rahman telah mengangkat kualiti drama melayu dengan look and feel yang cantik dan segar.
7. Pelakon kacak dan tinggi lampai iaitu Everts Gomes dinamakan sebagai pelapis hero drama Melayu
ISU OFFICE WIFE
8. Isu yang diangkat melalui drama Curang Tanpa Niat iaitu ‘office wife’ telah mem buka mata masyarakat perihal hubungan di pejabat. Malah melalui komentar-komentar yang diberikan di laman sosial, para suri rumah sudah mula dan berani bersuara.
9. Dilema suri rumah yang diangkat dalam drama ini menarik perhatian penonton iaitu dilema: hamba atau patut dimanja
OST DRAMA – TERGAMAK
10. Lagu runut bunyi drama ini iaitu Tergamak telah menjulang nama Nadeera dan mempamerkan vokalnya yang mantap. Lagu ini turut mendapat perhatian ramai selebriti Malaysia yang menyanyikan semula lagu ini dalam versi mereka. Antaranya Dato Sri Siti Nurhaliza dan Misha Omar.
Curang Tanpa Niat boleh disaksikan di Astro Ria (saluran 104) jam 10 malam. Strim menrusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Bo, Astro Go dan Sooka.