Skip to content

Recent Posts

  • RASYID IKATAN TERLARANG JADI HERO PENONTON | ALIF HADI KONGSI PLOT TWIST
  • AMWAY MALAYSIA CELEBRATES 50 YEARS OF EMPOWERING HEALTH, WELLNES & ENTREPRENEURSHIP!
  • OMODA | JAECOO MALAYSIA, TEMPAHAN JAECOO J5 EV KINI RASMI DIBUKA!
  • WORLD’S FIRST CERTIFIED STINGLESS BEE HONEY LAUNCH!
  • HIJJAZ KEMBALI MENGUBAT RINDU PEMINAT, TERBAIK!

Most Used Categories

  • EVENT (1,070)
  • MUSIC (620)
  • FOOD (504)
  • PRODUCT (458)
  • MOVIE/TEATER (343)
  • GADJET (329)
  • TERKINI (434)
  • ENTERTAINMENT (338)
  • BUSINESS (176)
  • TRAVEL (126)
Skip to content

LIFESTYLE | EVENT| TRAVEL | FOOD | ENTERTAIMENT | REVIEW

Subscribe
  • TERKINI
    • NEWS
    • EVENT
  • BUSINESS
    • PROSPEKTUS
  • AUTOMOBILE
    • MOTOKAR
    • MOTORBIKE
  • ENTERTAINMENT
    • KONSERT
    • MUSIC
    • DRAMA TV
    • MOVIE/TEATER
    • PROGRAM TV
    • TELEFILEM
  • GADJET
    • SAMSUNG
    • HUAWEI
  • LIFESTYLE
    • FOOD
    • FESYEN
    • BEAUTY
    • PRODUCT
    • TIPS
    • MASAK MASAK
    • TRAVEL
  • SUKAN
  • Home
  • MOVIE/TEATER
  • Detik 12 Malam Musim Ketiga Kembali Dengan Lebih Mencabar Dan …
Detik 12 Malam Musim Ketiga Kembali Dengan Lebih Mencabar Dan ...

Detik 12 Malam Musim Ketiga Kembali Dengan Lebih Mencabar Dan …

Nannie IsaOctober 22, 2017October 23, 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Detik 12 Malam Musim Ketiga Kembali Dengan Lebih Mencabar Dan … |Detik 12 Malam kini kembali dengan musim ketiga yang telah mula bersiaran pada 10 Oktober 2017. Musim ini adalah kesinambungan kepada musim yang lepas di mana pihak produksi Detik 12 Malam terus mencari dan merungkai beberapa pekerjaan dan juga aktiviti yang dilakukan pada waktu malam. Bersiaran pada setiap Selasa jam 11 malam di TV3, program berdurasi 30 minit ini menyajikan variasi aktiviti dan pekerjaan yang dilakukan terutamanya melewati jam 12 malam

Menurut Penerbit Detik 12 Malam, Abdul Ghani Mokhtar,

“Objektif program ini bukanlah untuk mencari makhluk halus atau hantu semata-mata, tetapi lebih kepada memberi pendedahan kepada orang ramai tentang cabaran dan dugaan pekerjaan yang dilakukan pada waktu malam dari sudut mistik dan misteri disamping merasai sendiri pengalaman mereka melalui pengacara, Azmi Jamsari. Konsep dan idea asal program ini masih dikekalkan cuma terdapat beberapa segmen diberikan sentuhan baharu yang pastinya
memukau sanubari penonton.”

Pada episod pertama, pihak produksi membawa penonton menyelongkar upacara Pati Geni permainan Kuda Kepang. Di majlis-majlis keramaian, tarian Kuda Kepang dipersembahkan bagi memeriahkan acara.

Detik 12 Malam Musim Ketiga Kembali Dengan Lebih Mencabar Dan ...
Sebagai budaya dan warisan adat melayu, tarian Kuda Kepang diwariskan dari satu generasi ke generasi seterusnya agar tidak hilang ditelan arus kemodenan. Namun disebalik 1001 kisah dari mana asalnya tarian unik ini, pihak produksi membawa anda menulusuri ritual unik ini. Kebiasaannya, mereka yang berhajat untuk menuntut ilmu kuda kepang perlu melepasi peringkat ini kerana ritual ini akan menjadi penentu sama ada pemain kuda kepang tersebut akan diberi ‘semangat’ haiwan yang mereka hajatkan seperti kuda, monyet, harimau mahupun gajah. Tiga orang jurulatih telah ditemui bagi berkongsi pengalaman misteri sepanjang mereka berkecimpung dalam aktiviti ini. Azmi selaku pengacara turut mencabar diri melalui proses pati geni untuk merasai sendiri pengalaman sebagai seorang pemain kuda kepang.

Umumnya aktiviti paranormal bukanlah menjadi pilihan orang ramai, namun segelintir peminat aktiviti mistik tetap berani melakukannya kerana mahukan sesuatu yang mencabar adrenalin. Episod Dua Detik 12 Malam menampilkan kisah disebalik kegiatan sebuah kumpulan paranormal yang masih aktif menjejaki tempat-tempat yang menyeramkan dan misteri. Kumpulan-kumpulan paranormal yang semakin bertambah dari masa ke semasa membuatkan aktiviti “mencari hantu” semakin popular disamping kemajuan teknologi dan media sosial memudahkan mereka berkongsi pengalaman kepada masyarakat.Detik 12 Malam Musim Ketiga Kembali Dengan Lebih Mencabar Dan ...

Aktiviti mendaki gunung dilihat semakin popular dalam kalangan peminat sukan lasak di Malaysia akhir- akhir ini. Pelbagai lapisan bangsa menjadikan aktiviti riadah ini sebagai pengisi masa lapang. Alam semulajadi yang masih terpelihara di Malaysia membuatkan setiap pendaki mengimpikan untuk menawan gunung-gunung yang ada di Malaysia. Pihak produksi telah mendapatkan beberapa orang yang berpengalaman untuk bercerita mengenai pantang-larang dan pengalaman misteri mereka semasa berada di dalam hutan. Dalam episod tiga: Pendaki Gunung, ilmu hutan yang berguna akan turut dikongsikan bersama penonton untuk dijadikan panduan semasa pendakian.

Episod Empat, Pemikat Burung Wak-Wak. Jika dilihat secara kasar, burung wak-wak atau nama saintifiknya Amaurornis Phoenicurus tidak ubah dari burung-burung lain. Namun, terdapat pelbagai kisah misteri di kalangan pemikat burung wak-wak mengaitkan burung yang dilindungi Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 ini. Fokus episod ini adalah teknik menangkap burung wak-wak itu sendiri. Difahamkan cara tradisional iaitu meniup seruling khas hanya dilakukan oleh mereka yang pakar kerana tiupan yang sumbang oleh mereka yang kurang pakar boleh memanggil makhluk halus. Ini menjadikan aktiviti memikat burung wak-wak sebagai satu misteri dan menyeramkan. Diharapkan dengan musim baru ini, penonton akan lebih mengetahui dan serba sedikit beroleh ilmu dimana segala apa yang dipaparkan ini berkait rapat dengan ilmu alam. Segala cerita dan pengalaman yang dikongsikan adalah berdasarkan kisah sebenar dan dilakonkan semula bagi memberikan gambaran sebenar situasi dan kejadian yang berlaku.

Pecahan episod adalah seperti berikut:

  • Episod 1: Kuda Kepang (Upacara Pati Geni)
  • Episod 2: Aktiviti Paranormal
  • Episod 3: Pendaki Gunung
  • Episod 4: Pemikat Burung Wak-Wak
  • Episod 5: Pencari Madu Tualang
  • Episod 6: Kaki Pancing
  • Episod 7: Penjaga Stadium
  • Episod 8: Penjaga Pencawang

Ikuti pelbagai lagi kisah-kisah menarik menerusi DETIK 12 MALAM bersama Saiful Azmi Jamsari bermula 10 Oktober, setiap hari Selasa jam 11.00 malam di TV3. Jika anda terlepas menyaksikannya di kaca televisyen, anda boleh menonton melalui saluran alternatif iaitu di www.tonton.com.my.


Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Detik 12 Malam, Detik 12 Malam Musim Ketiga, jam 12 malam, Kuda Kepang, majlis keramian, paranormal, TV3, waktu malam, warisan adat melayu

Post navigation

Previous: Beg Kembara Anna Sui Eksklusif Untuk Pelanggan Guardian Malaysia !
Next: 1, 2 Selfie , Travelog Agro Bersama Farish Aziz Di TV1

Related Posts

K-VARIETY-

K-VARIETY- FIVE NEW LAUGH-OUT-LOUD SHOWS TO DEBUT IN AUGUST

August 7, 2025May 9, 2026 Nannie Isa

JANGAN PANDANG BELAKANG 2 DI 14 BUAH NEGARA, BETUL KE?

September 27, 2024September 29, 2024 Nannie Isa

FILEM ‘GAYONG’ ANGKAT KISAH BENAR MAHAGURU SILAT !

September 20, 2024September 19, 2024 Nannie Isa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CONTACT ME

For any collaboration or invitations can contact at kitepunye2018@gmail.com

YOUTUBE KITEPUNYE

Subscribe

ⒸNannie Isa | KITEPUNYE DOT COM [003016049-T] |

Copyright All Rights Reserved | Theme: BlockWP by Candid Themes.
Manage Consent
To provide the best experiences, we use technologies like cookies to store and/or access device information. Consenting to these technologies will allow us to process data such as browsing behavior or unique IDs on this site. Not consenting or withdrawing consent, may adversely affect certain features and functions.
Functional Always active
The technical storage or access is strictly necessary for the legitimate purpose of enabling the use of a specific service explicitly requested by the subscriber or user, or for the sole purpose of carrying out the transmission of a communication over an electronic communications network.
Preferences
The technical storage or access is necessary for the legitimate purpose of storing preferences that are not requested by the subscriber or user.
Statistics
The technical storage or access that is used exclusively for statistical purposes. The technical storage or access that is used exclusively for anonymous statistical purposes. Without a subpoena, voluntary compliance on the part of your Internet Service Provider, or additional records from a third party, information stored or retrieved for this purpose alone cannot usually be used to identify you.
Marketing
The technical storage or access is required to create user profiles to send advertising, or to track the user on a website or across several websites for similar marketing purposes.
  • Manage options
  • Manage services
  • Manage {vendor_count} vendors
  • Read more about these purposes
View preferences
  • {title}
  • {title}
  • {title}