Jika anda ada hajat bercuti ke Taiwan, ambil peluang ini untuk rebut peluang destinasi melancong ‘Salam Taiwan’.

SALAM TAIWAN 2023/2024

Sempena kempen Salam Taiwan 2023/2024, Biro Pelancongan Taiwan di Malaysia telah menyediakan pelbagai informasi dan pakej percutian menarik berkaitan Taiwa. Kini dikenali sebagai Destinasi Sensasi Mesra Muslim di gerai Taiwan Tourism pada Pameran MATTA Fair yang bertempat di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC) Federal Territory (Kuala Lumpur) pada 22 hinga 24 Mac lalu

PAKEJ PELANCONGAN SALAM TAIWAN

Sebagai sebahagian daripada kempen menarik ini, gerai Taiwan Tourism telah menawarkan Pakej Pelancongan Salam Taiwan istimewa. Merangkumi penerbangan menerusi EVA Air, penginapan, makanan dan paling penting akses eksklusif untuk acara Meet & Greet bersama  Duta Salam Taiwan – Ayda Jebat di Taiwan.

KEMPEN SALAM TAIWAN

Merupakan sebuah kempen yang dianjurkan oleh Biro Pelancongan Taiwan di Malaysia bagi menonjolkan aspek Mesra Muslim pulau yang serba indah itu. Dilancarkan pada awal tahun ini, dan bakal berlangsung sehingga 2024.

Dewasa ini, Taiwan berada di tangga kelima dalam kategori bukan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam Indeks Pelancongan Muslim Global (GMTI) terdahulu dan terus bekerjasama erat dengan Persatuan Cina Muslim, Pusat Halal Taiwan dan Persatuan Islam Taiwan.

Menerusi usaha-usaha ini, pelancong Muslim kini boleh menikmati Taiwan dengan selesa kerana lebih banyak fasiliti dan kemudahan mesra Muslim telah disediakan. Termasuklah makanan dan minuman halal, hotel-hotel dan bilik solat selesa di kawasan awam.

Selain dari itu, pelbagai kosmetik dan penjagaan kulit halal juga merupakan antara barangan yang sesuai untuk dijadikan buah tangan.

ADA 4 PILIHAN

Kempen Salam Taiwan 2023 adalah dianjurkan oleh Biro Pelancongan Taiwan di Malaysia bagi mempromosikan Taiwan sebagai Destinasi Sensasi Mesra Muslim buat rakyat Malaysia.  Secara kasarnya, kelebihan Taiwan sebagai destinasi percutian pilihan, boleh dibahagikan kepada 4 KATEGORI :

MESRA MUSLIM

Taiwan adalah diiktiraf sebagai “Destinasi Inklusif Tahunan (bukan OIC) dalam majlis “Anugerah Pelancongan Halal 2022”

ROMANTIK

Keindahan alam semula jadi, digandingkan pula dengan kecanggihan metropolitan, Taiwan sememangnya bagai syurga buat mereka yang bercinta!

Sesuai dengan imejnya sebagai “Jantung Asia”, Taiwan menawarkan pelbagai tarikan terkini dan “trendy” pada harga yang menarik buat pelancong. Terdapat pelbagai destinasi membeli-belah – semuanya menjanjikan fesyen, gajet – malah mainan yang terkini!

VIBRANT

Lokasi-lokasi yang memiliki bangunan dengan rekabentuk unik dengan persekitaran berwarna-warni, keunikan juadah yang ditanam di sekitar tempat penginapan. Juga gaya hidup di ladang ternakan yang diselubungi kabus, pemandangan matahari terbit menakjubkan, gaya hidup metropolitan serba moden – pelbagai aktiviti menarik menanti semua!  

Youtube Biro Pelancongan Taiwan

Nak tengok diari pengembaraan Duta Pelancongan Mesra Muslim ke Taiwan – Ayda Jebat dan pasangannya – Nabil Mahir sepanjang di Taiwan? Saksikan video Salam Taiwan melalui Youtube rasmi Biro Pelancongan Taiwan, https://www.youtube.com/@tbrockltaiwan_tourism5829

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge