Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Dengan Segi Fresh Market Terhasil Cukentang Cicah Sardin Berapi |Bulan Ramadan ni pastinya selera masing-masing besar. Ada sahaja yang nak dimakan, dimasak untuk sendiri mahupun mereka yang tersayang. Sama juga jika ke PARAM atau bazaar Ramadan semuanya nak dibeli. Takda tak dibeli. KP lagi suka jika masak dari membeli di bazaar sebab kepuasan dalam memasak ,
Kalau bulan Ramadan KP akan pastikan barangan wajib sebahagiannya seperti telur, maggi, sardin, susu, biskut , bihun dan ada lagi. Barangan yang dibeli pastilah murah atau berpatutan dan lagi bagus jika keluaran tempatan. Antara tempat yang selalu KP singgah untuk membeli adalah Segi Fresh Market.
Segi Fresh Market
Tahu tak tagline mereka ialah ‘Pilih Fresh, Pilih Segi’ . Sebabnya Segi Fresh senantiasa pastu pelanggan yang datang berpuas hati dengan kualiti kesegaran selain dari harga berpatutan. Lagi murah harga barang dijual lagi ramai yang datang membeli bukan ?
Resipi Cukentang
- Kentang yang direbus dicampur dengan tepung gandum. Letak sebiji telur dan sedikit air .
- Gaul hingga sebati tambahkan air sedikit dan garam secukup rasa. Jangan terlampau cair ye adunan
- Goreng didalam minyak dengan api sederhana. Agak dah masing warna kekuningan boleh diangkat
Sardin Berapi
Inilah hasilnya selepas berperang diatas dapur. Satu peringatan untuk anda yang ingin mencuba resipi ini , silalah tambah cili-cili ini mengikut kepedasan anda. Lagi banyak cili diletakkan lagi pedas jadinya. Peminat makanan pedas pasti suka . Oh ye hidangan ini bukan setakat dimakan bersama cukentang. Boleh makan dengan nasi panas maupun roti. KP pun siap makan sardin berapi nie waktu sahur.
Teh O Ais Laici Anak Dara
Letak ais supaya lagi sejuk lagi sedap. Lelagi makan sardin berapi so ini pakej terbaik bukan!
Instagram : https://www.instagram.com/segifreshmarket
Oh, cekodok kentang rupanya. Macam bahasa Indonesia dah bila guna singkatan macam cukentang dan param tu. Haha. Tapi cekodok kentang pun favourite saya juga. Sedap kalau buat minum pagi atau minum petang! Aduh sardin tu buat lapar lah pulak tengah hari ni. Ops!
Betul tu, tak kisah jenama apa asalkan kualiti dia terbaik. Selalu juga shopping barangan rumah di Segi Fresh ni. Murah dan segar
Dulu I selalu beli ikan and ayam kat Segi Fresh. Harga murah dan daging dia memang fresh dan sedap.
okay resipi ni nampak simple dan sedap! nanti nak cubalah! hehe tq tau for sharing tak nak bagi kite ke ? hehehe
khai artzfar recently posted…Baju Raya Murah : Jakel Tawarkan Sehingga Saiz 5XL
wow..sedapnyer cuq kentang..tak pernah lagi ke segi fresh ni….tapi ramai yg cakap murah dan segar…takleh jadi ni.hari minggu ni nak terjah la nnt..
Tak pernah lagi cuba buat cukentang ni..nampak cam menarik dan resepi baru ni, nanti boleh le cuba buat. Makan pulak dengan sardin, perghhh sure sedap ni kan. Sis pun baru buat sardin gak, jenama segi fresh gak..harga murah gila dari luar tapi rasa tetap sedap
Baguslah produk yang dijual di Segi Fresh. Dahlah murah, segar segar pulak tu. Eh cukentang tu saya pernah buat tapi saya tak potong dadu macam tu. Saya sagat halus. Tapi memang sedap cukentang ni cicah plak dengan sambal sardin. Pergh bertambah sedap
Banyaknya barang dia beli.. Stok sebulan ni.. Hehehe.. Ramai beli dekat segi, kata murah.. Bolehla beli belh nanti dekt sana.. Barag dapur pun dh hbis.. Nam maknaan dia dasyt.. Hhehehe
omeyyynyaaa nama dia Cukentang… tak pernah try lagi buat cucuq kentang macam ni. selalu pakai ikan bilis, bawang or jagung je. Tapi kan apa benda pun kalau cicah dengan sardin memang sedappp
Cukentang? Haha comel je. Btw sardin jenama ni memang not bad pun. Emi ada beli beberapa tin haritu, sedaplah! Harga pun jimat bila beli kat segi fresh.
First time aku belajaR buat sardin simple macam ni. Nampak sedap. Selalu aku beria tumis ngan bawang bagai hahaha. Tapi mmg sedap makan dengan cekodok kentang
banyaknya produk yang diaorang dikeluarkan.nampak sedap semuanya. nanti nak cari la jenama ni sebab memang tak pernah cuba
Dah lama jugak tak buat cucur. Sedapnya makan time hangat hangat tu kan..
Cicah pulak dengan sambal. Memang best ni.
Bila la nak buat. Kang buat, anak anak memang takmo makan.
segi nie memang murah2 kan Kak Nannie. ramai memilih segi sebab harganya sangat berpatutan. sy selalu shopping barang dapur basah dekat segi nie. mujur dekat je dengan tempat yg sy tinggal. nanti nak cuba buat jugaklah cucur cicah sardin ebrapi tu
dok bc jg cukentang?? HAHHA cekodok upenye hahha ok fine noted!
Uiks murahnya berbelanja di Segi Fresh ni. Banyak barang dapat kannn..alahai sedap lak nampak cukentang tu
Bulan-bulan puasa baca ni memang mengundanglah. tetiba rasa nak pergi buat terus kat dapur. Allahu sedapnya