DENDEN GONJALEZ DIKONSERT SEARCH ROCKIN’, SURE BEST!

DENDEN GONJALEZ DIKONSERT SEARCH ROCKIN’, SURE BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ada yang menanti dan rindu pada Search? Jom sama-sama turun saksikan konsert bulan Jun ini.

DENDEN GONJALEZ

Kumpulan rock legenda, Search yang kini dibarisi Noordin (gitar), Yan (bass). Minn (dram) dan penyanyi terbaru yang dari Indonesi Denden Gonjalez. Bakal bergabung buat pertama kali untuk satu konsert bulan Jun ini.

SEARCH ROCKING ON ROOFTOP

Konsert Search Rocking On Rooftop yang akan berlangsung di bumbung Kompleks Campbell, Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 11 Jun ini jam 9 malam. 

Walaupun lokasi atas bumbung bukanlah asing dalam beberapa penganjuran konsert artis tempatan sebelum ini, namun apa yang bakal diketengahkan Search ada keistimewaan tersendiri.

KOMPLEKS CAMPBELL

Kompleks Campbell itu sendiri misalnya, pada era 1980-an dan era eksplosif muzik rock adalah antara ‘port rockers’ selain Kompleks Pertama dan Kompleks Wilayah yang terletak berhampiran. 

Yang pasti gabungan muzik rock & roll Search, peminat rock dan lokasinya bakal mengimbau nostalgia kegemilangan muzik rock di situ. 

KELAINAN DALAM KONSERT INI


Noordin yang mengilhamkan konsert itu berkata, ia juga bakal menampilkan kelainan terutama dari segi bunyian, pencahayaan, rekaan pentas dan pemilihan lagu.

“Kami akan membawakan 14 hingga 17 lagu. Apa yang menarik ia adalah lagu yag jarang-jarang dan tidak pernah dimainkan Search dalam konsert-konsert sebelum ini. 

“Search ada banyak lagu dan peminat juga minta mainkan macam-macam lagu. Lagu-lagu yang biasa dimainkan dalam konsert dulu, peminat sudah hafal.

Jadi, kali ini kami nak kelainan. Kita juga nak mainkan lagu-lagu yang ada potensi untuk menarik pasaran luar terutama Indonesia,” katanya. 

PENTAS TIADA BACKDROP & BUMBUNG

Bukan saja pemilihan lagu, rekaan pentas konsert berkenaan juga berbeza. Pentas tidak berbumbung dan tidak ada ‘backdrop’. Sebaliknya penonton dihidangkan dengan panorama bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur.

“Itulah ‘backdrop’ pentas kami. Pastinya ia memberi impak menarik terutama dari segi fotografi dan visual,” katanya.

Selain itu, kehadiran Denden Gonjalez, Yan dan Minn juga bakal memberikan arah muzik dan ‘sound’ yang lebih segar daripada Search. Ini termasuk jurutera bunyi, pasukan produksi dan teknikal yang mantap demi memastikan Search tampil dengan ‘sound’ berkualiti. 

ELLA DUET DENGAN DENDEN

Sementara itu, konsert ini juga bakal menampilkan Ratu Rock, Ella sebagai penyanyi undangan. Ella juga akan berduet dengan Denden Gonjalez.

Tiket konsert berharga RM88, RM198 dan RM298. Bagaimanapun, tiket berharga RM88 sudah habis dijual. Tiket boleh dibeli di Search Rock Station, Kompleks Campbell atau pun

Website |

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Previous Post

HAPINFT PROJEK NFT ISTIMEWA OLEH HAPIFAM, AMAZING!

Next Post

UCSI ORGANIC CULTURE RESTAURANT & RETAIL OUTLET AMAZING!!

Related Posts