Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Dekor Raya 3M Command™ Pastinya Meriah Sambutan Aidilfitri Tahun Ini| Sambutan Raya Aidilfitri bakal membuka tirai tidak lama lagi. Bersedia untuk mengamati kemeriahan rumah-rumah terbuka bersama juadah istimewa berupa rendang dan ketupat, selain berpeluang untuk melihat pemakaian baju-baju tradisional dengan sulaman yang menawan, dan meluangkan masa bersama keluarga serta rakan taulan.
Bagi menyambut musim perayaan dan kebersamaan ini, ramai yang akan menghiasi kediaman masing-masing. Anda boleh menetapkan mood yang sesuai bagi rumah terbuka Raya anda dengan kolaj dinding foto DIY yang dapat menggamit kenangan anda serta para tetamu. Kumpulkan gambar daripada sesi percutian keluarga ataupun majlis graduasi anda yang bermakna, dan buat gubahan mengikut kreativiti anda.
Untuk membantu anda menghasilkan kolaj dinding foto yang sempurna, Command™ Picture Hanging Strips oleh 3M telah menganjurkan sebuah acara kreatif dan serba interaktif pada 1 Mei – 12 Mei 2019 lalu di IOI City Mall, Ruang Dataran Aras LG, Putrajaya.
Pengunjung dapat mempelajari cara untuk menyerlahkan bakat dengan petua-petua yang mudah menggunakan Command™ Picture Hanging Strips yang boleh membantu anda mendirikan galeri peribadi tanpa menebuk lubang, merosakkan dan meninggalkan kesan pada dinding kediaman anda.
Selebriti Malaysia, Diana Rafar telah menyertai acara jerayawara ini pada 11 Mei 2019 dari jam 2 petang hingga 3 petang, dan berkongsi mengenai trend dekor Raya yang terkini.
Hadir dengan tawaran menarik dan aktiviti yang menyeronokkan, peserta yang berbelanja lebih daripada RM30 memperoleh pek sampel Command™ Picture Hanging Strip yang bernilai RM9 secara percuma berserta dengan cetakan foto segera daripada kios foto yang disediakan untuk melengkapi dinding foto Raya mereka.
Para pengunjung jerayawara ini turut melihat keseluruhan rangkaian produk Command™ yang ditawarkan pada harga diskaun.
Rangkaian produk Command™ juga boleh didapati di AEON, Aeon Big, ACE Hardware, HomePro, Jaya Grocer, Parkson Popular Bookstore, Tesco, Village Grocer, Shopee dan Lazada.