Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Dapatkan Produk Ayamas Ready To Eat (RTE) Di Kedai Ayamas |Ayamas memang dikenali dengan produk membabitkan ayam. Mengikuti oerkembangan trend terkini, Ayamas dengan beraninya mengambil satu langkah ke hadapan dengan mengeluarkan produk Ayamas Ready To Eat (RTE). Ayamas Ready To Eat (RTE) bukan sahaja berpatutan tetapi juga mempunyai pelbagai resipi untuk di cuba
Produk Sedia-DiMakan atau Ready To Eat (RTE) ini merupakan makanan sejuk beku yang telah pun di masak terlebih dahulu sebelum disejukbekukan. Jadi selepas membelinya, perlulah memasak kembali di dalam microwave ( untuk cepat,mudah dan senang) . Produk ini bertahan selama 4 jam jika bukan di dalam fridge ye sebab pihak Ayamas Kitchen amat mementingkan kualiti makanannya.
Sesuai dengan kehidupan trend terkini sibuk , Ayamas Kitchen mengeluarkan produk yang sedia di makan iaitu Nasi Kandar Ayam Masala, Briyani Bukhara Ayam dan Nasi Pilaf Ayam Mentega .
“Produk sedia-dimakan telah lama mendapat tempat di hati pelanggan, khususnya generasi muda. Pihak Ayamas menerusi R&D dalamannya telah mencipta 3 pek sedia-dimakan ini dalam bentuk hidangan yang berkualiti”,
kata Rafiq Moosa, Ketua Pegawai Operasi, KARA Holdings Sdn Bhd, pengendali Kedai Ayamas
Ini adalah diantara keluaran Produk Ayamas Ready To Eat (RTE) serta harga. Jangan risau kalau anda bawa RM 10 pasti cukup
Nasi Kandar Ayam Masala – RM 7.90
Nasi Briyani Bukhara Ayam – RM 8.50
Nasi Pilaf Ayam Mentega – RM 8.50
Kali ini, team Ayamas Kitchen mempersembahkan sketsa buat para tetamu sebelum di produk dilancarkan dan diperkenalkan. Bukan senang nak tengok mereka berlakon walaupun untuk sekejap. Best show ever dan dalam video ini juga di tunjukkan bagaimana ingin memasaknya
Cara Penyediaan Produk Ayamas Ready To Eat (RTE)
- Keluarkan dari peti sejuk, biarkan ia seketika dalam 2 minit.
- Gunakan garfu dan tebuk beberapa lubang pada penutup plastik.
- Masukkan ke dalam ketuhar dan panaskan selama 4 hingga 5 minit.
- Keluarkan dan terus sajikan.
Hidangan yang lengkap dalam pakej Ready to Eat dimana siap dengan bahan sampingan seperti
Nasi Kandar Ayam Masala –
Briyani Bukhara Ayam –
Nasi Pilaf Ayam Mentega
Dalam ke 3 menu ini , menjadi pilihan hati KP adalah Nasi Pilaf Ayam Mentega. Lain daripada yang lain . Kalau nak cuba meh beli kat di cawangan Ayamas Kitchen ye . Untuk lebih info tentang Kedai Ayamas, layari
Website Kedai Ayamas www.kedaiayamas.my
Facebook Ayams Roaster www.facebook.com/AyamasRoasters/
credit picture: nazlannasir.com