DACSEE Applikasi Yang Bakal Membawa Anda Kemana Sahaja

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

DACSEE Applikasi Yang Bakal Membawa Anda Kemana Sahaja|Ada masanya kita malas untuk memandu ke lokasi tidak kira untuk membeli-belah, makan-makan, mahupun ke tempat kerja. Lebih gemar menggunakan perkhidmatan aplikasi awam seperti MyCar, Grab, UBER dan sebagainya. Seiring dengan ini, satu lagi platform baru telah diperkenalkan di Malaysia terutama di Lembah Klang.

DACSEE adalah antara satu platform yang menawarkan pengkongsian kereta yang diuruskan sendiri oleh kuasa komuniti. Ianya dibantu oleh komuniti dengan penggunaan tenologi blockchain yang sedia kala ada.

DACSEE bukan sahaja perkhidmatan kereta bagi orang ramai dapat menggunakan tetapi mempunyai sistem yang telus tiada sorok dengan pengguna. Segala maklumat yang diterima akan direkodkan. Ada juga sistem peer-to-peer untuk menolak pembayaran pada orang tengah dimana memberi banyak kemudahan pada pihak-pihak yang terlibat.

Untuk pemandu dalam komuniti DACSEE, anda tidak perlu risau dimana anda dapat mengawal sumber pendapatan setiap bulan.Bagi pemandu yang menyertai pula, mereka boleh menjana lebihan pendapatan sekiranya memperkenalkan lebih ramai pemandu menyertai . Sehingga kini, pemandu Malaysia yang berdaftar dengan DACSEE adalah seramai 4,500 orang. Pengguna yang memuat turun aplikasi ini pula adalah sebanyak 35,000. Jumlah ini semakin meningkat berikutan mula dikenali oleh orang ramai ..

Jika penumpang pula dapat menggunakan perkhidmatan ini dengan kadar bayaran yang rendah.Penumpang  DACSEE berpeluang memilih sendiri jumlah bayaran yang dikenakan, saiz dan jenis kereta yang ingin dinaiki dengan hanya memilih kumpulan yang diingini. Ada pelbagai kumpulan yang ada seperti pemandu kumpulan wanita sahaja, red carpet service (yang belum bermula lagi), pemandu jenama kereta tertentu dan yang lain . Begitu juga dengan pengguna, lebih ramai mereka memperkenalkan DACSEE kepada ahli keluarga lain dan kawan-kawan, lebih banyak keuntungan mereka perolehi

Ini adalah antara teknologi blockchain yang mencipta eko-sistem sendiri untuk memberi balik kepada komuniti. Dengan cara ini ia dapat memberi balik kepada penumpang yang menggunakannya. Pasti komuniti akan terus berkembang apabila ianya berjaya

“Tidak seperti perkhidmatan perkongsian kereta yang sedia ada sekarang ini, keuntungan applikasi ini diterima daripada hasil perkembangan komuniti. Kami ingin menghubungkan orang ramai yang mempunyai minat yang sama agar boleh berkongsi idea dan peluang untuk sama-sama meningkatkan kualiti personal mereka dan rangkaian perhubungan profesional serta kehidupan mereka.”

-Lim Chiew Shan, Perintis dan Ketua Pegawai Eksekutif DACSEE.

Untuk makluman, applikasi ini bakal memperkenalkan kempen ganjaran bagi memninkatkan lagi lpengalaman orang ramai yang mengguna perkhidmatan ini. Kempen ganjaran ini juga bakal memperlihatkan kolaborasi dengan pelbagai rakan kongsi dari pelbagai industri termasuk kedai serbaneka yang terkenal dan syarikat insuran.

Untuk mendapatkan ganjaran itu, muat turun aplikasi , tempah pemandu dan guna perkhidmatan. Ganjaran berupa baucar tunai, perkhidmatan penghantaran percuma dan pelbagai lagi ganjaran menarik.



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge