CRAEZ CAFE HIDANGKAN WHITE STORM LASAGNA MILIK IMELDA MASTERCHEF
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
CRAEZ CAFE HIDANGKAN WHITE STORM LASAGNA MILIK IMELDA MASTERCHEF |Craez Cafe nama yang unik tetapi hidangan apa yang dihidangkan di sini. Teringin rasanya ingin mencuba!
CRAEZ CAFE
Cafe ini beralamatkan di Kelana Jaya.Di dalam bangunan Unitar sendiri bersebelahan dengan balai polis. Tempat yang strategik menjadi pilihan buat tuan empunya cafe iaitu Imelda dan rakan partnernya (Azrin dan Saifol Bahri).
Dibuka pada 11 Disember 2013 dimana 11.12.13 adalah tarikh yang cantik dan senang diingati. Buat yang tidak kenal siapa Imelda ini KP kongsikan sedikit informasi. Imelda adalah salah seorang peserta Masterchef All Star di Astro. Programyang wajib ditonton oleh semua tidak kira dah kahwin atau bujang.
DEKORASI CRAEZ CAFE
Apabila melangkah kaki masuk ke cafe ini, ada yang tertarik perhatian KP untuk dikongsikan. Teringat kembali sewaktu zaman persekolahan dimana hiasannya warna-warni,dekorasi sedap mata memandang.
Nampak tak scrabble atau sahiba yang di eja Craez Cafe. Unik-kan cara memperkenalkan cafe. Nama cafe ini dibuat ala-ala cam mainan sahiba atau scrabble.
MINUMAN
Buat masa ini kebanyakkan menu atau hidangan yang disajikan ialah western. Jom follow untuk lihat sendiri hidangan yang ada dan rekomen untuk di cuba. Mula dari minuman yang ada adalah
- Craez Green Lake
- Beach Street Cooler
- Blue Lagoon
- Flamingo.
Minuman panas pula boleh cuba Cappucino dari biji kopi asli. Nak Hot Chocolate atau Hot Latte pun ada. Seni kopi dihidangkan pada hidangan air panas.
MAKANAN
Penggemar spaghetti, boleh mencuba hidangan terbaru ini. Craezy Fire Carbonara. Dari nama menu pasti ramai dapat mengagak yang hidangan ini pedas dan berapi. Ditambah pula dengan kepingan ayam yang digunakan unuk menanmbahkan lagi kesedapannya.
Lamb Chop. Hidangan di sertakan bersama dengan black pepper sos. Ada juga fries dan coleslaw.
CRAEZY CRAEZ PIZZA
Peliknya nama pizzaini.Tetapi inilah resipi yang lain dari yang lain . Ini adalah diantara masakan yang paling di gemari oleh Dato’Aznil atau Pak Nil. Pizza ini dimasak bersamakepingan isi ayam, cendawan dan 2 jenis keju iaitu mozzarella dan parmesan. Yup… Pak Nil dan Najwa Latiff pernah ke Craez Cafe ok.
Lasagna. Teksturnya dan sos memang sebati. Kalau bakar lagi lama sikit lagi layan.Boleh habis seorang tau kalau makan yang ini. Bila nak repeat balik ni?
White storm lasagna. Kali ini disajikan chicken lasagna dan di serikan bersama kuah carbonara. White storm lasagna memang sedap dan tidak dapat digambarkan rasanya dengan kata-kata.
Portion yang dihidangkan untuk dua orang tapi dengan kesedapannya maaflah ye KP sorang sahaja boleh habis. Menu ini direkomenkan untuk di cuba bila readers di Craez Cafe.
Parfait. Untuk yang inginkan pencuci mulut boleh mencuba menu ini. Harga berpatutan memang bersesuaian dengan hidangan yang diberi.
Hiasan yang cantik sampai sayang pula nak memakannya. Mana taknya meriah dengan kepingan epal, kepingan anggur, marshmallow dan whip cream.
Terima kasih yang tak terhingga buat Imelda, Azrin, Saifol dan juga crew Craez Cafe kerana sudi menerima kehadiran kami. Penuh dengan senyuman dan memberi layan mesra kepada kami.
Disclaimer: Cafe ini tiada lagi dibuka. Mungkin di tutup terus atau sementara waktu.
dekat KJ jer tempat nya… dekat jer tu dengan shah alam.. boleh try nie… nampak macam best… 🙂