“Confident Swimming Babies & Water Safety” Workshop Bersama Bryan Yap
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
“Confident Swimming Babies & Water Safety” Bengkel Bersama Bryan Yap
Tahukah anda dimana kanak-kanak memang gemar bermain air tidak kira usia mereka . Tanpa pengawasan ibu-bapa pelbagai kejadian boleh berlaku sekelip mata walau dimana berada tidak kira didalam bilik air, kolam renang, air terjun ataupun mana-mana kawasan air. Bercakap tentang bengkel “Confident Swimming Babies & Water Safety” sebenarnya ia dapat membantu para ibu-bapa tentang keyakinan untuk baby berenang dan juga sentuhan tentang keselamatan didalam air
Hujung minggu yang lepas KP berkesempatan bersama rakan blogger yang lain menyertai bengkel ini. Bengkel ini telah diadakan di The Parenthood Sunway Pyramid berkolaborasi bersama Cheekaaboo. Mr Bryan Yap sebagai penceramah bakal berkngsi dengan para tetamu yang hadir hari ini. Untuk pengetahuan anda semua, Bryan Yap (BY) adalah salah seorang tenaga pengajar dalam keals renang dan mempunyai lebih dari 10 tahun pengalaman.
Sebelum bermula bengkel , KP sempat meninjau pakaian renang keluaran Cheekaaboo untuk melihat sendiri kualiti yang digunakan seperti yang diceritakan oleh rakan-rakan lainAnak anda masih baby lagi takut tiada size unuk pakaian renang?? Anda sebenarnya silap dimana ada sahaja saiz untuk mereka. Seperti yang ini untuk kanak-kanak yang berusia 4 tahin ke bawah . Comel design pada pakaian ini dan warna pun terang. Seperti ingin sahaja KP memilikinya
Di bengkel yang ceria ini kami berkongsi tips bagaimana untuk memupuk minat / mengetahui sama ada anak anda berminat untuk mempelajari kelas renang atau tidak. Satu demi satu lanhkaj diperkenalkan agar para tetamu memahaminya.
Pepatah ini telah dikongsi oleh BY sendiri dimana
“Teach your children the right thing at the right time”
Kena ada perasaan yakin untuk mereka mencuba berenang. Seperti contoh
- Untuk usia baby kenalkan dengan bunyi air . Persekitaran perlulah dalam keadaan suhu bilik. Masa ditanya suhu bilik untuk bayi berapa ,masing masing kelihatan pandang kiri mahupun kanan. Ini kerana kebiasaan yang kita tahu ialah 37c untuk dewasa dan 32c pula untuk anak-anak.
- Kata-kata sokongan atau dorongan . Ini memang wajib ada dan perlu dilakukan oleh setiap ibu atau ayah kerana apabila kita memberi kata-kata ini secara tak langsung ianya merapatkan hubungan antara kekeluargaan
- Tips lain yang di kongsikan adalah seperti
Contohnya dengan menggunakan sebuah cawan kita jirus muka bayi seperti langkah berikut:-
- Isikan air dalam satu bekas/cawan – jangan terlalu panas atau terlalu sejuk
- Tunjukkan cawan atau alatan yang bakal digunakan pada baby
- Mulakan dengan kata-kata seperti (nama anak), sedia , mula…. !!!
- Tuang atau jiruskan air didalam cawan/alatan tadi ke muka bayi dengan perlahan-lahan
*Kelihatan rakan blogger dan para tetamu mencuba langkah-langkah yang ditunjuk ajar oleh BY
Jadi jangan lupa untuk layari
Facebook Cheekaaboo : https://www.facebook.com/Cheekaaboo/
Elok juga belajar ni. Mana tahu ada kecemasan bolehlah bertindak dan tak panik sangat
Azwan recently posted…Kaweco Ice Sport Rollerball; pembelian atas talian.