Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Club Lounge Grand Bluewave Shah Alam- Makan Malam Tahun Baru 2018 | Kali ini Grand Bluewave membuat kelainan dalam menyambut Tahun Baru 2018. jika kebiasaannya buffet yang ada dinikmati di Royal Songket restoran tetapi kali ini ditukar lokasinya. Haa.. masing-masing mesti tak percaya yang Grand Bluewave mempunyai Club Lounge tersendiri di tingkat 18. Untuk kali ini , anda yang menikmati hidangan buffet pada malam tahun baru bukan sahaja ditawarkan hidangan yang best dan sedap tetapi dapat menyaksikan percikan bunga api sempena tahun baru dari satu-satunya Dataran Merdeka Shah Alam . Best tu untuk merakam sekeping dua untuk simpanan bukan ?
Makan malam yang disediakan kali ini khas oleh Chef Al-Hafiz Bin Redzuan (Senior Chef De Cuisine), seorang chef yang sangat berpengalaman dan telah berkhidmat dengan cemerlangnya di Grand BlueWave Hotel. Hidangan dari pelbagai seperti tradisional dan juga western .
Peminat seafood , buffet ini mungkin milik anda kerana hidangan yang disiapkan semuanya segar dan pastinya enak . Seperti yang ini menawan hati KP
Spicy Prawn with Crackers – mungkin dari luaran saja sudah nampak keenakkannya kan !!!
Setiap tahun baru pastinya menu ayam panggang antara satu nya. Kali ini ayam panggang di perap bersama italian seasoning. makan panas- panas pastu umphh
Nie baru sebahagian sahaja untuk menu buffet makan malam sempena Tahun Baru 2018 di lokasi baru iaitu di Club Lounge
Braised Ribs – Dagingnya dimasak lembut bersama sos yang direka khas
Smoked Salmon Quiche – kelainan dimana isiannya salmon, bayam dan semestinya cheese.
Beef Wellington . Antara menu yang KP pasti mencari jika Krismas. Kalau pastri diluar dimasak betul sewaktu memotong beef wellington pastinya berbau wangi dan rasa tidak perlu gusar kerana pastinya enak.
Pada anda yang biasa ke Grand Bluewave Hotel Shah Alam pastinya anda tahu yang di sini hidangan pencuci mulut nya banyak pilihan. Ada tu sapa tak tahu yang mana nak makan ada pula sebab terlampau comel untuk di makan . Macam yang sempat KP rakamkan pavlova dan puding
Itu belum kira lagi kek -kek yang ada di sini ,
Tak termasuk French pastries dengan pelbagai manisan dan ‘topping’ diatasnya.
KP rekomenkan untuk anda membuat tempahan terlebih dahulu agar tidak kehampaan .Makan malam Tahun baru pada 31 Disember 2017 dari jam 6.30 petang sehingga 1.00 pagi. Harga untuk dewasa adalah M90.00nett untuk setiap seorang dan RM43.45nett untuk kanak-kanak (4 – 11 tahun) Semua harga tertakluk kepada 6% GST. Untuk tempahan bolehlah hubungi di Restoran Royale Songket 03-5511 8811 ext. 2612 atau 2613. maklumat lanjut layari
Website Grand Bluewave Hotel Shah Alam : http://www.bluewavehotels.com/