Carrie Junior Hair Workshop Membantu Para IbuBapa Tentang Penjagaan Rambut Buat Si Comel
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Carrie Junior Kids Shampoo Detangling & Frizz Control ini kembali. Penjagaan rambut kanak-kanak tidak boleh diambil ringan kerana mencuci terlalu kerap atau menggunakan syampu yang salah boleh menyebabkan rambut dan kulit kepala mengalami kerosakan. Berapa kerap kanak-kanak perlu membasuh atau mencuci rambutnya? Untuk kanak-kanak, 3 kali seminggu mencukupi melainkan kanak-kanak itu seorang yang aktif dan kerap berpeluh, anda mungkin perlu mempertimbangkan untuk mencuci dengan kerap. Apabila rambut kanak-kanak makin panjang, basuhlah selang sehari dan kurang bagi orang-orang yang mempunyai rambut kerinting atau kering.
Mempunyai rambut yang sihat, cantik dan mudah di urus tidak kira sama ada ia rambut jenis pendek, paras bahu ataupun memang panjang, adalah keinginan setiap gadis. Jadi syampu yang mana sesuai untuk mengawal rambut kerinting , kusut dan juga rambut sihat? Untuk menjawag segala persoalan ini CARRIE JUNIOR ada jawapannya.
“Carrie Junior Hair Workshop” baru-baru telah diadakan di mana stylist terkenal Dwen Soteto berkongsi tentang penjagaan rambut kanak-kanak yang juga dihadiri selebriti terkenal seperti Nazril Idrus & Sazzy Falak bersama anak kembar mereka dan Ben Ibrahim bersama anak perempuannya. Para tetamu yang hadir juga di beri tunjuk ajar bagaimana tatarias rambut si comel dari segi menyikat, tocang rambutt dan memberi pandangan tentang penjagaan kulit kepala dan rambut kanak-kanak.
Antara tips yang di kongsikan
- Rambut kerinting dan kering -biasanya rambut lebih rapuh daripada rambut lurus .Idea yang baik ialah untuk mencuci kurang kerap agar rambut kekal kerinting
- Sikat dari hujung rambut – Jangan dimulakan dari atas tetapi bermula dari bawah dahulu. Dari bawah barulah naik ke atas akar rambut dan dengan perlahan menarik kekusutan dengan menggunakan jari anda
- Sikat gigi yang luas pada rambut yang basah – Menggunakan sikat gigi yang luas ke atas rambut basah, Elakkan menggunakan berus pada rambut basah kerana rambut yang basah adalah lebih terdedah kepada kerosakan.
Mr Edward Chen Pengurus Pemasaran Wipre Unza (Malaysia) Sdn Bhd berkata “Ia adalah penting untuk mengetahui apa yang terbaik untuk penjagaan rambut anak anda. Ini adalah salah satu cara mengeratkan hubungan antara ibu bapa. Saya sebagai seorang bapa juga kadang-kadang membantu menyikat dan mendandan rambut anak perempuan saya. Ini adalah salah satu aktiviti yang mendekatkan kita dan anaka- anak. Mereka dengan sendirinya berkongsi dengan saya tentang aktiviti seharian, kawan-kawannya malah gossip juga.”
Carrie Junior Kids Shampoo Detangling & Frizz Control antara produk yang direkomenkan buat semua anak-anak di luar sana. Di datangi dengan 2 perisa iaitu Silky Cranberry dan Smoothie Raspberry. Ianya 2 in 1 shampoo dengan conditioner, kaya dengan nutrien zaitun yang membantu meluruskan rambut sambil mengekalkan kelembutan rambut. Ianya juga pH- balanced dan selamat di gunakan untuk kanak-kanak.
Meningkatkan dengan Fruito- E yang diperkaya dengan vitamin dan nutrien sambil melindungi rambut gadis si kecil anda dan kulit kepala. Rambut dan kulit kepala kanak-kanak sentiasa bersih dan berbau segar kerana Carrie Junior Kids Shampoo Detangling & Frizz Control meninggalkan aroma yang wangi dan menyeronokkan
Selesai sahaja demo oleh Dwen Soteto, tetamu yang hadir bersama anak-anak tidak melepaskan peluang untuk men- tatarias anak dan juga mendandan si comel. Carrie Junior dengan besar hati menyediakan kelengkapan untuk aktiviti ini. Antara gambar yang sempat KP rakamkan, jom layan. Kelengkapan untuk tatarias dan berdandan
Klip rambut, sepit dan getah rambut
Sikat dan hairband pun ada. Cukup lengkap
Aksi -aksi sewaktu berdandan, seperti biasa Irfan yang paling sibuk nak mendandan rambut Qurratul
Sayangnya pada kakak
Kalau tadi Irfan mendandan kakak sekarang kakak pula mendandan Irfan,tak nak kalah dua beradik ini.
Jadi jangan lupa dapatkan Carrie Junior Kids Shampoo Detangling & Frizz Control di mana mana supermarket, hypermarket dan farmasi serata Malaysia. Ianya ada 3 size 90 ml (RM4.45), 280 ml (RM10.20) dan juga 700ml (RM22.60). Cubalah pasti akan jatuh hati punya macam KP dan anak-anak. Apa pun terima kasih sekali buat Carrie Junior kerana menjemput KP dan anak-anak ke workshop ini. Hingga ke temu lagi.
#kitepunye #kitepunyedotcom #carriejunior #carriejuniorkidsshampoo #hairworkshop