KUDIS BUTA
Kudis Buta lebih dikenali sebagai Skabies, merupakan sejenis penyakit kulit yang mudah berjangkit.
Jangkitan adalah disebabkan oleh sejenis kutu bernama Sarcoptes Scabiei yang boleh hidup selama 30 hari.
APA ITU SARCOPTES SCABIES?
Ianya berbadan bulat dan mempunyai lapan kaki panjang. Berukuran 0.4mm panjang setiap satu.
Bagi kutu betina akan mengorek masuk kedalam kulit, meninggalkan telur dan mati. Telur-telur yang ditinggalkan akan menetas menjadi kutu dan hidup selama 30 hari.
SKABIES?
Telur ini kemudian akan menetas dan menjadi kutu dewasa yang akhirnya menyebabkan lebih banyak jangkitan Skabies kepada orang lain.
Sebaran Skabies berlaku menerusi sentuhan kulit ke kulit atau menerusi pakaian atau cadar yang digunakan oleh mereka yang dijangkiti. Kegatalan adalah disebabkan oleh reaksi alahan kepada kutu.
Kudis buta bukanlah tanda-tanda kurangnya penjagaan kebersihan. Walau bagaimanapun, ianya cenderung berlaku ditempat-tempat tinggal yang sesak sepeti asrama dan rumah asuhan.
TANDA-TANDA KUDIS BUTA
Keadaan kegatalan pada kulit yang teramat sangat, yang mana ia akan menjadi lebih teruk di waktu malam dan selepas mandi air panas. Kegatalan ini berpunca daripada gigitan kutu Sarcoptes Scabiei.
GEJALA
Antara gejala kudis ini selain kegatalan kulit yang amat sangat ialah, tanda-tanda calar akibat kesan menggaru.
Bintik merah seperti ruam terutama di kawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki. Serta terdapat garisan hitam beralun dan pendek pada kulit – yang menjadi tempat pembiakan kutu.
Kegatalan adalah disebabkan oleh reaksi alahan kepada kutu.
ANTARA TEMPAT YANG DIJANGKITI
Biasanya mereka yang dijangkiti Kudis Buta, akan merasa kegatalan pada celahan jari-jemari, tapak tangan selain bahagian dalam pergelangan tangan.
Ada juga kes di mana kegatalan akibat kutu Kudis Buta ini berlaku di sekitar kawasan kemaluan, punggung, sekitar pusat, celahan ketiak, dan siku.
Juga ada yang terkena di bahagian kaki terutama di buku lali.
BAGAIMANA IA MEREBAK?
Kudis buta senang merebak dari seorang ke seorang yang lain melalui dua cara iaitu sentuhan dari kulit ke kulit. Atau menyentuh pakaian atau cadar yang dijangkiti [jarang berlaku]
CARA RAWATAN
Bagi mereka yang terkena Skabies ini, boleh mendapatkan rawatan di klinik dan hospital berhampiran. Biasanya, rawatan yang diberikan adalah berbentuk sapuan krim pada kulit untuk membunuh kutu.
Krim atau losyen untuk membunuh kutu ini dikenali sebagai Scabicides.
Ubat untuk membunuh kutu Kudis Buta ini juga terdapat di farmasi.
CARA MENGGUNAKAN UBAT SAPU
Ini termasuk losyen permethrin, krim gamma benzene hexacloride, losyen malathion, losyen benzyl benzoate dan juga losyen atau krim crotamiton.
Biasanya, rawatan berbentuk sapuan ini perlu dilakukan selama 1-3 malam berturut-turut mengikut nasihat doktor. Ubat-ubatan disapu dan biarkan semalaman sebelum membilasnya esok pagi.
Manakala pakaian dan cadar yang digunakan perlu dibasuh dengan air panas.
PENCEGAHAN BUAT YANG DUDUK BERSAMA
Dan untuk pencegahan maksima dan mengelakkan penyakit Kudis Buta mudah merebak, dinasihatkan semua ahli keluarga dirawat pada masa yang sama tidak kira samada terasa kegatalan ataupun tidak.
Anak-anak atau mereka yang terkena Skabies perlu dijauhi daripada orang lain terutama anak-anak di sekolah sehinggalah rawatan selesai dibuat.
Untuk makluman, kegatalan mungkin berterusan selama beberapa minggu selepas rawatan berhasil (membunuh kutu).
Jadi, ubat-ubatan untuk mengurangkan rasa kegatalan boleh digunakan sebelum sembuh sepenuhnya.
credit photo : Hello Doktor