Breakfast di Swatches, Fraser place Simple Tapi Best

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Breakfast di Swatches, Fraser Place Simple Tapi Best| Swatches? Nama jam kah?Breakfast atau sarapan pagi adalah wajib. Kalau yang ingin diet ini adalah hidangan penting wajib diambil. Untuk KP pula lain. Kalau menginap di hotel pasti ternanti-nanti masa breakfast nanti.

Swatches

Ianya adalah cafe atau restoran yang terletak di tingkat bawah Fraser Residence. Menyediakan hidangan untuk sarapan pagi, tengahari mahupun makan malam. Kebiasaannya hidangan sarapan pagi yang akan di sediakan buat para tetamu yang menginap.

Kali nie breakfast di Swatches dimana hidangan adalah buffert tetapi mengikut SOP yang di tetapkan. Setiap yang datang akan diberikan sarung tangan. Pilih yang mana nak dan akan dibantu oleh staff untuk mengambil makanan.

Memilih untuk breakfast seawal jam 730 adalah pilihan terbaik lagi-lagi sewaktu PKPB. Mana taknya nanti panjang nak kena beratur kalu lambat. Pelbagai hidangan ada di sini dari tradisional, antarabangsa, appetizer, mahupun manisan. Jom usha apa yang sempat KP makan

Bubur

Dari bahan-bahan nie mesti ramai yang tahukan . Ini adalah bahan-bahan sampingan yang diletakkan pada semangkuk bubur. Tidak kira bubur ayam, bubur ikan semua jenis bubur pun boleh.

Semangkuk bubur cukup untuk membuat perut kenyang sementara nak tunggu makan tengahari. Bubur nasi kalau nak sedap kena letak lobak asin dan daun bawang.

Tak termasuk ikan bilis atau telur masin sure lagi sedap. Kali ni KP makan dengan kacang, boleh tahan juga rasanya.

Kalau tengah diet pun ada juga, ada sayur sayuran seperti salad, timun , lobak, dan pelbagai ‘dressing’ untuk dimakan sekali. Lagi menarik kalau ada telur rebus dalam semangkuk salad.

Nak makan roti pun ada. Nampak tak tu ‘fresh’ kepingan keju dan chicken slice. Tinggal nak pilih dan letak di dalam roti untuk dinikmati.

Yang bagusnya kepingan keju ini belum lagi dibuka dari plastik agar dapat menjaga kesegarannya.

hari nie ada roti croissant, roti putih dan roti wholemeal. Kalau bukan PKPB pastinya banyak lagi pilihan roti yang adakan?

Untuk anak anak kecil nak makan apa? Jangan risau ada saja makanan untuk mereka antaranya ada station telur.

Western

Boleh pilih nak telur mata, side sunny egg, scramble egg mahupun omelette. Nugget pun ada. Nak sos atau mayo kat tepi ada.

Ini pula pilihan Irfan. Katanya nak western hari nie. Nak makan hidangan antarabangsa katanya. Layankan saja. Makan breakfast di Swatches dengan permandangan yang indah.

Sebab dah biasakan jadi Irfan dah tahu apa yang patut ada pinggan. Hash brown, sosej , kacang merah dan sedikit salad. Telur scramble atau telur hanceur tambah sendiri.

Yang nie tanpa telur hancur sebab Irfan malas nak beratur.

Mee Goreng

Pilihan KP simple saja mee goreng ciput dengan tambahan omelette disebelah.

Tak pedas sesuai untuk anak anak juga.

Dim Sum

Kalau nampak dim sum tak payah tanyalah siapa punya pilihan .Tak lain tak bukan Irfan Idham. Memang favourite dia.

Kalau menginap di hotel sewaktu breakfast ini diantara menu yang akan dicari. Kalau ada tu automatik dia bagi 3/5 ya.

Nasi Lemak

Pilihan Qurratul mengikut tradisi.

Nasi lemak di pagi hari. Dimakan bersama dengan rendang.

Cukup suka kalau pinggan nasi lemak cukup bahan. Sambal katanya sesuai untuk dia yang nak pedas, tapi bukanlah level pedas sangat.

Rendang ayam ni bukan dihiangkan sebegini. KP yang minta sebab senang nak makan. Biasanya akan letak di pinggan nasi lemak ye.

Pilihan KP, nak jaga badan haha.. Roti bakar dengan jem dan butter. Pilihan roti kali nie roti putih dan roti coklat. masa KP cari roti wholemeal dah habis.

Roti Bakar

Yang bestnya kat area roti bakar nie banyak pilihan untuk di sapu di atas roti. ada mentega, madu, strawberry dan blueberry. Makan roti panas panas baru terasa kerangupan-nya. Kalau tak dah sejuk jadi lemau.

Ada yang tanya takkan pemanis mulut takde. Eh ada ada pelbagai pilihan kek. Ini diantaranya.

Kalau semua pun KP ambil dan kongsi dah tak best lah nanti masa anda ke sana. Kena datang sendiri dan rasai sedap ke tak. Air panas seperti cappuciono. kopi. teh dan latte pun ada. Nak yang sejuk macam air epal, jambu mahupun oren pun ada.

Makan-makan juga penjarakkan sosial masih dijaga lagi. setiap meja disini ada jarak tersendiri. jangan lah dialihkan pula ye. Kalau nak ke sini ini alamatnya.

Website|Facebook|

Alamat:Residensi & Hotel Marina, Persiaran Tanjung, Pengkalan Puteri
79100 Iskandar Puteri ,Johor Darul Takzim

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Scroll to Top