Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Blue Ant Media Melayari Bersama Pirates & Mermaids di Unifi TV |Bersedialah apabila Blue Ant Entertainment membawa keluar duyung dan lanun menerusi drama Amerika, Siren mulai 4 Jun, dan empat filem klasik Pirates of the Caribbean sebagai sebahagian daripada blok filem mingguan baru dalam bulan ini juga.

Sinopsis Siren – Daripada dasar lautan penuh rahsia
Menurut lagenda, pekan Bristol Cove di bahagian pesisiran barat laut Pasifik pernah didiami duyung. Cerita rakyat terbukti bukan fiksyen apabila seorang wanita misteri yang menggelar dirinya Ryn (Eline Powell) tiba-tiba muncul satu malam. Pelawat asing itu mula meraih perhatian pakar biologi marin tempatan Ben Pownall (Alex Roe). Bersama, di samping rakan pakar biologi marin Ben, Maddie Bishop (Fola Evans-Akingbola), nelayan laut dalam Xander McClure (Ian Verdun), pakar cerita rakyat yang eksentrik, Helen Hawkins (Rena Owen), dan seorang lagi wanita misteri yang menggelar dirinya Donna (Sibongile Mlambo), mereka merungkai ketegangan di antara penduduk darat dan laut apabila duyung pemangsa menuntut hak kepada warisan keturunan mereka. Saksikan premier istimewa Siren selama dua jam pada hari Isnin, 4 Jun pada jam 9:45 malam (8:45 malam JKT/BKK) pertama dan eksklusif di Blue Ant Entertainment.

Siren telah mencecah lebih 4 juta tontonan sejak ia mula ditayangkan di Amerika Syarikat sahaja, dan diterima baik oleh penonton mahupun pengkritik. Syarikat media digital dan hiburan Amerika bagi wanita, Refinery29, menggambarkan Siren sebagai “mencengkam dan ada kelainan,” manakala satu daripada akhbar terbesar di Florida, Tampa Bay Times, menyatakan rancangan itu “berbaloi untuk diselami”. Cinemabland, sumber berita hiburan internet, memuji Powell sebagai “menyerlah sebagai Ryn” dan laman web sumber berita televisyen TV Fanatic menyatakan, “Siren sesuatu yang telah lama hilang daripada televisyen.”

Pirates of Caribbean – Gegarkan tontonan anda

Francais Disney, Pirates of the Caribbean berkisarkan kembara Kapten Jack Sparrow (Johnny Depp) yang eksentrik membabitkan harta karun magik, makhluk ghaib, bekas kekasih, malah pemberontakan lanun. Dalam Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl, anak perempuan gabenor, Elizabeth Swann (Keira Knightley), telah ditangkap Hector Barbossa (Geoffrey Rush), bekas pembantu nakhoda Jack yang pernah mengkhianatinya yang kini menjadi juragan kapal Black Pearl yang disumpah. Bersama dengan kekasih Elizabeth, William Turner (Orlando Bloom), Jack berlayar untuk menyelamatkan wanita berkenaan dan mengambil kembali apa yang pernah dirampas Barbossa daripadanya. Empat filem pertama akan ke udara setiap Khamis bulan Jun ini di Blue Ant Entertainment iaitu

  • Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl;
  • Pirates of theCaribbean: Dead Man’s Chest;
  • Pirates of the Caribbean: At World’s End;
  • Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides

First Dates – Cinta dan layar perak

Lebih banyak yang boleh dinantikan musim panas ini di Blue Ant Entertainment. Cinta mula berputik apabila sekumpulan yang saling tidak mengenali berjumpa buat pertama kali sewaktu makan malam dalam rancangan realiti First Dates setiap Selasa pada jam 8:50 malam (7:50 malam JKT/BKK). First Dates dengan cepatnya telah menjadi amat popular di Filipina dua minggu sejak ia mula ditayangkan dan telah menggandakan purata slot masa 8.50 malam pada hari pertengahan minggu bagi Blue Ant Entertainment berbanding dua minggu sebelumnya. Ini berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Kantar Media.
Layar perak juga akan tiba ke saluran antarabangsa rangkaian ini, Blue Ant Entertainment dan Blue Ant Extreme. Saluran ini akan menayangkan filem klasik pecah panggung daripada NBCUniversal dan Disney untuk memenuhi selera penonton yang lebih meluas di rantau ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai senarai program dan filem yang menarik pada saluran ini, ikuti Blue Ant Entertainment di

Facebook Blue Ant Entertainment www.facebook.com/BlueAntEntertainment/

Instagram Blue Ant Entertainment instagram.com/BlueAntEntertainment



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge