BISIKAN DOSA – FILEM SERAM BAKAL PECAH PANGGUNG?

Setakat ini ada ke filem seram yang betul -betul bakal pecah panggung, tapi penerbit Bisikan Dosa berani mengatakan yang filem ini bakal mencipta sejarahnya!

BISIKAN DOSA

Filem seram terbaharu bertajuk ‘Bisikan Dosa’ bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 9 Januari 2025. Ini selepas kejayaan besar kutipan panggung bagi Filem Seram Pertama Islamik dari negara Thailand bertajuk “KHONG KHAEK”

"Filem Seram  'Bisikan Dosa' Bakal Pecah Panggung" - Yusry Makmor

Terbitan Yusrych Global Sdn Bhd ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Uqasha Senrose, Sara Ali, Farid Kamil, Che Puan Juliana Evans, Sherry Merlis dan Syazuwan Hassan.

BUKA TIRAI 2025

Filem Seram “Bisikan Dosa” ini juga bakal menjadi Sebuah lagi Filem Seram Box Office yang membuka tirai tahun 2025 dengan di sokong oleh Finas & Rakan Strategik Pemasaran Primeworks Studios, Media Prima Bhd serta yang terlibat.

IDEA FILEM INI

Idea untuk menghasilkan filem Bisikan Dosa tercetus apabila dia bersama Zafran sedang brainstorm serta membuat kajian berkaitan filem-filem seram yang mana menjadi tarikan kepada penonton pada ketika ini.

AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT

Malah mengangkat isu-isu realistik seperti amalan syirik misalnya mandi bunga yang ada unsur khurafat yang masih diamalkan oleh sebilangan manusia tanpa mengira darjat dan keturunan

“Antara tarikan tersendiri apabila terdapat beberapa plot twist yang tak disangka oleh penonton. Faizul turut berpuas hati dengan lakonan yang telah ditampilkan oleh barisan-barisan pelakon dengan masing masing dapat menjiwai watak mereka dengan baik dan berkesan.

SINOPSIS BISIKAN DOSA

Filem arahan Faizul A. Rashid ini mengisahkan tentang Sarimah, seorang wanita yang memulakan kehidupan baharu di Kuala Lumpur selepas kehilangan anak dan dikhianati suami. Kehidupannya berubah apabila dia menjadi pembantu rumah kepada keluarga Ayden, di mana dia mula diganggu oleh roh Zara, arwah isteri Ayden.

Faizul menjanjikan babak-babak seram dan ‘jumpscare’ yang bermutu tinggi untuk memberikan kepuasan kepada penonton. Beliau turut memuji komitmen para pelakon yang telah menjalani kelas lakonan khas dan menerima skrip beberapa bulan lebih awal untuk memastikan persembahan yang terbaik.

BAKAL BOX OFFICE BAGI FILEM SERAM

Menurut Penerbit dan Pengasas Yusrych Global Sdn Bhd, Yusry Makmor, filem ini dijangka mampu menjadi fenomena dan mencapai box office kerana mengangkat tema seram yang masih menjadi pilihan ramai penonton tempatan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge