“BILA NAK KAHWIN?”, AMIRA OTHMAN JAWAB PERTANYAAN!

Artis Wanita Popular Tanah Air Kembali Dengan Single Pop Moden Terbaharu Edaran Sony Music Malaysia Dengan Kerjasama Emiera Othman Ventures

SINGLE “BILA NAK KAHWIN?”

Penyanyi dan pelakon berbakat besar, Amira Othman, kembali mewarnai industri muzik tempatan dengan pelancaran single terbaharunya berjudul “Bila Nak Kahwin?”.

Diedarkan oleh Sony Music Malaysia dengan kerjasama kreatif bersama Emiera Othman Ventures, lagu ini adalah hasil ciptaan dua komposer terkemuka, Iqie Hugh dan Omar K bersama Amira sendiri.

Dengan gabungan mesej mendalam dan elemen muzik yang segar, “Bila Nak Kahwin?” tampil berbeza daripada karya-karya terdahulu Amira, menjadikannya sebuah karya yang unik serta relevan dengan kehidupan masyarakat masa kini.

LAGU BERAKAR DARI REALITI HIDUP

Sejak memulakan kerjaya seninya dari tahun 2013, sebagai figura publik yang dikenali ramai, Amira sering dihujani dengan pelbagai soalan, sama ada tentang kerjaya profesionalnya mahupun kehidupan peribadi. Bertitik tolak dari soalan-soalan berikutlah membuahkan inspirasi untuk Amira melakar bait-bait liriknya kerana ada mesej yang ingin disampaikan.

SOALAN YANG SELALU DITANYA!

“Saya yakin lagu ‘Bila Nak Kahwin?” ini sangat ‘relatable’ dengan ramai orang di luar sana, secara tidak langsung ada sesuatu yang ingin saya sampaikan dengan harapan ia menjadi pendorong serta semangat buat mereka yang sentiasa berdepan dengan situasi tersebut. Jadi, saya memandangnya dari sudut positif dan jadikannya sebagai inspirasi dalam penghasilan lagu ini,”

-jelas Amira.

GABUNGAN ELEMEN TRADISIONAL & MODEN

Amira turut berkongsi bahawa proses kreatif lagu ini menjadi lebih menarik dengan bantuan Iqie Hugh dan Omar K, yang berjaya menterjemahkan pengalaman tersebut ke dalam melodi dan lirik dengan penuh kreatif.

Lagu “Bila Nak Kahwin?” menghidangkan elemen muzik dalam nuansa pop moden dengan sentuhan unik bunyian klasik seperti alunan alatan muzik akordion. Saya mahukan kelainan dalam lagu ini sambil mengekalkan melodinya yang segar. Tetapi, dalam masa yang sama saya cuba mengembalikan lagu-lagu terdahulu seperti ‘Hati Hati’ dan ‘Jaga Jaga’,”

RAKAMAN LAGU

Proses rakaman lagu ini hanya memakan masa selama 3 sehingga 4 jam sahaja, menjadikan ia sebuah pengalaman yang pantas namun tetap bermakna bagi Amira. Lebih istimewa lagi, ini merupakan kali pertama Amira turut serta dalam proses penulisan lirik bersama kedua- dua komposer.

KONSEP MV YANG DEKAT DI HATI

Muzik video (MV) “Bila Nak Kahwin?” dijangka bakal mendapat sambutan hangat. Konsepnya yang ringkas tetapi berkaitan dengan kehidupan iaitu gambaran situasi yang sering dialami ramai, terutamanya ketika menghadiri majlis perkahwinan.

“Soalan cepu mas seperti ‘Bila nak kahwin?’ itu pasti biasa didengar oleh ramai orang, dan MV ini cuba menggambarkan situasi sebenar yang berlaku dalam kehidupan seharian,”

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar single terbaharu Amira Othman yang pasti akan menceriakan hari anda dengan mesej positif dan muzik yang segar. Jangan lupa juga kongsikan pengalaman anda pada #BilaNakKahwin di media sosial!

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge