Bekas Juara Sinaran Passport Kegemilangan Dalam Mentor Otai 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bekas Juara Sinaran Passport Kegemilangan Dalam Mentor Otai 2018 |Lapan protégé, Azran & Elvira (Misha Omar), Alina & Ayie (Siti Sarah), AJ & Wan (Tam Spider), serta Azee & Lokman (Zarul Husin) telah berentap di pentas Mentor Otai buat kali pertama. Menempuh setiap kegugupan mereka pada malam itu, Alina Hassan telah menyampaikan lagu ‘Samar Bayangan’ dengan begitu baik sehingga dinobatkan juara mingguan dan membawa pulang sebuah hadiah misteri sumbangan Fellera Beauty. Kalau anda nak tahu kak Alina Hassan ini adalah bekas juara Sinaran Passport Kegemilangan 1996. Bekas Juara Sinaran Passport Kegemilangan Dalam Mentor Otai 2018

Walau bagaimanapun, Azran dan Lokman telah menyampaikan persembahan yang kurang memuaskan menyebabkan mereka jatuh ke tangga dua terbawah. Namun begitu, bersepakat dengan Mark Adam, ketua juri tetap Edry Abdul Halim telah menyelamatkan mereka daripada penyingkiran dan memberikan mereka satu lagi peluang untuk menebus kekurangan mereka.

Menurut Siti Sarah, Mentor kepada juara mingguan, Alina Hassan yang pernah juga menjadi finalis dalam Kilauan Emas tahun 2013,

“Kejayaan Kak Alina pada malam ini terletak pada penghayatannya. Selama seminggu ini, Kak Alina terlalu memikirkan gerak gerinya di atas pentas sehingga menjejaskan penghayatan lagunya. Namun, malam ini Kak Alina telah memberikan fokus penuh dalam penyampaiannya, dan Alhamdulillah, dia berjaya.”Bekas Juara Sinaran Passport Kegemilangan Dalam Mentor Otai 2018

“Saya berasa sebak malam ini apabila melihat Kak Alina menyampaikan lagu ‘Samar Bayangan’ itu kerana saya tahu pahit getir yang telah Kak Alina lalui demi menyara keluarganya. Lagu itu juga mengisahkan keperitan yang dihadapi seseorang yang telah dilupakan seorang diri, kesepian. Keajaiban Kak Alina pada malam ini adalah dia berjaya menyanyikan lagu itu seolah-olah dia sedang menceritakan keperitan hidupnya. Sebagai mentornya, saya akan sokong perjuangan Kak Alina sehingga Kak Alina berjaya nanti, Insya Allah.”

Konsert Battle Pertama Mentor Otai telah dibuka dengan persembahan duet-medley Misha Omar dan Siti Sarah yang telah mendendangkan medley “Dedebu Cinta dan Bersamamu”. Mentor Zarul Husin dan Tam Spider pula telah membawakan lagu “Bukalah Hatimu dan Kasih Latifah”. Selain itu, konsert ini turut menampilkan persembahan protégé pilihan Amizah dengan lagunya “Senggol Senggolan Cubit Cubitan” dan diakhiri dengan persembahan tetamu jemputan, Joey Bumiputra Rockers (BPR) dengan persembahan medleynya “Dari Sinar Mata & Aku Hanya Serangga”.Bekas Juara Sinaran Passport Kegemilangan Dalam Mentor Otai 2018

Para penonton pula telah memulakan tugas mereka sebagai pengadil persembahan protégé Mentor Otai melalui undian atas talian bermula pukul 6.00 petang sehingga diumumkan waktu talian undian ditutup. Dengan melayari www.xtra.com.my/mentorotai, seorang penonton boleh mengundi sebanyak tiga kali, tidak kira mana-mana protégé. Contohnya, mereka boleh mengundi Azran sebanyak tiga kali, atau meletakkan satu undian untuk Azran, Elvira, dan Alina. Undian mereka akan diambil dikira sehingga persembahan terakhir konsert mingguan tersebut dan markah keseluruhan setiap protégé akan diset semula di minggu hadapan.Bekas Juara Sinaran Passport Kegemilangan Dalam Mentor Otai 2018

Kesemua persembahan protégé akan diadili oleh juri tetap, Edry Abdul Halim dan Mark Adam yang mempengaruhi 50% daripada markah keseluruhan mereka. Markah mereka akan ditambahkan pula dengan 20% undian juri awam, dan 30% undian atas talian melalui laman web www.xtra.com.my/mentorotai. Protégé yang mempunyai markah terendah di setiap akhir konsert mingguan, mungkin akan tersingkir.Bekas Juara Sinaran Passport Kegemilangan Dalam Mentor Otai 2018



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge