Skip to content

Recent Posts

  • RASYID IKATAN TERLARANG JADI HERO PENONTON | ALIF HADI KONGSI PLOT TWIST
  • AMWAY MALAYSIA CELEBRATES 50 YEARS OF EMPOWERING HEALTH, WELLNES & ENTREPRENEURSHIP!
  • OMODA | JAECOO MALAYSIA, TEMPAHAN JAECOO J5 EV KINI RASMI DIBUKA!
  • WORLD’S FIRST CERTIFIED STINGLESS BEE HONEY LAUNCH!
  • HIJJAZ KEMBALI MENGUBAT RINDU PEMINAT, TERBAIK!

Most Used Categories

  • EVENT (1,070)
  • MUSIC (620)
  • FOOD (504)
  • PRODUCT (458)
  • MOVIE/TEATER (343)
  • GADJET (329)
  • TERKINI (434)
  • ENTERTAINMENT (338)
  • BUSINESS (176)
  • TRAVEL (126)
Skip to content

LIFESTYLE | EVENT| TRAVEL | FOOD | ENTERTAIMENT | REVIEW

Subscribe
  • TERKINI
    • NEWS
    • EVENT
  • BUSINESS
    • PROSPEKTUS
  • AUTOMOBILE
    • MOTOKAR
    • MOTORBIKE
  • ENTERTAINMENT
    • KONSERT
    • MUSIC
    • DRAMA TV
    • MOVIE/TEATER
    • PROGRAM TV
    • TELEFILEM
  • GADJET
    • SAMSUNG
    • HUAWEI
  • LIFESTYLE
    • FOOD
    • FESYEN
    • BEAUTY
    • PRODUCT
    • TIPS
    • MASAK MASAK
    • TRAVEL
  • SUKAN
  • Home
  • EVENT
  • Beg Kembara Anna Sui Eksklusif Untuk Pelanggan Guardian Malaysia !
Beg Kembara Anna Sui Eksklusif Untuk Pelanggan Guardian Malaysia !

Beg Kembara Anna Sui Eksklusif Untuk Pelanggan Guardian Malaysia !

Nannie IsaOctober 21, 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Beg Kembara Anna Sui Eksklusif Untuk Pelanggan Guardian Malaysia ! |Menyedari minat rakyat Malaysia yang gemar melancong dan ingin kelihatan hebat ketika melancong, Guardian Malaysia telah bekerjasama dengan pereka terkenal Anna Sui untuk sebuah koleksi rekaan eksklusif, istimewa untuk para pelanggan kami! Koleksi Bagasi Anna Sui, yang terdiri daripada dua beg troli, satu beg tote, dan satu kes pereka (designer case), boleh ditebus pada harga diskaun istimewa di bawah program kesetiaan terbaru yang bermula esok.
Bercakap di majlis pelancaran program tersebut hari ini, Ms. Christina Low, Pengarah Pemasaran Guardian Health And Beauty Sdn Bhd, berkata:

“Kami memlilih untuk bekerjasama dengan Anna Sui kerana beliau memiliki pengaruh yang kuat dalam kedua-dua aspek kecantikan dan fesyen, yang sangat relevan kepada perniagaan kesihatan dan kecantikan kami. Ia juga bertujuan untuk membawakan jenama beraspirasi pada harga yang berpatutan ke pasaran umum.”

“Bagi memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah, kami sentiasa membawakan tawaran-tawaran produk kesihatan dan kecantikan yang segar dan sentiasa mencari kempen-kempen kreatif yang bersesuaian dengan perniagaan demi memberikan yang terbaik untuk pelanggan kami.

Menurut Christina, Anna Sui berkata koleksi bagasi itu diilhamkan oleh minyak wangi, rama-rama dan bunga ros dan warna-warna terang dari seni Pop seperti fuchsia dan oren, tetapi setiap rekaan diilhamkan oleh pelbagai peristiwa yang pernah berlaku di sepanjang perjalanan kerjaya beliau.

Kisah di sebalik rekaan-rekaan tersebut, seperti yang diceritakan oleh Anna tentang Beg Kembara Anna Sui:

  • Beg troli 24-inci: “Coraknya datang daripada sehelai tuala teh moden abad pertengahan, yang bertemakan kuartet kedai gunting rambut. Ia pada asalnya muncul dalam koleksi Musim Luruh 2012 saya, yang diilhamkan oleh karya Charles dan Ray Eames, dan koleksi Folk Art Americana mereka.  Kami menyesuaikannya coraknya dengan slogan Anna Sui, botol minyak wangi dan tiub gincu!”
  • Beg troli 20-inci: “Corak rama-rama itu adalah daripada gaun-gaun koleksi Musim Bunga 2009 saya. Warna-warna corak asal agak sama dengan yang terdapat pada bagasi ini. Beberapa rama-rama telah digantikan dengan botol-botol wangian Romantica saya!”
  • Beg Tote: “Rekaan berbirai ros berjalur itu pada asalnya berwarna hitam dan putih, dengan bunga berwarna merah untuk sehelai gaun dalam koleksi Musim Bunga 2007 saya. Ia masih menjadi corak Anna Sui yang paling ikonik. Gambar gaun tersebut telah menghiasi muka depan buku terbaru saya, The World of Anna Sui.”
  • Designer Case : “Coraknya datang daripada himpunan pelbagai kotak kosmetik Anna Sui selama bertahun-tahun.”

“Kerjasama eksklusif dengan Anna Sui ini, kami percaya ia adalah cara yang tepat untuk kami berterima kasih kepada para pelanggan setia kami. Rekaan dan koleksi beliau sama ada fesyen atau minyak wangi, sememangnya dicari dan digermari oleh ramai wanita.Kami yakin koleksi bagasi ini akan menerima sambutan yang hebat oleh para pelanggan kami,”
tambah Christina lagi

Bukan itu sahaja. Guardian menawarkan dua wangian Anna Sui Eau De Toilette (EDT) edisi terhad bermula November. EDT tersebut, yang didatangkan dalam saiz 30ml, iaitu Dreams Yellow, dan La Vie De Boheme, kedua-duanya berharga RM99.00, termasuk GST, dan hanya boleh didapati di 150 buah stor Guardian terpilih.

CARA-CARA PENEBUSAN Beg Kembara Anna Sui:
Untuk setiap pembelian RM20, pelanggan akan menerima sekeping setem. Sekeping setem tambahan akan diberikan jika pembelian tersebut mengandungi salah satu daripada 33 jenama yang mengambil bahagian. Antara jenama-jenama tersebut adalah: Bio-essence, Dettol, Dove, Maybelline, Nivea dan Pantene. Pelanggan perlu mengumpul 10 keping setem untuk menebus satu barangan pada harga diskaun.

Harga potongan untuk empat barangan Beg Kembara Anna Sui adalah:
– Beg troli 24-inci pada harga RM159.90 (berbanding harga jualan RM399);
– Beg troli 20-inci pada harga RM129.90 (berbanding harga jualan RM199);
– Beg tote pada harga RM69.90 (berbanding harga jualan RM129);
– Kes pereka pada harga RM59.90 (berbanding harga jualan RM99).
Setem-setem akan dikeluarkan bermula pada 28 September 2017. Penebusan pula akan bermula pada 26 Oktober dan berakhir pada 31 Disember, 2017 atau sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, sila layari

Website Guardian : www.guardian.com.my


Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
Anna Sui, Beg Kembara Anna Sui, beg tote, beg troli, designer case, Guardian Malaysia, koleksi bagasi Anna Sui

Post navigation

Previous: VEST 2017 Berlabuh Dengan Jayanya Sambil Mencipta Sejarah
Next: Detik 12 Malam Musim Ketiga Kembali Dengan Lebih Mencabar Dan …

Related Posts

Pembelian tiket boleh dibuat melalui Ticket2U For You Nourul.

FOR YOU NOURUL DI ZEPP KL JANJI KEJUTAN, LAGU IKONIK BERI NAFAS BARU

May 13, 2026May 13, 2026 Nannie Isa
SELGATE SPECIALIST HOSPITAL RAWANG

SELGATE SPECIALIST HOSPITAL RAWANG: PENJAGAAN KESIHATAN KUALITI TINGGI

October 28, 2025October 28, 2025 Nannie Isa
SAMSUNG OLED

WHY YOUR SAMSUNG OLED NEEDS A Q-SERIES SOUNDBAR!

September 12, 2025May 9, 2026 Nannie Isa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CONTACT ME

For any collaboration or invitations can contact at kitepunye2018@gmail.com

YOUTUBE KITEPUNYE

Subscribe

ⒸNannie Isa | KITEPUNYE DOT COM [003016049-T] |

Copyright All Rights Reserved | Theme: BlockWP by Candid Themes.
Manage Consent
To provide the best experiences, we use technologies like cookies to store and/or access device information. Consenting to these technologies will allow us to process data such as browsing behavior or unique IDs on this site. Not consenting or withdrawing consent, may adversely affect certain features and functions.
Functional Always active
The technical storage or access is strictly necessary for the legitimate purpose of enabling the use of a specific service explicitly requested by the subscriber or user, or for the sole purpose of carrying out the transmission of a communication over an electronic communications network.
Preferences
The technical storage or access is necessary for the legitimate purpose of storing preferences that are not requested by the subscriber or user.
Statistics
The technical storage or access that is used exclusively for statistical purposes. The technical storage or access that is used exclusively for anonymous statistical purposes. Without a subpoena, voluntary compliance on the part of your Internet Service Provider, or additional records from a third party, information stored or retrieved for this purpose alone cannot usually be used to identify you.
Marketing
The technical storage or access is required to create user profiles to send advertising, or to track the user on a website or across several websites for similar marketing purposes.
  • Manage options
  • Manage services
  • Manage {vendor_count} vendors
  • Read more about these purposes
View preferences
  • {title}
  • {title}
  • {title}