Beaconhouse Newlands Bangsar Sambut Hari Ibu Dengan Mission Crust

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Beaconhouse Newlands Bangsar Sambut Hari Ibu Dengan Mission Crust| Bulan Mei diangkat sebagai hari ibu. Biasanya di sambut pada minggu ke dua bulan Mei. Memandangkan bulan ini berpuasa di bulan Mei, KP sempat menghadirkan diri di salah sebuah sekolah Beaconhouse Newlands Early Years yang terletak di Bangsar. Meraikan ibu bersama anak-anak pra sekolah. 

Ini adalah kali pertama KP menjejakkan kaki di Beaconhouse Newlands Early Years. Beaconhouse bukan sahaja di Bangsar ada juga beberapa lokasi lain ye di Lembah Klang.

‘Made With Love’. Tema kali ini BeaconHouse Newlands adalah dibuat dengan penuh kasih sayang sempena sambutan Hari Ibu

Aktiviti yang diadakan kali ini agak menarik dimana ianya adalah salah satu cara untuk mengeratkan perhubungan antara ibu dan anak. Aktiviti yang dilakukan adalah mendekorasi pizza bersama Mission Crust untuk ibu yang tersayang.

Misson Crust kali ini menaja pizza crust istimewa buat anak-anak pra sekolah di sini.

Dengan buah-buahan segar seperti strawberi. kiwi dan blueberi. ‘Base’ pizza pula di sapu atau salut dengan coklat Nutella

Gelagat anak-anak yang sedang mendekorasi pizza buat ibu tersayang. Ada yang letak sikit buah-buahan ada yang langsung ambil dan makan..hihihi

Sementara ibu lain menunggu giliran mendekorasi , sempat lagi membuat aktiviti lain seperti membuat gambar bunga dengan menggunakan telapak tangan. Cantik pula selepas di cop dan di cantikkan coraknya. Teringat masa zaman sekolah dulu

Antara hasil dari anak-anak yang siap untuk ibu tercinta..

Penuh dengan buah yang berkhasiat untuk ibu yang tercinta. Nampak tak segala buah yang berkhasiat penuh diatas sekeping pizza.

Kegembiraan anak ini menghasilkan tetapi tidak sempat untuk di bawa pulang buat ibu tercinta. Menikmati sendiri pizza yang didekorasi buat ibu tercinta. Apa pun ianya adalah aktiviti yang membanggakan buat ibu dan anak-anak hari ini. Bersama bergandingan mendekorasi pizza untuk dinikmati bersama

Akan datang sekolah ini bakal membuka cawangan baru di kawasan SS2 Petaling Jaya dan juga Ampang. Dan kini ianya telah dibuka untuk pendafaran. Untuk maklumat lanjut layari

Facebook : https://www.facebook.com/BeaconhouseNewlandsEarlyYears/



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge