BBQ Buffet Dinner – Royale Songket, Grand Bluewave Hotel Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

BBQ Buffet Dinner – Royale Songket, Grand Bluewave Hotel Shah Alam |Alhamdulilah di beri kesempatan untuk turut serta kali ini bersama kengkawan yang lain untuk menikmati hidangan BBQ Buffet Dinner. Pastinya lokasi menjadi pilihan adalah di Royale Songket salah satu restoran yang berada didalam Grand Bluewave Hotel, Shah Alam. BBQ kebiasannya di lakukan pada waktu malam agar para tetamu dapat menikmati kesegaran dan kesedepan rasanya selepas di bakar. Maksudnya lepas bakar letak di pinggan dan boleh nikmatinya terus

Kali ini BBQ Buffet Dinner bakal di adakan pada hari setiap malam Jumaat & Sabtu di Royale Songket dari 630 petang hingga 1030 malam . . Untuk hidangan kali ini menawarkan ayam. kambing, daging lembu dan juga manakan laut yang segar selain dari barisan buffet makanan dan hidangan panas termasuk juga pencuci mulut

Di antara hidangan pembuka selera adalah seperti salad, tossed mozzarella cheese, tomato and basil salad rice salad dan lain lagi

Cendawan dengan mixed vegetables

Pizza

Spaghetti

Antara hidangan yang bakal dihidangkan untuk BBQ

Pada bahagian grill, terdapat hidangan daging dan makanan laut seperti sate ayam dengan bumbu, sate ayam yakitori, sirloin steak, sosej ayam jumbo, sotong panggang,

grilled seasonal squid

Grill ketam terbaik

Chicken wing menu wajib bukan

Udang pun ada

Mussels

Ikan pun ada kalau nak

Lamb chop buat anda peminat lamb

Braised Beef Rib

Chicken wings yang sudah digrill atau di bakar

Hidangan seafood on ice pula terdapat half shell NZ green mussels, ketam, oysters, udang and black mussels

Oysters

ketam lagi

Salmon fillet

Buah-buahan

Untuk pemanis mulut, terdapat coconut pudding, chocolate panna cotta, baked pineapple dan caramel tart, mixes berry financiers dan lain lain lagi.

KP rekomenkan untuk anda membuat tempahan terlebih dahulu agar tidak kehampaan . Harga untuk dewasa adalah RM 78.00++ dan RM 39.00 ++ untuk kanak-kanak berusia dari 4 tahn hingga 11 tahun Semua harga tertakluk kepada 6% GST. Untuk tempahan bolehlah hubungi di

Restoran Royale Songket 03-5511 8811 ext. 2612 atau 2613.



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge