Astro Malaysia Holdings Bhd dengan berbesar hati mengumumkan bahawa anak syarikatnya Astro Studios Sdn. Bhd kini dilancarkan.

ASTRO STUDIOS

Salah satu rangkaian perkhidmatan produksi penyegaran, pasca-produksi dan reka bentuk visual bertaraf dunia kepada para penghasil kandungan layar di Malaysia dan seluruh dunia. Menawarkan rangkaian perkhidmatan bersepadu kepada para pencerita, penerbit dan pengarah. Antara khidmat yang ditawarkan termasuk teknologi terkini seperti produksi Maya XR [Extended Reality].

ASTRO STUDIOS

Dengan penubuhan ini, para pencipta kanduangan tempatan dan antarabangsa kini dapat memanfaatkan rangkaian perkhidmatan yang sama seperti dalam pasukan dalaman Astro.

PRODUKSI MAYA XR

Ianya dikuasakan dengan ‘Unreal Engine’, Penyelesaian video IP inovatif untuk produksi penyiaran jarak jauh yang berkualiti. Selain itu juga khidmat pasca-produksi audio-visual bagi keperluan pawagam, penyiaran dan penstriman yang dibikin dalam format Dolby Vision dan Dolby Atmos.

ASTRO STUDIOS

“Pelancaran hari ini telah menzahirkan niat Astro untuk melonjakkan Industri kreatif negara ke aras yang lebih tinggi. Astro sememangnya sentiasa dikenali sebagai peneraju dalam teknologi penyiaran dan produksi yang telah mengecapi pelbagai pencapaian penting buat negara,”

-Euan Smith, CEO Kumpulan ASTRO.

ENJIN PEMACU?

Justeru, pelancaran Astro Studios sebagai sebuah enjin pemacu untuk mengukuhkan kedudukan kami sebagai destinasi utama produksi kandungan di negara ini. Juga sebagai hub kandungan berkualiti tinggi di rantau merupakan satu langkah yang lazim buat kami.

ASTRO STUDIOS

Sarat dengan bakat-bakat luar biasa dalam komuniti pelbagai kaum yang didokong oleh teknologi bertaraf dunia dan yakin Malaysia mampu menjadi sensasi dalam penghasilan kandungan. Lantaran ini, Astro Studios adalah pendorong utama dalam merangsang pertubuhan ekonomi industri kreatif negara.

ASTRO STUDIOS

Percaya tawaran ini sangat menarik Dan mampu memberikan mereka akses kepada pasukan yang inovatif dan sebuah ‘1-stop shop’ yang modern pada kadar yang menarik.

PERKHIDMATAN PREMIUM

‘Setiap unit di Astro Studios menawarkan perkhidmatan yang meskipun UNIK Masih berkongsi alir kerja yang berintegrasi. Ini membolehkankami berdaya cekap dalam menangani pelbagai keperluan produksi media pada hari ini. Pada dasarnya Astro Studios adalah artis Dan seniman yang Mana hasil kerjanya merentasi rangkuman bidang produksi, pasca-produksi Dan reka bentuk.

Kami mahu menambat Dan mencipta pengalamn pembikinan media yang menjangkaui sempadan, bahasa, dan imaginasi termasuk di layar, di pentas, di rumah dan juga di seluruh dunia. Pelancaran ini disaksikan oleh pelbagai pemegang taruh industri antaranya Kementerian Komunikasi, FINAS, Moontgoon Games, MyCreative Ventures dan ramai lagi,”

-Leon Tan, Ketua Astro Studios.

TIGA UNIT UTAMA

ASTRO STUDIOS

ASTRO PRODUCTIONS

Berupaya untuk mengendalikan produksi siaran langsung dan rakaman samada dalam studio ataupun jarak jauh menggunakan set studio ataupun set maya XR. Produksi sedia ada yang masih berterusan adalah termasuk liputan Liga Perdana Inggeris Astro dan Liga Bola Sepak Malaysia. ‘

Family Fued Malaysia’ antara produksi yang dibuat secara Maya buat julung Kali dalam sejarah 48 tahun rancangan permainan televisyen antarabangsa terbabit.

ASTRO SOUND+VISION

Menyediakan khidmat pasca-produksi visual dan audio yang lengkap juga padu untuk keperluan filem, Siri, dokumentari, iklan dan kandungan media lain untuk pawagam, penstriman mahupun penyiaran.

ASTRO STUDIOS

Perkhidmatan ini termasuk ‘online edit’, ‘colour grading’, ‘full digital lab services’, ‘4K/HDR Output’ reka bunyi dan kejuruteraan audio. Termasuk rakaman di lokasi/studio dan adunan akhir yang dibikin lengkap dalam format Dolby Vision Dan Dolby Atmos.

ASTRO DESIGN+MOTION

Dibarisi artis serta pereka grafik, animasi Dan persekitaran XR untuk memenuhi keperluan produksi fizikal Dan Maya. Sama ada di layar atau di pentas yang dikuasakan dengan perisian grafik ‘Unreal Engine’.

ASTRO STUDIOS

Antara pelanggan utama adalah termasuk Moontoon Games iaitu pengendali permainan video ‘Mobile Legends’ yang terkemuka di Asia Tenggara.

Website

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge