Ary Hussin lancar single ‘Luka Terpaling Dalam’ tanda babak baru dalam karier seni!
ARY HUSSIN
Ary Hussin Luka Terpaling Dalam menjadi single yang memperkenalkan perjalanan baharu Ary kepada dunia hiburan. Sebelum ini, vokalnya tular di media sosial dan menarik perhatian ramai. Identiti suaranya yang pekat dengan warna Melayu menjadikannya mudah diterima peminat.

ZON SELESA?
Dengan pelancaran single ini, Ary melangkah keluar dari zon selesa. Jika dahulu dia hanya menyanyi di gerai burger, kini Ary tampil membawa lagu sendiri di pentas hiburan. Perubahan ini menjadi simbol keyakinan baharunya sebagai penyanyi.
SENTUHAN EDRIE HASHIM BALADA TERKINI
Single ini mendapat sentuhan penuh daripada legenda muzik Malaysia, Edrie Hashim. Melodi pop balada dihasilkan berdasarkan karakter vokal Ary yang kuat dan jujur. Susunan strings dan piano memberikan rasa sinematik yang menyokong lirik beremosi dalam lagu ini.

Edrie mahu lagu ini mengekalkan unsur klasik tetapi masih relevan dengan pendengar hari ini. Hasilnya, “Luka Terpaling Dalam” menjadi karya yang mudah dihayati dan dekat dengan jiwa.
VIDEO MUZIK RASMI
Dalam majlis pelancaran, Ary berpeluang menonton Muzik Video rasmi buat kali pertama. MV itu diarahkan oleh Syazwan Zazlan dari A7 Entertainment. Reaksi Ary menunjukkan rasa terharu melihat karya visual yang membalut perjalanan emosinya.

Single ini diedarkan oleh A7 Empire (A7E) dan kini boleh didengarkan menerusi platform digital serta stesen radio negara.
HARAPAN PADA INDUSTRI MUZIK
Ary dan Edrie berharap balada ini diterima peminat dan menambah warna kepada dunia muzik Malaysia. Mereka percaya karya baharu sangat penting untuk perkembangan industri seni.
Credit photo: Themediator
