Art of Speed Malaysia 2025 “Kustom Ada Gaya” – mengaum dengan gaya dan karisma luar biasa, terus unggul sebagai acara Kustom Kulture terbesar tanah air.
ART OF SPEED MALAYSIA 2025
Hujung minggu yang lepas bertarikh 26 – 27 July berlangsung dengan gah dan meriahnya Art of Speed Malaysia untuk Tahun 2025 di lokasi yang sama iaitu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang. A

TAHUN KE 14
Acara terulung Kustom Kulture ini yang dinantikan oleh peminat tegar automobil dan antara acara tahunan yang dinantikan oleh penggemar tegar.
KEKAL IDENTITI SEBELUM INI
Kekal setia pada identitinya, AOS memukau pengunjung dengan pameran luar biasa jentera ubah suai dari dalam dan luar negara. Manakala kehadiran tetamu antarabangsa menambah lagi bahang acara ikonik ini yang meraikan seni dan gaya hidup automotif.

Acara berlangsung dengan penuh kemeriahan, sorakan dan tenaga luar biasa, sekali lagi membuktikan mengapa AOS terus menjadi acara budaya kustom paling dinantikan di Malaysia.
ART OF SPEED MENYALA!
Naik taraf besar-besaran bermula sebaik sahaja anda melangkah masuk. Gerbang ikonik AOS kini tampil lebih garang dan moden dengan paparan LED penuh yang memancarkan visual dan animasi dinamik.


Sentuhan baharu ini bukan sekadar penyambut tetamu yang bergaya — ia mencerminkan semangat AOS itu sendiri: penuh kreativiti, budaya dan inovasi. Tidak hairanlah gerbang baharu ini menjadi antara lokasi paling banyak dirakam dan tumpuan utama yang dinanti-nantikan para pengunjung.

BEETLE LINTASI SEMPADAN?
Program “BEETLE BATTLE” yang dipelopori oleh Denny Kusumah dari Volkswagen Beetle Club Indonesia menyaksikan kehadiran deretan kereta dari negara-negara jiran. Kejayaan program ini meraikan semangat persahabatan serantau yang merentas sempadan dan mengukuhkan ikatan persaudaraan yang berkekalan antara negara.

KERETA KECIL, JIWA BESAR
Hot Wheels Collectors Convention Malaysia (HWCCM) yang kali ke-3 kembali menggegarkan Dewan C dengan pelbagai aktiviti menarik buat peminat dan pengumpul jenama die-cast ini. Sepanjang hujung minggu, suasana amat meriah dengan pelbagai acara termasuk Zon Aktiviti Hot Wheels, Pameran Hot Wheels Rare & Collectibles, Swap Buy & Sell Hot Wheels, sesi perkongsian bersama kolektor, Pertandingan Custom Hot Wheels dan banyak lagi.

PELANCARAN PASANGAN KERETA KONVENSYEN ASIA
AOS 2025 turut mencipta sejarah dengan pelancaran pasangan kereta konvensyen pertama di Asia Tenggara yang menghadap kiri dan kanan — istimewa bersama kehadiran pereka produk Hot Wheels, Brendon Vetuskey!
SOUNDCIRCUS GEGAR HABIS!
SoundCircus Takeover tahun ini hadir dengan sentuhan segar yang memukau di Dewan A. Antara artis yang memeriahkan pentas adalah Noh Salleh & Restore Iboe, Romantic Echoes, Ruffedge, Luqman Podolski, Sabda Alam, Fugo, Iqbal M, Budak Nakal Hujung Simpang, Chronicalz, 53 Universe, Langkawi Dub Club SoundSystem, Mai Tummada serta ramai lagi.

CHAMPION RIDE: DARI SERDANG KE SAKURA
Pemenang-pemenang kategori Best of Show untuk kereta dan motosikal telah memenangi hadiah berupa pakej perjalanan ke MOONEYES Yokohama Hot Rod ke-33 tahun 2025 sebagai Tetamu Kehormat
LAJU, LAPAR, LAYAN
Antara aktiviti yang ada berlangsung di Art of Speed 2025
Santai Scooterist – perhimpunan mega pemilik skuter,

Perhimpunan kelab kereta moden dan klasik termsuk Alfa Romeo [AROCM], K Car Dan Kelab Pemilik Porshe, Roda Rumble 2025 0 Perhimpunan Dua Roda & pesta luaran di sokong oleh Retro Mania

Medan SELERA dengan pelbagai pilihan Dari penjualan makanan mahupun Lori yang terletak di luar kawasan, Payung Kopi untuk Zon Santai berdekatan Pintu masuk Dewan D, pasar lambak untuk Barangan automatif.
Moto4sale antara platform kominiti untuk membeli, menjual Dan berdagang motosikal di bawah 500cc yang datang di Art of Speed 2025. Tidak ketinggalan Zon Uji Tunggang pelbagai jenis motorsikal [Royal Enfield, Vespa, Aprilia, Triumph, Lambretta, Harley-Davidson, Thunder dan Lain lagi]

Maklumat lanjut mengenai acara ini boleh dilayari di
