ANC X TODAK: “WEAR THE GAME”: REVOLUSI ESUKAN DALAM FESYEN, AMAZING!

“Wear the Game” yang terbaru didalam revolusi esukan dalam fesyen juga gaya hidup dengan ANC X Todak!

ANC X TODAK

TODAK, jenama terkemuka dalam industri esukan dan gaya hidup, dengan bangganya memperkenalkan kempen “Wear The Game” sempena pembukaan butik ANC x TODAK di K Commercial, Seksyen 13, Shah Alam.

ANC X TODAK

BUTIK ANC X TODAK

Kolaborasi bersama ANC.LTD ini bertujuan mendekatkan budaya esukan dengan masyarakat serta
memberikan peluang kepada generasi muda untuk menzahirkan identiti dan kreativiti mereka melalui fesyen yang menginspirasikan dunia esukan.

ANC X TODAK

Butik ini berkeluasan lebih daripada 6,000 kaki persegi, direka dengan konsep industri futuristik yang moden dan dinamik. Terletak di lokasi yang strategik di K Commercial, berhampiran mercu tanda seperti Stadium Shah Alam dan AEON Seksyen 13, butik ini.

ANC X TODAK

KONSEP BUTIK

Dengan konsep pusat sehenti, butik ANC x TODAK menggabungkan fesyen, kreativiti, dan pengalaman esukan dalam satu ruang. Selain mempamerkan koleksi fesyen esukan eksklusif, ia juga menjadi pusat tumpuan aktiviti kreatif dan komuniti.

Memberikan ruang kepada individu untuk berkongsi idea seni atau persembahan yang boleh diintegrasikan ke dalam dekorasi butik.

ANC X TODAK

KERJASAMA STRATEGIK

Berdasarkan kolaborasi ini, TODAK terus melangkah ke tahap yang lebih tinggi dalam membentuk kerjasama strategik dan inovatif. Kolaborasi ini menjadi bukti bahawa TODAK sentiasa mencari cara untuk berkembang dan memberi impak lebih besar kepada industri esukan dan gaya hidup.

ANC X TODAK
ANC X TODAK
ANC X TODAK

TODAK mengalu-alukan mana-mana pihak yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada gerakan ini, sama ada melalui kolaborasi kreatif, penyertaan komuniti, atau perkongsian idea.

EFOOTBALL

Selain itu, di acara yang sama, TODAK terus memperkukuhkan dominasi dalam memajukan industri esukan dengan mengumumkan penubuhan pasukan baharu untuk ekosistem eFootball.

ANC X TODAK

Danggotai oleh 4 pemain iaitu; Syamsheer Hussain bin Sajjad Hussain (Tsubasa), Muhamad Najmie Azizi (Tengkumie), Farish Luzman Muhammad Farid (Fluzsiuu), dan pemain yang baru sahaja menjadi johan kejohanan dunia eFootball di FIFAe World Cup serta merangkap pemain dengan carta nombor satu di dunia ketika ini, Ahmad Muhaimin Abd Razak (Minbappe).

BARISAN BAKAT TEMPATAN

Penubuhan pasukan ini mencerminkan aspirasi besar TODAK untuk menguasai pentas esukan global dengan memupuk bakat tempatan yang luar biasa. Dengan barisan pemain elit ini, TODAK berazam untuk menembus batasan, mencipta kejayaan baharu, dan menginspirasi generasi masa depan dalam dunia esukan.

ANC X TODAK

MOBILE LEGENDS : BANG BANG [MLBB]

Bagi meneruskan legasi dan kejayaan pasukan TODAK di dalam ekosistem Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), TODAK juga mengumumkan kerjasama menyeluruh dari segi pengurusan, pembangunan dan pemasaran untuk pasukan baharu MLBB.

ANC X TODAK

Diketuai oleh Muhammad Danial Mohamad Fuad (Cikugais) iaitu CG Esports. Cikugais sebelum ini merupakan pemain pasukan MLBB TODAK dan telah berjaya menjuarai Liga Profesional MLBB Malaysia (MPLMY) sebanyak 3 kali, serta baru-baru ini dinobatkan Anugerah Lagenda di musim MPLMY yang lepas.

INISIATIF BARU DARI TODAK MULAI 2025

Kempen dan pengumuman ini merupakan sebahagian daripada pelan hala tuju dan inisiatif baharu yang dibawakan oleh TODAK bermula pada tahun 2025. Merangkumi pelbagai aspek seperti; hala tuju penglibatan TODAK di dalam dunia esukan kompetitif tempatan dan antarabangsa; pendidikan di dalam industri kreatif.

ANC X TODAK

Juga dalam pembangunan permainan video dan pengembangan harta intelek (intellectual property/IP) multimedia; penganjuran acara esukan dan pengurusan dunia hiburan; pembangunan solusi teknologi; sistem pembayaran digital; dan inovasi fesyen.

PERASMIAN BUTIK ANC X TODAK

Sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif belia dan komuniti, perasmian butik ANC x TODAK disempurnakan oleh YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Beliau juga turut mengiktiraf usaha TODAK dalam memperkasakan generasi muda melalui kreativiti dan inovasi.

ANC X TODAK

Bukan berseorangan tetapi bersama En Khairul Azlan Pengasas dan Pengarah Kumpulan TODAK Holdings dan Pn Sharifah Hafiza Syed Ali, Pengarah ANC.LTD.

KEMPEN TODAK

Antara kempen todak yang mencerminkan nilai-nilai yang diperjuangkan:

ANC X TODAK

MENYATUKAN KOMUNITI

Membawa pelbagai kumpulan masyarakat ke satu ruang yang inklusif dan menyeronokkan.
Dengan kempen ‘Wear The Game’. TODAK tidak hanya mencipta tren baru tetapi juga membina masa depan untuk esukan. DImana esukan dan gaya hidup bergerak seiring untuk membentuk satu ekosistem yang progresif dan menyokong pembangunan belia.

MENINGKATKAN KESEDARAN BUDAYA GAMING BERETIKA

Menjadikan gaming beretika sebagai sebahagian daripada gaya hidup moden.

MEMPERKASA GENERASI MUDA

Memberikan platform untuk golongan muda menonjolkan bakat dan kreativiti mereka.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge