ANAK PERJANJIAN SYAITAN 2 – FILEM PEMBUKA 2024, SCARY KE?| Tak sabar rasanya nak tunggu awal tahun 2024. Mana taknya, filem ini dikatakan bakal menjadi pembuka tirai 2024 di pawagam.

ANAK PERJANJIAN SYAITAN 2

Grand Brilliance Studio mempersembahkan filem sekuel seram Anak Perjanjian Syaitan 2 yang kini kembali untuk menuntut janjinya.

Bakal menemui penonton di pawagam serta menemui peminat filem seram tempatan di Malaysia dan Brunei mulai 4 Januari 2024.

ANAK PERJANJIAN SYAITAN 2

Tayangan perdana dan sidang media untuk filem Anak Perjanjian Syaitan 2 telah diadakan di pawagam Golden Screen Cinemas, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.

EKYA FARHANA

Buat pertama kalinya Eyka Farhana telah diberi tanggungjawab untuk melakonkan watak utama dalam filem dan bergandingan dengan barisan pelakon hebat lain.

Antaranya Alif Satar dan Fasha Sandha dan dibantu oleh Azlan Komeng, Dian P. Ramlee, Azizah Mahzan, Shaharuddin Thamby dan ramai lagi.

SIAPA PENGARAH?

Filem ini diarahkan oleh Dr. Ahmad Idham, seorang sutradara hebat yang terkenal dengan karya-karya pecah panggung sebelum ini,.

Kini membuat kemunculan semula di kerusi pengarah selepas empat tahun ‘berehat’ dari pembikinan filem.

SINOPSIS ANAK PERJANJIAN SYAITAN 2

Mengisahkan tentang perjalanan seorang wanita muda bernama Azlinda (Eyka Farhana) dalam perjuangannya menentang pertarungan mistik yang menghantuinya sejak kecil.

Walaupun Azlinda telah didiagnosis secara medikal dengan penyakit “anxiety disorder”, dia yakin bahawa gangguan yang menghantuinya sejak kecil berkait rapat dengan sejarah hitam ibu bapanya.

ANAK PERJANJIAN SYAITAN 2

Sehinggakan bapanya tidak sanggup lagi untuk membesarkan Azlinda dan tekad menyerahkan Azlinda ke pusat kebajikan.

Mampukah Azlinda melawan perjanjian malapetaka yang telah menjadi sebahagian dari darah dagingnya, atau adakah dia akan terus hidup dalam kegelapan sepanjang hayatnya?

GABUNGAN SUDUT ROHANI & MISTIK

“Filem yang diilhamkan dari pengalaman sebenar ini saya gabungkan dari sudut rohani dan juga mistik dan ia mempunyai cabaran tersendiri yang getir harus saya lalui.

ANAK PERJANJIAN SYAITAN 2

Ini disebabkan isu-isu dan elemen emosi yang amat mendalam dan berat, memerlukan ketelitian saya untuk mentranskripsikan secara relevan tentang kerakusan manusia dalam mengejar kehidupan dunia.

Filem ini berbeza dari pengarahan genre drama dan romantik kerana dengan menggunakan unsur ritual ia mempunyai kekangan yang tersendiri bagi tidak mencetuskan polemik serta menjaga sensitiviti.

KESINAMBUNGAN SEKUEL TERBARU

Saya mengharap garapan saya kali ini dengan penulisan skrip dan kuat didukung oleh barisan pelakon hebat dapat diterima ramai sekaligus menarik penonton ke pawagam.

Tambahan pula, Anak Perjanjian Syaitan 1 mendapat sambutan yang baik walaupun pada masa itu kami terjejas oleh pandemik, tetapi ia masih mendapat kutipan yang memuaskan.

ANAK PERJANJIAN SYAITAN 2

Dengan sambutan yang lepas, saya yakin untuk menerbitkan naskah terkini bagi kesinambungan dan sekuel terbaru ini”,

-ujar Dr. Ahmad Idham, Pengarah & Penerbit Filem Anak Perjanjian Syaitan 2.

KOLABORASI TERBAIK

Kami amat berbesar hati dapat berkolaborasi dengan Dr. Ahmad Idham dalam karya terbaharu beliau “Anak Perjanjian Syaitan 2”.

ANAK PERJANJIAN SYAITAN 2

Saya yakin genre ‘dramatik horror’ ini akan mendapat perhatian para penonton di Malaysia dan Nusantara,”

-kata Puan Nini Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios.

OST FILEM ANAK PERJANJIAN SYAITAN 2

Filem ini juga mempunyai sebuah runut bunyi atau OST berjudul ‘Murka atau Cinta’ . Dinyanyikan oleh Puteri Khareeza kerana suaranya yang boleh membuatkan pendengar merinding.

Lagu ini dihasilkan oleh Amer Munawer Yusoff, seorang komposer dan penulis lirik berpengalaman yang pernah menjadi anggota Ruffedge.

Lagu yang disiapkan dalam tempoh sebulan ini mengangkat unsur-unsur kerohanian. Mengisahkan tentang perjalanan seseorang dalam memilih antara jalan yang benar atau sesat.

Inspirasi bagi lagu dan lirik ini muncul apabila Amer diberi tugas untuk mencipta lagu spiritual yang relevan dalam konteks masa kini.

#AnakPerjanjianSyaitan2 #MasanyaSudahTiba

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge