ALKHAIR MALAYSIA LANTIK USTAZ DON DANIYAL – DUTA KEBAIKAN ALKHAIR

Alkhair Malaysia Melantik Ustaz Don Daniyal Don Biyajid sebagai Duta Kebaikan Alkhair.

ALKHAIR MALAYSIA

Alkhair Malaysia (Pertubuhan Al-Khair Malaysia) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid sebagai Duta Kebaikan Alkhair bagi tahun 2025. Ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2025. 

USTAZ DON DANIYAL - DUTA KEBAIKAN ALKHAIR

DUTA KEBAIKAN ALKHAIR

Pelantikan ini bertujuan untuk memperkukuhkan usaha Alkhair Malaysia dalam memperkenalkan organisasi secara lebih meluas melalui peranan Duta. Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap aktiviti kemanusiaan, dan menyampaikan mesej kebaikan kepada komuniti tempatan dan antarabangsa.

MOU PERSEFAHAMAN

Sebagai simbolik pelantikan ini, sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) diadakan, disempurnakan oleh Ustaz Azfar Abdullah, Pengerusi Alkhair Malaysia, bersama Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, Duta Kebaikan Alkhair. 

USTAZ DON DANIYAL - DUTA KEBAIKAN ALKHAIR

Majlis ini dijangka memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi visi dan misi dalam menyebarluaskan mesej kebaikan serta memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk terlibat dalam inisiatif kebajikan. . 

PERTUBUHAN AL-KHAIR MALAYSIA

Sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan pada 2024. Objektif penubuhan ini adalah bagi membantu kerja kebajikan dan misi kemanusiaan di dalam Malaysia dan luar negara. Ini adalah 5 program utama yang menjadi tonggak perjalanan kemanusiaan Alkhair Malaysia:

– ALKHAIR FOOD PROGRAMME [AFP]
Menyediakan bantuan makanan kepada komuniti yang  terjejas akibat konflik atau bencana.

– ALKHAIR EMERGENCY RELIEF [AER]
Memberikan bantuan segera kepada komuniti yang terjejas akibat konflik, bencana alam atau krisis kemanusiaan.

– ALKHAIR CHILD PROGRAMME [ACP]
Menjaga kebajikan kanak-kanak melalui pendidikan,  kesihatan, dan kesejahteraan emosi.

– ALKHAIR EDUCATION PROGRAMME [AEP]
Memastikan akses pendidikan berkualiti kepada masyarakat, seperti golongan asnaf di Malaysia, anak-anak pelarian dan mereka yang berada di negara konflik.

– ALKHAIR HEALTH PROGRAMME [AHP]
Memberikan akses kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti untuk golongan kurang berkemampuan dan mereka yang berada di negara bergolak atau bencana.

– ALKHAIR HOPE
Menyampaikan sokongan kewangan dan pembangunan sosial kepada golongan asnaf, OKU, dan mangsa bencana.

    [ NILAI – NILAI ALKHAIR MALAYSIA ]

    IHSAN – Alkhair Malaysia berpegang teguh pada prinsip Ihsan dengan memberikan bantuan penuh kasih sayang dan keikhlasan, serta bertanggungjawab sepenuhnya kerana setiap kebaikan memiliki impak besar.

    BERIMPAK –  Alkhair Malaysia menitikberatkan keberkesanan dan impak positif pada setiap inisiatif, dengan fokus utama pada pembangunan masyarakat dan perubahan sebenar.

    KEJELASAN & TANGGUNGJAWAB – Alkhair Malaysia menitikberatkan keberkesanan bantuan melalui impak positif dan pembangunan masyarakat yang sebenar dalam setiap inisiatif yang diambil.

    SINERGI – Kami percaya pada kekuatan kerjasama dengan pelbagai pihak untuk mencapai hasil yang lebih besar dan berkekalan.

    INOVASI – Alkhair Malaysia menghargai inovasi dan kreativiti, serta bertanggungjawab mencari pendekatan baharu dan teknologi tinggi untuk misi bantuan kemanusiaan yang lebih efisien dan berkesan.

    Comments

    No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge