Tahniah buat para pemenang Peraduan Sports Spend and Win anjuran Al-Ikhsan
PERADUAN SPORTS SPEND AND WIN
Bersempena ulang tahun Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd. yang ke-30, Syarikat telah melancarkan peraduan ‘The Ultimate Sports Experience – Spend & Win’ yang telah berlangsung sejak Julai 2023 sehingga Mac 2024.
Hampir RM 1juta nilai hadiah yang ditawarkan, antaranya adalah telefon bimbit, perkakas rumah dan baucer tunai.
Berikut adalah senarai nama 10 pemenang:
UMUMKAN PEMENANG
“Kami sangat gembira untuk mengumumkan dan memberikan hadiah kepada pemenang untuk bulan Mac dan pemenang hadiah utama keseluruhan kempen.
-Encik Farouk Abdul Khalid, Ketua Pegawai Sumber Manusia Al-Ikhsan,
TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN
Keutamaan kami adalah memastikan bahawa pelanggan kami yang telah menyokong kami sepanjang masa berasa berpuas hati dan gembira. Saya mewakili Syarikat ini, mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan yang teguh selama 30 tahun penubuhan dan tahniah.
Tidak diragukan lagi, kehadiran jenama ini selama 30 tahun di Malaysia, sedar atau tidak, telah mempengaruhi lebih ramai peminat sukan untuk kekal aktif dengan Al-Ikhsan Sports.
Yang dikenali sebagai pusat runcit sukan berkualiti menawarkan harga yang berpatutan dari pelbagai jenama antarabangsa termasuk jenama dalam (in-house brand) seperti AL dan ALX.
MENGENAI AL-IKHSAN SPORTS SDN BHD.
Ditubuhkan pada tahun 1993 dengan sebuah kedai berkeluasan 150sqft di Holiday Plaza, Johor Bahru oleh Tuan Haji Ali Hassan dan kini telah berkembang kepada 188 kedai di seluruh Semenanjung Malaysia.
Bertujuan untuk menyediakan alternatif yang mampu milik kepada rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan yang sihat dan sporty serta memberikan pilihan yang luas kepada peminat bola sepak tempatan.
Pada tahun 2016, Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) melabur sebanyak 35% saham dalam Al-Ikhsan Sports dan sejak itu, momentum didalam jenama ini telah diperkukuh dari segi penjenamaan dan merekodkan perkembangan yang lebih kukuh.
Juga telah menerima pelbagai pengiktirafan dari luar dan dalam negara berikutan pencapaian yang memberangsangkan