AJL33 Pecah Rekod DiMana DiSaksikan Oleh 6.3 Juta Penonton!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

AJL33 Pecah Rekod DiMana DiSaksikan Oleh 6.3 Juta Penonton!| Anugerah Juara Lagu 33 yang telah berlangsung pada 3 Februari lalu telah ditonton 6.3 juta penonton dengan 55.7% syer penonton! (Sumber, Nielson Audience Measurement) Selain itu, AJL 33 menerima 4.4 juta tontonan di laman sesawang tonton dan di YouTube TV3Malaysia. Acara Karpet Merah yang disiarkan secara langsung di YouTube TV9Malaysia dan di laman sesawang tonton menerima lebih 85 ribu tontonan.

Haram, lagu ciptaan Hael Husaini & Ezra Kong, nyanyian Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah merangkul hadiah wang tunai RM50, 000 berserta trofi. Pentas yang dibanjiri air sewaktu persembahan dikatakan unik dari segi susunan dan melodi.

Manakala Di Matamu, ciptaan Sirkhan & Rinkarnaen, nyanyian Sufian Suhaimi menyentuh hati penonton dari pementasan setimpal dengan lagu yang menerima tontonan YouTube tertinggi di Malaysia. Luahan hati beliau tidak sia-sia apabila dinobatkan sebagai Persembahan Terbaik dan meraih lebih 24 ribu undian pada malam itu. Beliau juga membawa pulang RM12, 000, trofi serta sebuah telefon pintar Kamera Kuad, Samsung Galaxy A9.

Menurut ketua juri AJL33, Azmeer, persaingan pada tahun ini amat sengit dan lagu-lagu yang merangkul juara, naib juara dan tempat ketiga markah berbeza titik perpuluhan sahaja, tetapi majoriti mengangkat lagu Haram sebagai juara.

Senarai pemenang Anugerah Juara Lagu 33:

Juara:

Lagu: Haram

Penyanyi: Hael Husaini & Dayang Nurfaizah

Komposer: Hael Husaini & Ezra Kong

Penulis Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong

Naib Juara:

Lagu: Bunga

Penyanyi: Ara Johari

Komposer: Hang Nadim, Laq, Kadok

Penulis Lirik: Hang Nadim

Ketiga:

Lagu: Sampai Bila

Penyanyi: Misha Omar

Komposer: Sharon Paul

Penulis Lirik: Fedtri Yahya & Shah Shamshiri

Vokal Terbaik:

Lagu: Sampai Bila

Penyanyi: Misha Omar

Komposer: Sharon Paul

Penulis Lirik: Fedtri Yahya & Shah Shamshiri

Persembahan Terbaik:

Lagu: Di Matamu

Penyanyi: Sufian Suhaimi

Komposer: Sirkhan & Rinkarnaen

Penulis Lirik: Sirkhan & Rinkarnaen

Anugerah penuh berprestij ini menampilkan SAMSUNG GALAXY A9 – Pertama Di Dunia, Telefon Pintar Kamera Kuad dan KFC – Sedap Sehingga Menjilat Jari sebagai penaja bersama.

Terima kasih juga kepada para peminat yang menyokong Anugerah Juara Lagu di Axiata Arena dan di rumah. Saksikan kembali persembahan-persembahan para finalis kegemaran anda yang telah dimuat naik di YouTube TV3Malaysia dan di portal video tonton, www.tonton.com.my. AJL33 turut disokong oleh Geng Digital Xtra, SENANG TERHIBUR, Donna dan Dhia; serta Geng Radio Hot FM dan Kool FM.

Layari dan dapatkan perkembangan semasa menerusi Facebook, Twitter & Instagram TV3Malaysia serta laman portal XTRA, www.xtra.com.my untuk mendapatkan berita terkini.



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge