AFFIN UNIVERSE MENYATUKAN GAYA HIDUP DAN HIBURAN, AMAZING!

Kumpulan AFFIN (“AFFIN” atau “Kumpulan”) membawa kelainan kepada pengalaman hujung minggu menerusi AFFIN Universe, destinasi gaya hidup selama dua hari menghidupkan Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur sebagai platform dinamik yang menampilkan hiburan, budaya dan tarikan utama dari pelbagai industri.

AFFIN UNIVERSE

Program berlangsung pada 7 dan 8 Februari 2026 (Sabtu dan Ahad), dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam, menerusi AFFIN Universe Anniversary Showcase direka sebagai pengalaman menyeluruh sepanjang hari, berbeza daripada pameran konvensional.

Pengunjung berpeluang menikmati gabungan persembahan secara langsung, penampilan selebriti, zon interaktif serta aktiviti yang menggalakkan penerokaan dan penglibatan yang bermakna.

PELBAGAI INDUSTRI

Menampilkan barisan pelbagai industri termasuk automotif, pelancongan, fesyen dan makanan, acara ini disusun mengikut zon bertema bagi membolehkan pengunjung menikmati perjalanan gaya hidup kontemporari dengan lancar dari satu ruang ke satu ruang.

PERSEMBAHAN

Program hujung minggu ini menampilkan persembahan dan penampilan oleh Hael Husaini, Marsha Milan, Mimifly, Dato’ Seri Aliff Syukri, Wani Kayrie, Afieq Shazwan, Puteri Khareeza, Imran Aqil, Atita Haris, Fiza Sabjahan, Fedtri Yahya, Fizi Ali, Dato’ Fazley dan Dr. Soo Winci

SEGMEN ISTIMEWA

Segmen Istimewa ‘Let’s Talk’ bersama Sarimah Ibrahim, Kementerian Pelancongan, Seni dan Buday dan Marriott Bonvoy. Antara tarikan utama ialah siaran langsung istimewa yang menyatukan dua podcast kewangan terkemuka Malaysia, Financial Faiz dan Mr. Money TV.

PENGLIBATAN AFFIN

“Pameran ini mencerminkan penglibatan AFFIN yang lebih meluas dalam gaya hidup dan komuniti. Sebagai sebuah institusi kewangan, peranan kami melangkaui perbankan dan merangkumi usaha menghubungkan perniagaan dengan peluang serta komuniti dengan pengalaman bermakna

Menerusi AFFIN Universe, kami menghimpunkan rakan strategik AFFIN dan usahawan, mewujudkan persekitaran di mana produk, idea dan individu bertemu dalam satu platform.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *