AEON Fashion Preview Tampil Memukau Dengan Koleksi Tahun Baru Cina 2025 Bersama Tokidoki.
AEON FASHION PREVIEW
AEON-Fashion-Preview (AFP) sekali lagi mencetus fenomena dalam dunia fesyen dengan pelancaran koleksi Tahun Baru Cina 2025 yang mengujakan. Kali ini, menjalin kerjasama istimewa dengan jenama gaya hidup antarabangsa iaitu Tokidoki.
TOKIDOKI
Untuk kali ini menghasilkan koleksi yang menggabungkan unsur tradisi dengan sentuhan moden yang segar. Bertemakan ‘满’ yang membawa maksud kelimpahan, koleksi khas sempena Tahun Ular ini menjanjikan kepelbagaian rekaan yang sesuai untuk seisi keluarga.
BUKAN SAJA FESYEN TAPI SIMBOL PERHUBUNGAN
Koleksi kali ini bukan sekadar tentang fesyen, tetapi merupakan simbol perhubungan bermakna dan kegembiraan yang dikongsi bersama.
Bukan sekadar tentang pakaian, tetapi merupakan medium untuk mengeratkan hubungan dan meraikan kegembiraan bersama. Koleksi ini direka dengan teliti untuk memastikan setiap individu dapat meraikan musim perayaan dengan penuh keyakinan dan autentik,”
-Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON, Low Ngai Yuen
Hasil kolaborasi dengan tokidoki telah menghasilkan rekaan yang menarik termasuk t-shirt longgar, samfu moden, dan pelbagai aksesori yang menampilkan karakter-karakter ceria tokidoki.
GABUNGAN UNIK NAFAS BARU
Simone Legno, Pengarah Kreatif tokidoki, menyatakan keterujaan beliau dengan gabungan unik ini yang membawa nafas baharu dalam fesyen perayaan tradisional.
JENAMA EKSKLUSIF AEON
AFP kali ini turut mengetengahkan jenama eksklusif AEON yang memukau seperti Scar.
SCAR
Tampil dengan rekaan yang memadankan kelembutan dengan keanggunan perayaan. Menampilkan tops brokad, embos bertekstur, dan pakaian organza bersulan dalam ton pastel, biru denim, merah klasik, dan warna bumi. Dengan harga bermula dari RM49, jenama ini menawarkan saiz XS hingga 3XL.
PLUS COLLECTION
Sementara itu, Plus Collection membawa koleksi yang memartabatkan kecantikan pelbagai saiz tubuh dengan rekaan menggunakan fabrik mewah seperti satin dan sulaman, pada harga RM59 hingga RM199.
ARCADIA
Manakala Arcadia mengekalkan identiti mereka dengan fabrik yang selesa dan potongan versatil, memperkenalkan linen yang ringan dan corak floral abstrak. Koleksi ini ditawarkan pada harga RM69 hingga RM159.
CREME
Jenama Crème pula mempersembahkan pakaian perayaan yang anggun dengan fabrik jacquard, chiffon, dan sulaman halus dalam warna merah mawar gelap dan monokrom klasik, berharga antara RM69 hingga RM199.
KOLEKSI LELAKI – GUYS VISION
Untuk koleksi lelaki, Guys’ Vision (GV) dan ti:zed menampilkan t-shirt longgar dengan cetakan tokidoki dan samfu yang dipadankan dengan sempurna. Dengan saiz dari S hingga 2XL dan harga bermula RM29 hingga RM139, koleksi ini membawa kesegaran moden kepada perayaan tradisional.
Sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari PBB, AEON terus komited dalam menawarkan fesyen yang lestari dan berpatutan. Koleksi istimewa ini boleh didapati di semua cawangan AEON