A NIGHT WITH ALIF SATAR & THE LOCOS WITH ANGGI MARITO, AMAZING!

A NIGHT WITH ALIF SATAR & THE LOCOS WITH ANGGI MARITO, AMAZING!| Bakal membuka tahun 2024 dengan khabar gembira buat semua peminat

Sebagai sebuah kugiran yang telah ditubuhkan sejak 2018 dan dinobatkan pemenang tempat ketiga Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL 37) menerusi lagu Anugerah Terindah.

ALIF SATAR & THE LOCOS

Diketuai oleh Alif dimana sudah lama menantikan acara seumpama ini. Bukan tidak pernah terlibat dengan persembahan atau konsert sepanjang karier

Namun ada yang istimewa mengenai pertemuan pada 7 Januari 2024 buat Alif Satar & The Locos menghiburkan peminatnya.

A NIGHT WITH ALIF SATAR & THE LOCOS WITH ANGGI MARITO

ANGGI MARITO

Menambah bonus, malam pertemuan itu akan menampilkan penyanyi Indonesia yang semakin mencuri perhatian lewat hitnya, Tak Segampang Itu, Anggi Marito. 

A NIGHT WITH ALIF SATAR & THE LOCOS WITH ANGGI MARITO

A NIGHT WITH ALIF SATAR & THE LOCOS WITH ANGGI MARITO

Bakal berlangsung 7 Januari 2024 di Zepp Kuala Lumpur. Mutiara Optimum Sdn Bhd selaku penganjur dan juga penganjur bersama, MND Sport & Event Sdn Bhd.

Gabungan kedua penghibur dengan Alif bersama kugiran sementara Anggi sebagai solois, dengan kedua-duanya telah mencetak pelbagai pencapaian.

BERSATU DI ATAS PANGGUNG

“Mungkin akan ada yang tertanya bagaimana konsep konsert akan berlangsung.

“Alif Satar bersama kugirannya, The Locos dan Anggi Marito akan mempamerkan vokalnya secara solo dengan genre yang berbeza namun akan tetap ‘menyatu’ di atas satu panggung.

ISTIMEWANYA UNTUK MALAM ITU

“Itulah keistimewaan A Night With Alif Satar & The Locos And Anggi Marito. Kami melihat kekuatan dalam Alif Satar & The Locos dan Anggi Marito dengan cara masing-masing.

“Alif Satar & The Locos punya ciri khas tersendiri dan begitu juga Anggi Marito. Mengapa mereka berkongsi pentas? Kerana kedua-duanya istimewa.

A NIGHT WITH ALIF SATAR & THE LOCOS WITH ANGGI MARITO

ERAT SILATURAHIM ANTARA DUA NEGARA

“Semoga gabungan penyanyi Malaysia dan Indonesia ini bukan hanya mengukuhkan silaturahmi dan mengeratkan hubungan bisnes industri muzik.

Juga menyatukan citarasa Nusantara peminat,”

-ujar Harith Daniel dari MND Sport & Event Sdn Bhd.

APRESIASI BUAT SEMUA

Bagi Alif, menerima lamaran pihak penganjur untuk melaksanakan A Night With Alif Satar & The Locos And Anggi Marito adalah sebuah apresias.

Ditujukan kepada industri dan peminat yang tidak pernah lelah menyokong karier nyanyiannya selama ini.

GABUNGAN DUA NEGARA SERUMPUN

“A Night With Alif Satar & The Locos And Anggi Marito bukan hanya tentang Alif Satar & The Locos sahaja tapi saya melihat dalam konteks yang lebih besar apabila digabungkan dengan Anggi Marito.

“Ini adalah tentang silaturahim dua negara serumpun, tentang muzik menjadi jambatan kepada pengkarya saling bertukar idea dan berkembang.

A NIGHT WITH ALIF SATAR & THE LOCOS WITH ANGGI MARITO

“Namun saya tidak mahu berbohong kerana sesungguhnya kami sangat teruja untuk bertemu peminat.

Lalu menghiburkan mereka selepas agak lama tidak membuat persembahan dengan durasi yang agak panjang,” kata Alif.

PEMENANG INDONESIAN IDOL

Anggi yang sebelum ini memenangi tempat ketiga Indonesia Idol musim ke-11.

A NIGHT WITH ALIF SATAR & THE LOCOS WITH ANGGI MARITO

Menyifatkan peluang berkongsi panggung dan membuat persembahan sebagai platform yang baik untul lebarkan sayap karierinya.

Untuk itu jangan sampai terlepas menonton pada 7 Januari 2024 di Zepp Kuala Lumpur.

HARGA TIKET

Tiket-tiket berharga SILVER (free standing) – RM198, GOLD (free standing) – RM218, PLATINUM (normal seat) – RM258, DIAMOND (premium seat) – RM328 dan VIP BOX (meet & greet) – RM475 (each ticket).

A NIGHT WITH ALIF SATAR & THE LOCOS WITH ANGGI MARITO

Manakala untuk sessi MEET & GREET (add on) boleh dibeli dengan harga RM158 menerusi talian 03 8605 0195 atau layari support@myticket.asia di Myticket.asia.

Website Ticket|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge