EH, APA YANG BRÏK NAK DROP 28 SEPTEMBER NI?

brïk nampaknya sedang menyimpan sesuatu.

BRÏK

Sempena ulang tahun ke-3, jenama gaya hidup tempatan ini tiba-tiba berkongsi sebuah video teaser pendek di media sosial. Tapi… itu sahaja.

Tak ada penerangan panjang dan tak ada maklumat terperinci tentang apa yang bakal diperkenalkan.

COMING SOON : 28/9/2026

Dalam video tersebut, hanya kelihatan sedikit gambaran sebuah rekaan beg, sebelum muncul satu tarikh:

BRÏK TIBA-TIBA DROP TEASER

ADA KELUARAN BARU KE?

Itulah yang membuatkan ramai mula tertanya-tanya.

Adakah bakal memperkenalkan koleksi beg baharu? Atau ada sesuatu yang lain sempena ulang tahun ketiga mereka?

BRÏK TIBA-TIBA DROP TEASER

Buat masa ini, tiada yang masih belum berkongsi jawapan.

KENA TUNGGU SEDIKIT LAGI

Pengasas bersama, pasangan adik-beradik Sabrina dan Syakira Ridzal, juga belum memberikan sebarang petunjuk lanjut mengenai teaser tersebut.

Nampaknya, peminat kena tunggu sedikit lagi.

28 SEPTEMBER JADI TARIKH PENTING?

Walaupun belum tahu apa yang bakal diperkenalkan, satu perkara sudah jelas — 28 September 2026 merupakan tarikh yang perlu diperhatikan.

BRÏK TIBA-TIBA DROP TEASER

Cara brïk berkongsi teaser kali ini pun cukup simple. Sedikit visual, satu tarikh dan selebihnya dibiarkan menjadi teka-teki. Kadang-kadang benda macam ini memang buat kita lagi curious. 😂

Jadi, adakah akan memperkenalkan produk atau koleksi baharu sempena ulang tahun ke-3? Kita tunggu 28 September nanti.

Apa agaknya brïk sedang siapkan? 👀