SETAHUN UTV– KANDUNGAN ORIGINAL PILIHAN PENONTON!

Setahun UTV! Platform streaming tempatan terus bawa kandungan original kepada penonton. Tak sangka dah setahun! Platform penstriman digital eksklusif UTV kini meraikan ulang tahun pertamanya selepas setahun mewarnai dunia kandungan digital tempatan dengan pelbagai karya original.

Dalam tempoh 12 bulan ini, UTV bukan sekadar tampil sebagai sebuah lagi platform streaming, tetapi cuba membina identiti sendiri menerusi kandungan tempatan yang dekat dengan penonton.

SETAHUN, PELBAGAI KARYA ORIGINAL

Antara karya yang mendapat perhatian sepanjang perjalanan UTV termasuk Poskad Cinta Dari Istanbul, Poskad Cinta Dari Auckland, Fantasi Fiksi dan Dink! I Love You.

Menurut Presiden UTV merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Group, Datuk Adzliana Hasan, perjalanan setahun itu mungkin nampak singkat, tetapi cukup bermakna buat UTV.

SETAHUN UTV– KANDUNGAN ORIGINAL

Lebih penting, beberapa karya UTV bukan sahaja ditonton, malah berjaya mencipta momentum dan menjadi perhatian dalam kalangan penonton digital.

UTV MAHU ADA IDENTITI SENDIRI

Bagi UTV, sasaran mereka bukan sekadar menghasilkan kandungan untuk memenuhi platform. Sebaliknya, mereka mahu membina sebuah ruang yang menawarkan kandungan berkualiti, dekat dengan penonton dan berani mencuba idea serta gandingan baharu.

SETAHUN UTV– KANDUNGAN ORIGINAL

Kejayaan karya terdahulu juga memberikan keyakinan bahawa kandungan tempatan masih mempunyai ruang besar untuk berkembang dalam dunia penstriman digital.

HADIAH SETAHUN UTV:

TAKDIRNYA CINTA

Sempena ulang tahun pertama ini, UTV tampil dengan sebuah karya baharu yang cukup menarik — Takdirnya Cinta.

Telefilem ini mempertemukan buat pertama kali dua nama popular, Zul Ariffin dan Siti Khadijah, sebagai pasangan utama. Lebih menarik, kisahnya membawa penonton ke Istanbul, Turkiye, dengan cerita cinta yang lebih matang, penuh kehilangan, takdir dan rahsia.

Zul Ariffin dan Siti Khadijah dalam telefilem Takdirnya Cinta UTV

Boleh dikatakan Takdirnya Cinta menjadi antara hadiah istimewa UTV untuk penonton sempena tahun pertama mereka.

ADA LAGI SELEPAS INI?

Selepas setahun, nampaknya UTV mahu terus bergerak dengan lebih banyak karya tempatan.

Daripada romantik komedi hinggalah kisah cinta yang lebih serius, platform ini dilihat semakin berani mencuba genre dan gandingan yang berbeza.

SETAHUN UTV– KANDUNGAN ORIGINAL

Dan kalau Takdirnya Cinta menjadi petanda, mungkin lebih banyak karya menarik akan menyusul selepas ini.

Selamat ulang tahun pertama, UTV! 🎉

UTV boleh dimuat turun melalui Play Store dan App Store.