Posted in

ULANG TAHUN BANDAR RAYA PETALING JAYA KE-20, PASTI BEST!

ULANG TAHUN BANDAR RAYA PETALING JAYA

MBPJ meraikan ulang tahun Bandar Raya Petaling Jaya menerusi festival selama enam hari yang menampilkan program komuniti, teknologi, pendidikan, kelestarian dan pelbagai aktiviti percuma.

ULANG TAHUN BANDAR RAYA PETALING JAYA KE-20

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bakal meraikan detik bersejarah sempena Ulang Tahun Bandar Raya Petaling Jaya Ke-20 menerusi festival berskala besar yang berlangsung dari 16 hingga 21 Jun 2026.

ULANG TAHUN BANDAR RAYA PETALING JAYA

Sambutan selama enam hari itu bukan sekadar memperingati dua dekad status bandar raya yang diterima pada 20 Jun 2006, malah menjadi platform untuk menghimpunkan komuniti, memperkasakan pembelajaran sepanjang hayat serta mempromosikan gaya hidup lestari dan bandar pintar.

Pelbagai program menarik telah dirancang untuk semua lapisan masyarakat, menjadikan festival ini antara acara komuniti terbesar yang pernah dianjurkan oleh MBPJ.

DUA DEKAD TRANSFORMASI PETALING JAYA

Menurut Datuk Bandar Petaling Jaya, YBhg. Dato’ Hj. Mohamad Zahri Hj. Samingon, sambutan ini merupakan penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada pembangunan Petaling Jaya sepanjang 20 tahun lalu.

Beliau berkata, kejayaan Petaling Jaya hari ini terhasil daripada kerjasama erat antara pihak berkuasa tempatan, komuniti, sektor swasta dan pelbagai pemegang taruh yang sama-sama membentuk sebuah bandar raya moden, inklusif dan berdaya tahan.

ULANG TAHUN BANDAR RAYA PETALING JAYA

“Dua dekad ini menyaksikan transformasi luar biasa Petaling Jaya sebagai bandar raya yang bukan sahaja maju dari sudut ekonomi, malah turut memberi keutamaan kepada kesejahteraan rakyat, pendidikan, inovasi dan kelestarian.”

Dengan keluasan 97.2 kilometer persegi serta populasi melebihi 807,000 penduduk, Petaling Jaya kini menjadi antara pusat ekonomi, pendidikan, kesihatan dan inovasi terpenting di Selangor serta Lembah Klang.

BANDAR RAYA BERTARAF ANTARABANGSA

Sepanjang tempoh 20 tahun ini, Petaling Jaya turut mencipta pelbagai pencapaian membanggakan di peringkat global. Antaranya, Petaling Jaya menjadi bandar raya pertama di Malaysia yang diterima sebagai ahli UNESCO Global Network of Learning Cities (GNLC), sekali gus mengiktiraf komitmennya dalam memperkukuh budaya pembelajaran sepanjang hayat.

ULANG TAHUN BANDAR RAYA PETALING JAYA

Selain itu, bandar raya ini turut menerima pengiktirafan sebagai Bandar Mesra Kanak-Kanak oleh UNICEF, mencerminkan usaha berterusan MBPJ dalam memastikan pembangunan bandar yang lebih inklusif dan mesra keluarga.

11 PROGRAM MENANTI PENGUNJUNG

Sebanyak 11 program utama dan enam perkhidmatan percuma akan ditawarkan sepanjang festival berlangsung.

Antara acara yang dijangka menjadi tumpuan ialah PJ Learning City Festival 2026 yang mengetengahkan pelbagai topik berkaitan pendidikan, pembangunan kemahiran, literasi digital, keselamatan siber serta kecerdasan buatan (AI).

ULANG TAHUN BANDAR RAYA PETALING JAYA

Festival ini turut menampilkan sesi perkongsian ilmu, forum pendidikan dan pelbagai aktiviti interaktif yang sesuai untuk pelajar, ibu bapa serta golongan profesional.

PJ DIGITAL 2026 TARIK GENERASI TEKNOLOGI

Bagi peminat teknologi, PJ Digital 2026 bakal menawarkan pengalaman digital yang lebih menarik menerusi:

✔ Pameran teknologi dan inovasi ICT
✔ Demonstrasi realiti maya (VR)
✔ Aktiviti interaktif digital
✔ Pertandingan e-sukan
✔ Pendedahan kepada teknologi masa depan

Program ini bertujuan meningkatkan literasi digital masyarakat dan menyokong agenda transformasi bandar pintar yang sedang giat dilaksanakan oleh MBPJ.

KELESTARIAN JADI FOKUS UTAMA

Sambutan kali ini turut memberi penekanan besar kepada aspek alam sekitar dan ekonomi kitaran. Pelbagai aktiviti hijau akan dianjurkan termasuk:

Hari Terbuka PJ Eco Recycling Plaza, Program Trash to Cash, Pengumpulan sisa elektronik (e-Waste), Kutipan minyak masak terpakai, Bengkel kitar semula Dan Program kesedaran alam sekitar. Inisiatif ini selari dengan aspirasi Petaling Jaya untuk menjadi bandar raya yang lebih mampan dan rendah karbon.

FESTIVAL MAKANAN, SENI & AKTIVITI KELUARGA

Selain elemen pendidikan dan teknologi, festival ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti santai untuk seisi keluarga. Antara tarikan menarik termasuk:

ULANG TAHUN BANDAR RAYA PETALING JAYA

Festival makanan tempatan, Persembahan kebudayaan pelbagai kaum, Persembahan buskers, Program kesihatan komuniti, Zon permainan kanak-kanak, Pertandingan LEGO Robotics dan untuk warga emas pun ada aktiviti. Gabungan aktiviti ini dijangka menarik ribuan pengunjung sepanjang tempoh sambutan.

KEMUNCAK SAMBUTAN 20 JUN 2026

Acara kemuncak akan berlangsung pada 20 Jun 2026 di Laman MBPJ, Jalan Yong Shook Lin. Majlis perasmian dijangka menghimpunkan pelbagai komuniti, institusi pendidikan, sektor kesihatan, industri perhotelan, NGO dan agensi strategik menerusi perarakan komuniti yang penuh warna-warni.

ULANG TAHUN BANDAR RAYA PETALING JAYA

Turut memeriahkan sambutan ialah persembahan kebudayaan, artis jemputan serta pertunjukan bunga api yang bakal menjadi simbolik kepada dua dekad kecemerlangan Petaling Jaya sebagai bandar raya maju dan sejahtera.

APA YANG MENARIK UNTUK PENGUNJUNG YANG HADIR

Sebagai penghargaan kepada penduduk Petaling Jaya, MBPJ turut menawarkan beberapa inisiatif istimewa sepanjang sambutan berlangsung. Antaranya tempat letak kereta percuma, Keahlian percuma Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya, Agihan anak pokok percuma, Baja kompos organik percuma Dan Agihan abate kepada orang ramai

ANUGERAH KOMUNITI MAMPAN PETALING JAYA DILANCARKAN

Dalam majlis prapelancaran yang berlangsung di Dewan Sivik MBPJ, pihak MBPJ turut melancarkan Anugerah Komuniti Mampan Petaling Jaya 2026. Anugerah ini diwujudkan bagi mengiktiraf komuniti yang aktif melaksanakan inisiatif kelestarian dan pembangunan mampan di kawasan masing-masing.

Pada majlis sama, MBPJ turut menyampaikan penghargaan kepada pemenang Anugerah Persada Inovasi MBPJ 2026 serta Pertandingan Mereka Cipta Logo Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Petaling Jaya Ke-20.

For any collaboration or invitation on Entertainment, Food, Travel or Event /Product Launching & Review, do email to kitepunye2018@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *