Posted in

APA YANG BEST DI MALAYSIA BIKE SHOW 2026!

MALAYSIA BIKE SHOW 2026

Malaysia Bike Show 2026 berlangsung di MAEPS Serdang dari 29 Mei hingga 1 Jun. Menampilkan 92 jenama motosikal, 79 motosikal test ride, laluan tunggang uji 4.2km, motosikal konsep dan aktiviti keselamatan penunggang

MALAYSIA BIKE SHOW 2026

Industri motosikal Malaysia melakar sejarah baharu apabila Malaysia Bike Show 2026 secara rasmi membuka tirai di MAEPS Serdang, menghimpunkan jenama motosikal, teknologi mobiliti dan komuniti penunggang dari dalam serta luar negara dalam satu acara berskala mega.

MALAYSIA BIKE SHOW 2026

KINI DI MAEPS, SERDANG

Berlangsung selama empat hari bermula 29 Mei hingga 1 Jun 2026, acara ini dijangka menjadi antara pameran motosikal paling berpengaruh di rantau ini dengan menampilkan gabungan motosikal enjin pembakaran dalaman (ICE), motosikal elektrik (EV), teknologi keselamatan, aksesori premium dan inovasi masa depan dunia dua roda.

APA YANG BEST DI MALAYSIA BIKE SHOW 2026!

92 JENAMA DAN 300 MOTOSIKAL DIPAMERKAN

Dianjurkan oleh Moonman Events dengan sokongan Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute serta kerjasama Motorcycle and Scooter Dealers Association, pameran ini menghimpunkan 72 eksibitor, 92 jenama motosikal dan aksesori. Termasuk 38 jenama antarabangsa, 304 motosikal dipamerkan, 12 motosikal konsep dan 92 model masa depan

Acara ini turut dirasmikan oleh Tiong King Sing, sekali gus menunjukkan kepentingan sektor motosikal dalam pelancongan, gaya hidup dan ekonomi negara.

MALAYSIA BIKE SHOW 2026

TARIKAN UTAMA

4.2 KILOMETER TEST RIDE

Antara tarikan paling dinanti-nantikan ialah laluan tunggang uji sepanjang 4.2 kilometer, yang dikatakan antara laluan test ride paling panjang pernah disediakan dalam sebuah pameran motosikal di Malaysia.

Pengunjung berpeluang menguji sehingga 79 motosikal pelbagai jenama dalam suasana yang lebih realistik berbanding trek pameran biasa. Melalui laluan ini, penunggang boleh merasai sendiri:

✔️ Prestasi enjin
✔️ Sistem brek
✔️ Tahap keselesaan
✔️ Pengendalian selekoh
✔️ Kuasa pecutan
✔️ Karakter tunggangan sebenar

PEMINAT ADVENTURE

PENGALAMAN ENDURO & OFF-ROAD

Selari dengan peningkatan populariti motosikal adventure dan touring di Malaysia, Malaysia Bike Show 2026 turut menyediakan Laluan Enduro, Trek Off-Road Khas, Demonstrasi motosikal adventure Dan Aktiviti interaktif untuk penunggang lasak

Pengunjung boleh merasai pengalaman menunggang dalam pelbagai keadaan permukaan yang lebih mencabar dan menyerupai situasi sebenar pengembaraan.

SAFETY RIDING CHALLENGE

TINGKATKAN KEMAHIRAN PENUNGGANG MOTOSIKAL

Bukan sekadar pameran, Malaysia Bike Show 2026 turut memberi fokus kepada pendidikan keselamatan jalan raya menerusi Safety Riding Challenge. Program ini direka untuk membantu penunggang meningkatkan kemahiran seperti:

✔ Kawalan motosikal pada kelajuan rendah
✔ Teknik pusingan U
✔ Kawalan ketika kesesakan trafik
✔ Pengendalian selekoh sempit
✔ Pengurusan keseimbangan motosikal

MALAYSIA BIKE SHOW 2026

Aktiviti ini memberi peluang kepada penunggang memahami teknik tunggangan yang lebih selamat dan berkesan dalam situasi harian.

SESI GYMKHANA

UJI KEMAHIRAN PENUNGGANG BERPENGALAMAN

Bagi penunggang yang mahukan cabaran lebih tinggi, sesi Gymkhana turut diperkenalkan. Peserta perlu mengharungi laluan teknikal yang menguji Ketepatan tunggangan, Teknik Kawalan motosikal, imbangan badan Dan kelincahan mengendalikan jentera.

Aktiviti ini semakin popular dalam komuniti motosikal kerana mampu meningkatkan kemahiran tunggangan secara praktikal dan menyeronokkan.

ACARA MESRA KELUARGA

Selain motosikal, Malaysia Bike Show 2026 turut menawarkan pengalaman santai untuk seluruh keluarga menerusi Persembahan hiburan secara langsung, Cabutan bertuah, Aktiviti interaktif. Termasuk Gerai makanan dan minuman, Jualan aksesori motosikal dan Pameran teknologi mobiliti terkini.

Gabungan elemen automotif, hiburan dan pendidikan menjadikan acara ini sesuai untuk peminat motosikal mahupun pengunjung umum.

MALAYSIA BIKE SHOW 2026

MALAYSIA BIKE SHOW 2026

TETAPKAN PENANDA ARAS BAHARU INDUSTRI MOTOSIKAL

Dengan penyertaan puluhan jenama global, ratusan model motosikal dan pelbagai aktiviti interaktif, Malaysia Bike Show 2026 dilihat berpotensi menjadi acara tahunan utama industri motosikal negara.

Ia bukan sahaja menjadi platform pelancaran produk baharu, malah berfungsi sebagai pusat pertemuan komuniti motosikal, pemain industri dan pengguna yang ingin melihat sendiri masa depan mobiliti dua roda di Malaysia.

Malaysia Bike Show 2026 berlangsung dari 29 Mei hingga 1 Jun 2026 di MAEPS Serdang, setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Pengunjung boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman rasmi Malaysia Bike Show.

For any collaboration or invitation on Entertainment, Food, Travel or Event /Product Launching & Review, do email to kitepunye2018@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *