Posted in

WINGS SUNDAY NIGHT LIVE 2026, APA YANG BEST?

WINGS SUNDAY NIGHT LIVE 2026, APA YANG BEST?

Wings bakal menggegarkan Hard Rock Cafe Kuala Lumpur dan Melaka menerusi showcase eksklusif Wings Sunday Night Live sempena promosi album baharu Wings New Era.

WINGS SUNDAY NIGHT LIVE 2026

Kumpulan rock legenda tanah air Wings bakal kembali menggegarkan industri muzik tempatan menerusi showcase eksklusif bertajuk “Wings Sunday Night Live” yang dijadual berlangsung pada Julai depan.

WINGS SUNDAY NIGHT LIVE 2026, APA YANG BEST?

Dianjurkan dengan kerjasama Awie Entertainment bersama Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, showcase istimewa ini turut mendapat sokongan RPM Label selaku pihak pengurusan baharu Wings.

SHOWCASE EKSKLUSIF SEMPENA ALBUM BAHARU – WINGS NEW ERA

“Wings Sunday Night Live” bukan sekadar persembahan biasa, sebaliknya menjadi platform khas untuk memperkenalkan karya-karya terbaharu daripada album “Wings New Era” kepada para peminat setia.

WINGS SUNDAY NIGHT LIVE 2026, APA YANG BEST?

Selain meraikan perjalanan muzik kumpulan rock ikonik ini, showcase tersebut juga dilihat sebagai usaha menyemarakkan kembali budaya persembahan live serta menghidupkan semangat muzik rock tempatan.

JELAJAH ROCK TO ROCK TOUR

Pada asalnya, siri persembahan ini dirancang sebagai jelajah Rock To Rock Tour, namun atas beberapa kekangan, pihak penganjur mengambil keputusan untuk memfokuskan persembahan kepada dua lokasi eksklusif yang dijangka menghimpunkan peminat Wings dari seluruh negara.

WINGS SUNDAY NIGHT LIVE 2026, APA YANG BEST?

WINGS JANJI PERSEMBAHAN PENUH ENERGI & NOSTALGIAi

Menerusi showcase berdurasi satu jam setengah itu nanti, Wings bakal tampil dengan set persembahan bertenaga membabitkan sekitar 20 buah lagu. Peminat bakal disajikan dengan gabungan lagu-lagu hits malar segar yang menjadi siulan ramai sejak era kegemilangan rock tanah air, selain seleksi lagu baharu daripada album terkini mereka.

WINGS SUNDAY NIGHT LIVE 2026, APA YANG BEST?

Gabungan elemen nostalgia, aura pentas dan karya baharu dijangka menjadikan “Wings Sunday Night Live” sebagai antara showcase rock paling dinantikan tahun ini.

DUA LOKASI JADI TUMPUAN PEMINAT ROCK

Dua lokasi utama yang bakal menjadi saksi kepada kemeriahan showcase ini ialah:

📍 5 Julai 2026: Hard Rock Cafe Kuala Lumpur

📍 12 Julai 2026: Hard Rock Cafe Melaka

Kedua-dua lokasi ini dipilih bagi memberikan pengalaman lebih dekat dan eksklusif antara Wings dan para peminat yang selama ini setia menyokong perjalanan muzik mereka.

For any collaboration or invitation on Entertainment, Food, Travel or Event /Product Launching & Review, do email to kitepunye2018@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *