Samsung Malaysia memperkenalkan barisan penuh TV AI 2026 dengan teknologi Vision AI, termasuk Micro RGB, OLED, Neo QLED, Mini LED dan UHD untuk pengalaman hiburan rumah lebih pintar.
SAMSUNG MALAYSIA LANCAR TV AI 2026
Samsung Malaysia Electronics hari ini secara rasmi melancarkan barisan penuh Samsung TV AI 2026 yang membawa revolusi baharu dalam pengalaman hiburan rumah pintar.
Pelancaran ini menandakan langkah besar Samsung ke arah era televisyen berasaskan kecerdasan buatan (AI), apabila kesemua model TV baharu 2026 kini dilengkapi teknologi AI yang dipertingkatkan menerusi Samsung Vision AI.

MODEL PREMIUM
Barisan TV baharu ini merangkumi model premium seperti Micro RGB, OLED dan Neo QLED, selain model arus perdana Mini LED dan UHD, sekali gus membolehkan lebih ramai pengguna menikmati pengalaman tontonan lebih pintar, imersif dan diperibadikan.
TV AI : SAMSUNG VISION AI
TV LEBIH PINTAR & PERIBADI
Menurut Presiden Samsung Malaysia Electronics, Charles Kim, Samsung mahu menjadikan TV bukan lagi sekadar skrin hiburan biasa, tetapi sebuah rakan pintar dalam ekosistem rumah moden.
“Barisan TV AI 2026 mencerminkan visi Samsung untuk membawa hiburan rumah pintar yang lebih mudah diakses kepada rakyat Malaysia. Dengan Samsung Vision AI, pengalaman tontonan kini menjadi lebih peribadi, imersif dan saling terhubung,” katanya.
Samsung turut memperluaskan fungsi Vision AI Companion (VAC) ke seluruh model TV resolusi 4K dan ke atas, sekali gus membawa teknologi AI kepada lebih banyak kategori dan pengguna.
Menariknya, VAC menggabungkan platform AI popular seperti Bixby, Perplexity dan Microsoft Copilot bagi membantu pengguna memilih kandungan hiburan, audio dan pengalaman tontonan mengikut citarasa masing-masing.

CIRI AI BAHARU UNTUK FILEM, GAMING & BOLA SEPAK
Samsung turut memperkenalkan pelbagai fungsi AI baharu yang direka untuk meningkatkan pengalaman menonton filem, sukan dan gaming. Antara ciri utama termasuk:
✔ AI Upscaling Pro untuk meningkatkan kandungan resolusi rendah secara masa nyata
✔ Color Booster Pro bagi menghasilkan warna lebih hidup dan realistik
✔ AI Soccer Mode yang mengoptimumkan visual dan audio perlawanan bola sepak
✔ AI Sound Controller Pro untuk audio lebih jelas dan imersif
Teknologi ini menjadikan pengalaman hiburan di rumah lebih sinematik dan responsif mengikut jenis kandungan yang ditonton.
TV AI : MICRO RGB & OLED –
TARIKAN UTAMA SAMSUNG 2026
Antara model paling mencuri perhatian ialah siri Samsung Micro RGB yang hadir dengan teknologi LED mikro merah, hijau dan biru untuk pencahayaan lebih tepat serta warna lebih semula jadi. Ditawarkan dalam saiz sehingga 115 inci, Micro RGB turut dilengkapi teknologi Glare Free yang membantu mengurangkan pantulan cahaya dalam ruang terang.

Samsung juga memperluaskan barisan Samsung OLED TV 2026 menerusi model S95H, S90H dan S85H yang menawarkan warna hitam lebih mendalam, visual lebih kaya dan prestasi gaming lebih lancar. Bagi peminat gaming, TV OLED Samsung kini hadir dengan:
✔ Motion Xcelerator 165Hz
✔ AMD FreeSync Premium Pro
✔ NVIDIA G-SYNC Compatible
Sekali gus memberikan pengalaman gaming yang lebih lancar dan responsif.
TV AI : THE FRAME
KINI LEBIH ARTISTIK & PREMIUM
Samsung turut menaik taraf siri The Frame yang terkenal dengan konsep TV berinspirasikan galeri seni. Model The Frame Pro kini menampilkan:

✔ Paparan Neo QLED
✔ Wireless One Connect
✔ Art Mode dengan akses lebih 5,000 karya seni
✔ Rekaan ultra nipis setebal 24.9mm
Ciri ini menjadikan TV bukan sahaja alat hiburan, malah sebahagian daripada dekorasi moden kediaman.
TV AI : NEO QLED & MINI LED
KINI LEBIH MUDAH DIAKSES
Samsung turut memperkukuh barisan Samsung Neo QLED dan Mini LED dengan ciri AI yang lebih canggih serta pilihan harga lebih mesra pengguna. Model Neo QLED 2026 hadir dengan:

✔ Quantum Mini LED
✔ Real QLED dengan 100% Color Volume
✔ Prestasi gaming sehingga 144Hz
✔ NQ4 AI Processor
Sementara itu, siri Mini LED pula menawarkan pengalaman visual lebih terang dan tajam dengan kawalan cahaya lebih tepat serta sokongan AI untuk tontonan harian.
TV AI : SAMSUNG Q-SERIES SOUNDBAR
LENGKAPKAN PENGALAMAN SINEMATIK
Selain TV AI, Samsung turut melancarkan barisan Samsung Q-Series Soundbar terbaharu yang diketuai model flagship HW-Q990H. Soundbar ini hadir dengan:

✔ Sistem audio 11.1.4 channel
✔ Dolby Atmos tanpa wayar
✔ AI Sound Optimization
✔ Sound Elevation untuk dialog lebih jelas
Samsung juga bekerjasama dengan Dolby Laboratories bagi menghadirkan pengalaman audio lebih multidimensi dan imersif di rumah.
TV SAMSUNG 2026 KINI LEBIH CONNECTED
Barisan TV Samsung 2026 turut hadir dengan sokongan Google Cast pada model terpilih termasuk Neo QLED, Mini LED dan Crystal UHD. Selain itu, integrasi Google Photos membolehkan pengguna menikmati koleksi gambar peribadi terus di skrin TV bersaiz besar.
Dengan pelancaran siri penuh TV AI 2026 ini, Samsung sekali lagi mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju global dalam industri televisyen pintar, sambil membawa pengalaman hiburan rumah ke tahap lebih futuristik dan diperibadikan untuk pengguna Malaysia.
