Posted in

AJAR AKU – KOLABORASI POP ROCK PALING UNIK 2026, BEST!

AJAR AKU - AIZAT AMDAN & SOG

Ajar Aku: Satukan Dua Dunia Muzik, Kolaborasi Aizat Amdan & SOG Jadi Perhatian Peminat.

AJAR AKU

Industri muzik tempatan sekali lagi dikejutkan dengan kolaborasi luar jangka apabila Aizat Amdan bergabung bersama Sekumpulan Orang Gila (SOG) menerusi single terbaharu berjudul Ajar Aku.

AJAR AKU - AIZAT AMDAN & SOG

GABUNGAN AIZAT AMDAN & SOG

Diterbitkan di bawah Kasi Gegar Entertainment (KGE), lagu ini bukan sekadar gabungan dua nama besar, malah menjadi simbol keberanian dua dunia muzik berbeza yang disatukan dalam sebuah karya penuh emosi dan tenaga.

ELEMEN POP ROCK

Sinonim dengan balada dan pop alternatif selama lebih dua dekad, Aizat kali ini tampil keluar daripada zon selesa dengan mempertaruhkan elemen pop rock progresif bersama sentuhan agresif dan intensiti bunyi yang menjadi identiti SOG.

Hasilnya, “Ajar Aku” tampil sebagai karya sinematik moden yang menggabungkan kelembutan melodi, lirik emosional dan ledakan post-hardcore dalam satu pengalaman audio yang segar untuk peminat muzik tempatan.

AJAR AKU - AIZAT AMDAN & SOG

TERCIPTA SECARA SPONTAN DALAM PODCAST AIZAT!

Apa yang menjadikan lagu ini lebih menarik, proses penghasilannya berlaku secara spontan ketika rakaman Dari Studio Podcast kendalian Aizat.

SOG TETAMU UNDANGAN

SOG yang hadir sebagai tetamu episod Mei tahun lalu akhirnya menjadi sebahagian daripada sesi kreatif yang berkembang menjadi single rasmi. Momen awal penciptaan lagu ini turut dikongsikan menerusi episod Dari Studio EP34 di YouTube.

Menurut Aizat, “Ajar Aku” membawa mesej tentang keberanian mengetepikan ego demi menerima ilmu, pandangan dan kasih sayang dalam kehidupan.

“Kadang-kadang kita terlalu ego untuk menerima nasihat, sedangkan proses belajar itu sendiri adalah sebahagian daripada kehidupan,” katanya.

AJAR AKU - AIZAT AMDAN & SOG

GABUNGAN VOKAL

SOULFUL & ENERGI POST-HARDCORE

Salah satu kekuatan utama lagu ini ialah gabungan vokal soulful Aizat dengan suara keras dan agresif Raja Nazrin Shah yang berjaya menghasilkan dinamika luar biasa. Walaupun proses rakaman dianggap mencabar kerana perlu mencari keseimbangan antara dua identiti muzik yang berbeza, hasil akhirnya berjaya mencipta warna baharu dalam industri muzik Malaysia.

Susunan muzik oleh Anas Amdan pula menambah elemen strings dan tekstur sinematik yang menjadikan lagu ini lebih dramatik dan epik.

KEMUNCULAN YUNA DALAM AJAR AKU?

Lebih mengejutkan, bahagian vokal wanita di penghujung lagu sebenarnya dirakam sendiri oleh Yuna.

Pada asalnya, bahagian tersebut hanyalah demo menggunakan suara AI, namun Yuna yang kebetulan berada di studio menawarkan diri untuk merakamkan vokal sebenar bagi melengkapkan karya itu. Kehadiran penyanyi antarabangsa tersebut bukan sahaja memberi sentuhan emosi lebih mendalam, malah menjadi antara faktor utama yang mendorong pembikinan video muzik rasmi “Ajar Aku”.

AJAR AKU - AIZAT AMDAN & SOG

Bagi Aizat, lagu ini bukan sekadar eksperimen muzik semata-mata, tetapi usaha untuk memperluaskan landskap muzik tempatan dengan pendekatan lebih berani dan segar.

“Saya mahu lagu ini menjadi timeless dan terus relevan walaupun masa berlalu,” ujarnya.

Single “Ajar Aku” kini boleh distrim di semua platform digital utama termasuk Spotify, Apple Music dan YouTube.

For any collaboration or invitation on Entertainment, Food, Travel or Event /Product Launching & Review, do email to kitepunye2018@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *