Posted in

KTM MALAYSIA LANCAR SIRI BAHARU KTM 390 ADVENTURE,ENDURO, & SMC R 2026

KTM 390

KTM Malaysia Kembali Gegar Pasaran Dengan Siri Baharu KTM 390, Gabung Dua Dunia Dalam Satu Jentera.

KTM MALAYSIA

KTM Malaysia kembali menghangatkan industri motosikal tempatan menerusi pelancaran empat model baharu dalam siri KTM 390 yang kini tampil dengan fokus dwi-kegunaan lebih versatil untuk jalan raya dan off-road.

KTM 390

#1 TWO WORLDS, ZERO EXCUSES

Mengangkat tema “≠1 Two Worlds, Zero Excuses”, pelancaran ini menyaksikan kemunculan rasmi KTM 390 Adventure R, KTM 390 Adventure X, KTM 390 Enduro R dan KTM 390 SMC R, selain pengenalan warna baharu untuk KTM 390 Duke.

Langkah agresif KTM Malaysia ini sekali gus menandakan kebangkitan semula jenama tersebut dalam segmen motosikal ringan berprestasi tinggi yang semakin mendapat perhatian penunggang tempatan.

KTM 390

SIRI KTM 390 – LEBIH AGRESIF & VERSATIL

Buat pertama kali dalam sejarah rangkaian KTM 390cc, siri baharu ini dibangunkan dengan konsep dwi-kegunaan yang menggabungkan keupayaan jalan raya dan prestasi off-road dalam satu platform.

Keempat-empat model dibina menggunakan enjin baharu LC4c 398.7 cm³ bersama casis steel trellis khas KTM yang menghasilkan kuasa 45 PS dan tork 39 Nm menerusi transmisi enam kelajuan.

QUICKSHIFTER+

Lebih menarik, semua model turut hadir dengan Quickshifter+ percuma serta waranti empat tahun, sekali gus menjadikan pakej pemilikan lebih menarik untuk penunggang di Malaysia.

KTM 390

Menurut Pengurus Pemasaran Nasional KTM Malaysia, Goi Seong Keng, siri baharu ini direka bagi memenuhi keperluan penunggang moden yang kini mahukan motosikal lebih fleksibel untuk kegunaan harian, touring dan pengembaraan ekstrem.

“Penunggang hari ini mempunyai jangkaan yang berbeza-beza, dan siri KTM 390 baharu ini memenuhi setiap keperluan tersebut,” katanya.

SIRI KTM 390

KTM 390 ADVENTURE R JADI TUMPUAN PEMINAT OFF-ROAD

Antara model paling mencuri perhatian tentunya KTM 390 Adventure R yang hadir dengan rekaan berinspirasikan rally dan dianggap antara jentera off-road paling berkeupayaan dalam segmennya.

KTM 390

Model ini dilengkapi paparan TFT 5 inci resolusi tinggi bersama tiga mod tunggangan iaitu Street, Off-Road dan Rain untuk kawalan lebih lancar di pelbagai permukaan.

KTM 390 ADVENTURE X

Sementara itu, KTM 390 Adventure X pula menyasarkan penunggang yang mahukan keselesaan touring dengan kemampuan off-road ringan, sesuai untuk pengembaraan hujung minggu dan laluan gravel.

KTM 390

KTM 390 ENDURO R

Bagi peminat tunggangan lebih agresif, KTM 390 Enduro R tampil dengan berat ultra ringan 159 kg bersama roda spoke 21 inci dan 18 inci yang direka khas untuk laluan lasak.

KTM 390

Inspirasi daripada KTM 690 Enduro R jelas kelihatan menerusi ergonomik dan karakter tunggangannya yang lebih ekstrem.

KTM 390 SMC R BAWA AURA PERLUMBAAN

Dalam masa sama, KTM 390 SMC R pula membuka dimensi baharu untuk peminat supermoto menerusi pengendalian lincah dan mod Sport yang memberikan pengalaman tunggangan lebih agresif di jalan raya mahupun litar.

KTM 390

Model ini turut dilengkapi ciri Supermoto ABS yang membolehkan penunggang melakukan slide dengan lebih yakin ketika mengambil selekoh.

HARGA RASMI BAGI TAHUN 2026

Berikut merupakan harga rasmi siri baharu KTM 390 di Malaysia:

KTM 390

✔ KTM 390 Adventure R – RM33,300
✔ KTM 390 Adventure X – RM29,300
✔ KTM 390 Enduro R – RM27,300
✔ KTM 390 SMC R – RM27,300
✔ KTM 390 Duke – RM30,300 (bakal tiba Q4 2026)

EUROTECH ROAD TOUR BAKAL JELAJAH MALAYSIA

Susulan pelancaran ini, KTM Malaysia turut mengumumkan siri jelajah Eurotech Road Tour yang bakal membawa rangkaian KTM 390 ke seluruh negara.

Acara tersebut turut menampilkan penyertaan jenama seperti ZONTES, GRACSHAW, MOTOREX dan BikeEmpire96 dengan pelbagai aktiviti termasuk sesi pandu uji dan pameran produk.

Dengan pelancaran siri baharu ini, KTM Malaysia dilihat semakin serius memperkukuh kedudukan dalam pasaran motosikal ringan premium, khususnya dalam kalangan penunggang muda yang mahukan gabungan prestasi, teknologi dan gaya hidup lasak dalam satu pakej moden.

For any collaboration or invitation on Entertainment, Food, Travel or Event /Product Launching & Review, do email to kitepunye2018@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *